Tinta Si Isteri Mekanik: Pertama kali mencuba JUS SIHAT

21 March 2014

Pertama kali mencuba JUS SIHAT

Teks : Saudah Salleh

Selepas penat membeli-belah di TESCO dan terperanjat dengan harga petai, kami keluar dari TESCO Paradigm Mall dengan rasa yang lelah dan dahaga.

Terserempak pula dengan gerai ini, dengan tagline Healthy Juice, No Added Sugar (Jus Sihat tanpa gula tambahan). Berhenti depan kiosk.

Belek pulak 'bunting' (sebutan 'ban' 'ting') ni. Sangat tertarik dengan SLIMMING JUICE. Hihi perempuan kan...

Saya dah tahu tentang jus celery, lobak merah, timun dan epal boleh detoks kan toksin dalam badan. Tapi, sebab tak pernah cuba, jadi malas lah nak beli bahan dan kisar.

Ini dah ada depan mata, maka saya pesanlah Jus Kurus ini. Hihi.


Rasanya? Hihi mula-mula sebelum minum, saya dah sebut jus ini sedap. Tak fikir langsung rasanya melainkan SEDAP. Psiko kejap diri ini.

Yang mengejutkan, memang SEDAP!

Bila saya buat sendiri, saya lebihkan epal bagi manis sikit. Rasanya campuran dia lebih kurang macam ni. Kita ubahlah (adjust) kalau rasa jus tak menepati citarasa kita.


Bahan-Bahan:

1/2 batang timun - ambil bahagian yang cerah
1/2 batang lobak merah - kikis kulitnya
1 batang celery - buangkan sikit hujungnya
2 biji epal - nak manis, ambil epal merah
1 cawan air sejuk

Cara-cara penyediaannya:

Kisar semua bahan dan tapis. Terus minum sebab kalau diniarkan, khasiatnya akan hilang.


Untuk bonda tersayang, saya pesankan 'Summer Cooler' iaitu campuran tembikai dan buah passion. Yang ini memang sedap sebab rasa buah-buahan. Memang penghilang dahaga dan mengenyangkan.






Ini resepi-resepi lain untuk kita cuba.

Saya nak buat The Protector Juice, The Body Cleanser dan Summer Cooler.





Semoga bermanfaat!


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign