Tinta Si Isteri Mekanik: Kerja Penting Ikhlas

04 April 2014

Kerja Penting Ikhlas

Teks : Saudah Salleh
Sumber Artikel : My Dear Diary


Semasa saya menjengah blog My Dear Diary, saya tertarik dengan artikel yang beliau tulis melalui program tv Prof Muhaya.

Hemat saya, tips yang beliau kongsikan adalah sangat menarik dan sangat membantu saya dalam bidang pekerjaan.

Agar saya tidak lupa, saya letakkan di blog ini agar kawan-kawan yang sudi hadir dapat manfaatnya juga.

Terima kasih.




Tips Seronok Bekerja


1. Niat. Bekerja bukan kerana bos yang suruh. Anggap pekerjaan yang kita buat tu sebagai satu ibadah. Rezeki yang kita dapat inilah yang akan kita guna untuk bagi anak, isteri, suami, keluarga kita makan kan.

2. Jangan anggap bos kita kat pejabat tu sebagai 'bos besar'. Jika dalam solat kita angkat takbir : Allah Maha Besar, tapi bila kerja, bos pulak yang lebih besar? Biarlah kita buat setiap pekerjaan kerana Allah, bukan kerana manusia sebab yang menilai kita adalah Allah.

3. Orang yang bijak akan berfikir 'apa yang boleh aku beri?'. Orang yang kurang bijak pula akan berfikir 'apa yang boleh aku dapat?' Bila kita asyik fikir, apa balasan yang akan kita dapat padahal kita tak dapat pun benda tu, ia akan jadi tak seronok, rasa tak ikhlas. Tapi bila kita buat sesuatu pekerjaan dengan rasa penuh 'memberi', rasa seronok, rasa nak buat lagi? Sebab kita tahu Allah sedang melihat kita, biarlah manusia tak perasan 'pemberian' kita, tapi Dia sedang melihat kita.

4. Memberi lebih dari sepatutnya. Contoh, kita dapat gaji RM 2000. Jika kita hanya bekerja hanya untuk RM 1000, 1000 ringgit lagi Allah akan tarik dengan anak sakit, kereta rosak, hutang sana sini, hati tak senang. TAPI jika kita bekerja lebih dari gaji yang sepatutnya, Allah akan beri melalui anak sihat, keselamatan terjamin, hati senang, keluarga bahagia. Tapi jangan sampai kita dibuli pulak kalau buat kerja lebih dari sepatutnya. Pandai-pandai sesuaikan dengan situasi.

5. Gunakan masa dengan penuh efektif. Contoh, ada lagi 30 minit sebelum balik. Cuba fikir, apa sumbangan yang boleh kita beri dalam 30 minit terakhir ini. Daripada asyik tengok jam, bila nak balik niii, baik kau fikir apa yang boleh kita beri untuk 30 minit ni.

6. Kerja, kerja jugak. Kewajipan sebagai seorang muslim jangan lupa. Solat. Jaga pergaulan antara lelaki & perempuan. Tak kiralah sebanyak mana kerja yang kita kena buat, solat jangan diketepikan.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign