Tinta Si Isteri Mekanik: Petai Premium

20 March 2014

Petai Premium

Teks : Saudah Salleh

Minggu lepas semasa saya membeli-belah barangan dapur di TESCO, saya ternampak petai.

Petai yang dijual adalah petai yang telah dibuang kulitnya. Erti kata, telah siap disiang dan boleh terus dimasak.

Saya suka tengok petai-petai dalam bekas plastik sebab nampak segar dan besar. Berbeza dengan petai yang dijual 3 papan seikat di pasar malam atau pasar tani, biasanya petai-petai tu kecil. Rasa rugi pula bila menyiang sebab hasil yang dapat, alahai sikitnya. Kecil pula tu.

Petai ni saya suka masakkan dengan udang. Sambal udang atau Udang Masak Lemak Cili Padi. Tapi saya tak makan petai yang dimasak sekali dengan udang tu. Kalau nak makan petai, saya suka direbus dan dicolek dengan sambal tempoyak. Hihi pelik sikit.

Saya pun tak tahu kenapa macam tu. Padahal sama je. Mungkin sebab udang tu dah terasa petainya, jadi tak perlu makan buahnya. 

Dah nak ambil, tapi terbantut!

Sebabnya, cuba tengok gambar ini.




Mahalnya. Terkejut saya. 

Saya 'instagram'kan gambar ini dan majukan juga ke Facebook. Rupa-rupanya ramai yang mengatakan ianya tidaklah begitu mahal kerana di pasar malam, harga biasa adalah 3 papan RM5.00. Tapi buahnya agak kecil berbanding petai TESCO ini.

Hm... nampaknya petai telah memasuki era barangan premium. Hihi. Bila ada tanah, saya nak tanam pokok petai lah. Sambil makan sendiri, boleh beri pada yang berminat. Lebih bermanfaat.

Tapi, er.... macam mana nak tanam? Guna benih atau anak pokok? Kena cari maklumat lah ni. Hihi.

Semoga bermanfaat.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign