Tinta Si Isteri Mekanik: Kita mesti "Try and Adjust"

03 July 2014

Kita mesti "Try and Adjust"

Teks : Saudah Salleh

Semalam saya tukar air minuman semasa berbuka, dari Teh O kepada Air Halia. Saya menggunakan Serbuk Halia Madu yang saya beli dari kedai rakan usahawan saya di Ampang Waterfront iaitu Iyamani Mart. Sedap rasanya, sesuai bagi yang kurang gemar rasa halia. Suami saya juga begitu, jadi saya bancuhkan 1/2 sudu serbuk halia madu dengan 1 gelas air suam. 

Tapi saya suka rasa halia madu yang kuat, yang cukup rasanya. Jadi saya bancuh 2 sudu besar serbuk halia madu dengan 1 gelas air suam. Itupun saya rasa cair sedikit, hari ini akan saya 'adjust' kepada 3 sudu besar.

Apabila kita tidak pernah melakukan sesuatu perkara, kita mesti cuba buat dahulu. Kemudian kita sesuaikan mengikut citarasa kita. 

Dalam kehidupan juga begitu. Mesti Try Then Adjust. Bulan Ramadhan ini, pasti banyak perubahan yang kita kena lakukan.

Buat dahulu, kemudian perhatikan apa yang perlu diubah.

Hari Isnin, saya masuk dapur jam 5.00 pagi. Tapi macam kelam kabut sedikit sebab cukup-cukup masa untuk makan, minum, dan berdoa.

Jadi hari Selasa, saya ubah sedikit jadual saya. Jam 4.45pagi dah masuk dapur. Panaskan nasi dan lauk, sambil buat air panas, suami Milo, saya kopi. Sediakan juga air masak dalam botol Tupperware yang mesti dihabiskan sebelum waktu imsak.

Jam 5.00 pagi dah mula bersahur dengan nasi. 5.15 pagi dah selesai makan, jadi boleh minum dan makan kurma dengan santai. Jadi tidaklah terburu-buru bersahur, dan yang penting air masak 2 liter dapat dihabiskan.

Jangan takut untuk mencuba. Dan jangan tunggu untuk buat perubahan.

Satu mutiara kata dari Anthony Robbins yang terkenal dengan rancangan BREAKTHROUGH.


 “The truth of the matter is that there’s nothing you can’t accomplish if: 

(1) You clearly decide what it is that you are absolutely committed to achieving, 

(2) You’re willing to take massive action

(3) You notice what’s working or not, and 

(4) You continue to change your approach until you achieve what you want, using whatever life gives you along the way.”

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign