Tinta Si Isteri Mekanik: Pengajaran Peugeot Putih 208

16 July 2014

Pengajaran Peugeot Putih 208

Teks : Saudah Salleh

Kecoh hari ini dengan kisah Peugeot Putih. Benar-benar kecoh hingga menjadi perbualan sepanjang dua hari ini.

Sumber gambar : Google. Terima kasih.

Benar, RESPON beliau tidak bagus. Melampaui batas. Tiada hormat kepada 'uncle' yang sebaya dengan ayahandanya mungkin. Lantas, tidak kurang yang memarahi beliau, hingga buat FanPage dan memberikan komen dan lawak yang menggelikan hati.

Benarlah kata-kata ini. 


Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; 

Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya

Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.



Kita harus bersyukur kerana atas rahmat Allah, aib kita tidak dibuka walau sedikit. Kelakuan yang memalukan hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. 

Fikirlah, Allah hantar Adik CDM25 ini untuk memberikan peringatan kepada kita. Mentarbiah kita secara berhikmah. Mengajar kita melalui kesalahan orang lain.

Mari kita lihat pengajaran yang saya dapat dari situasi ini.

1. Allah sayang kita lalu aib kita ditutup. Dan adik CDM25 terpilih untuk sedikit dugaan. Muhasabahlah diri. Jangan terlalu menghukum.

2. Allah ajar kita agar sentiasa mengawal diri, berfikir sebelum berbuat sesuatu.

3. Nafsu memang teruk. Bayangkan ia berlaku dalam bulan Ramadhan, yang mana semua syaitan telah diikat. Kalau nafsu + syaitan, tak tahu apa akan jadi. Kita ini luar biasa, ada akal dan fikiran, maka bertindaklah dengan bijak.

4. Maafkan dia. Berdoa agar kita tidak diuji sedemikian. Bayangkan hati seorang ibu dan ayah membaca dan melihat anak mereka dicaci dimaki. Benar, perbuatan beliau juga tetap SALAH. Namun diapalah kita untuk menghukum sedangkan kita sendiri tak tahu nasib kita.

Semoga kisah Peugeot Putih CDM25 ini mengajar kita bagaimana untuk respons kepada persekitaran. Bak kata Prof. Dr. Muhaya, 

Dunia dalaman mencerminkan Dunia Luaran kita.




Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign