Tinta Si Isteri Mekanik: Novel 'Pre-loved' : Sepi Tanpa Cinta oleh Damya Hanna

27 April 2014

Novel 'Pre-loved' : Sepi Tanpa Cinta oleh Damya Hanna

Teks : Saudah Salleh

'Ku tetap menanti selagi ada asa di sebalik rindu yang tegar'.

Karya Damya Hanna adalah antara novel berbahasa melayu yang terawal saya baca. Saya suka membaca, malahan menjadi tabiat saya untuk sentiasa ada buku atau majalah di tangan setiap masa.

Namun, saya lebih gemarkan novel Inggeris yang pada saya ada elemen berkualiti di setiap cerita. Kisah novel Inggeris ada pelbagai, tetapi akhirnya kasih sayang dan keluarga adalah perkara terpenting dalam hidup.

Berbanding novel melayu, saya rasakan ianya tanpa hala tujuan, yakni tiada pengajaran yang saya dapat dari pembacaan dan seolah-olah membazir masa. Cuma ia membantu saya untuk membuat karangan dalam bahasa melayu sahaja. Hihi.

Setelah saya mula bekerja, saya hampir kehabisan bahan bacaan berbahasa Inggeris. Jadi saya cuba membeli novel Aisya Sofea dan saya telah tercangkuk dengan gaya bahasa dan kisah yang menarik. Begitu juga dengan novelis Anis Ayuni. Setiap kali membacanya, saya teruja untuk menyelak halaman berikutnya. Sama seperti ketika membaca karya Danielle Steel dan Nora Roberts.


Kisah Sepi Tanpa Cinta ini berkisarkan kepada Haziqah yang ditinggalkan tunangnya Yusri beberapa hari sebelum majlisnya. Maka Fakhrul dipaksa ibunya untuk menjadi pengantin segera walaupun di hatinya ada Azura.

Fakhrul yang merasakan dirinya teraniaya terus meninggalkan isterinya sejurus selepas akad nikah. Kesian Haziqah yang dimalukan dua kali oleh lelaki.

Bila baca novel ni, memang terasa kesian sungguh pada Haziqah. Marah benar pada Fakhrul. Begitulah kekuatan yang ada pada novelis Damya Hanna ini.

Buku ini terpaksa saya lepaskan kerana sayang. Iya, kerana sayang saya terpaksa jual. Sebab saya nak pembeli novel ini juga terpaut hati dengan Haziqah dan Fakhrul. Sebagaimana yang saya alami. Dan buku ini sedikit lunyai sebab saya baca berulang kali. Setiap helaian dibaca seperti pertama kali saya baca.

Harga asal buku ini adalah RM18.00 keluaran Alaf 21.

Harga cinta saya adalah RM15.00 termasuk kos penghantaran.

Email saya di saudahsalleh@gmail.com dengan Sepi Tanpa Cinta di bahagian Subject untuk reapons yang cepat.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign