Tinta Si Isteri Mekanik: 3 Hari DI Bulan Ramadhan Telah Berakhir!

02 July 2014

3 Hari DI Bulan Ramadhan Telah Berakhir!

Teks : Saudah Salleh

Hari ini hari kedua perut saya berangin. Bila berangin, terasa loya dan kering tekak. Letak Losyen Pati Halia sebelum ke pejabat, di pejabat letak Minyak Yu Yi. Keluar juga angin tapi masih rasa kembung.

Saya perlu tukar corak pemakanan. Berdasarkan artikel ini, berbuka dengan air kosong. Solat. Baru makan nasi. Tapi sebab kami berbuka tanpa nasi, maka terus saja makan kuih dan kebab. Ingatkan okay saja. Rasa saya kena tukar air Teh O kepada Milo untuk kurangkan angin di perut. Rasa tak selesa sangat dah ni.

Hari pertama Ramadhan memang seronok. Lepas sahur terus saya gosok pakaian seminggu. Jarang sangat buat macam ni. Biasa memang setiap hari menggosok. Saya berdoa agar apa jua perubahan baik yang berlaku dapat diteruskan ke bulan-bulan seterusnya iaitu istiqamah.

Kami berbuka di kampung hihi Petaling Jaya sahaja. Seronok sebab ramai. Berbuka dengan macaroni bakar, mini burger Ahmad dan bubur lambuk. Saya cuma masak lauk sahur iaitu Ikan Dory Masam Manis.

Hari kedua, kami berbuka di TESCO SME KECOH di Tesco Ara Damansara. Kisahnya ada kawan kami yang Allah duga dengan pintu terkunci dan kuncinya tertinggal dalam kereta! Dua jam suami cuba buka tapi tak dapat. Hampir waktu berbuka baru mekaniknya beritahu, samada gunakan kunci pendua atau pecahkan cermin. Tak nak lah dia. Maka tunggulah suami beliau hantarkan kunci. 

Berbuka ringkas sahaja. Sloppy Joes, Lasagna, Chicken pie, Portuguese Tart.







Sungguh MAKAN FREE. Jemput datang ke Tesco Ara Damansara ya.Buka jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Ramadhan ketiga baru berbuka di rumah sendiri. Ringkas sahaja, Mee Rojak untuk suami, Kebab Pita untuk saya. Kuih Popia Goreng dan Sosej Gulung. Air Teh O dan kurma.

Alhamdulillah, makan kurang tapi air yang banyak. Kena ubah sikitlah hari ini. Milo dan Air Kosong sahaja supaya 2 Liter air masih dapat dicapai.

Semoga bermanfaat.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign