Tinta Si Isteri Mekanik: Ini Baru Raya 2014 : Perjalanan Pulang ke Kampung

07 August 2014

Ini Baru Raya 2014 : Perjalanan Pulang ke Kampung

Teks : Saudah Salleh

Ya Allah, lemaunya nak mula menulis. Masih mendapatkan rentak selepas seminggu bercuti.

Hari ketiga bekerja pun masih terlewat. Sampai pejabat pun alahai....masih ada rasa mengantuk dan penat.

Sebenarnya, sepanjang Ramadhan, saya hanya bercuti 3 hari sahaja. 1 hari sebab balik Muar, 1 hari sebab salah urat pinggang dan 1 hari lagi sebab demam. Rahim Auto, semasa bulan puasa, dibuka hari Ahad dan bercuti pada Jumaat. Jadinya, saya yang masih bekerja, perlu datang dan menjadi pegawai akaun untuk kedua-dua hari cuti saya.

Ramainya pelanggan yang datang untuk menyelenggara kenderaan mereka. Jadi suami saya tak sempat nak kelolakan bil-bil dan resit serta bayaran kepada pembekal. Kerja banyak sampai dia pun sama turun padang servis kereta. Kesian juga lah sebab sebelum ini, staff yang buat, dia hanya pantau sahaja.

Kami mula bercuti pada hari Ahad 27 Julai 2014. Kononnya nak kemas rumah, tukar langsir, basuh baju, kemas 2 bag nak balik kampung.

Tapi banyak masa kami habiskan dengan tidur! Mula-mula basuh baju. Sempat tidur. Kemudian tukar langsir. Suami pulak tidur lepas tu. Vacuum rumah. Dua-dua tidur. Hahaha.

Mula kemas bag jam 3.00pm. Itupun sebab nak ambil adik jam 5.00pm. Kena kemas 2 bag, satu untuk malam raya dan raya pertama. 1 bag lagi untuk balik Muar.

Jam 5.30pm kami bergerak ke Setia Alam ambil adik dan terus bertolak balik kampung. Dari Shah Alam ke Setia Alam cuma 15 minit je! Lapangnya jalan raya. Seronok betul masa ni. Sampai rumah adik, kena susun balik barang sebab tak muat dia nak duduk. Kami ingat dia nak tumpang, cuma masa masukkan barang tu tak susun sangat. Dahlah dia bawa banyak barang. Dengan makanan untuk berbuka dan Pearl Milk Tea Gong Cha untuk kakak dia ni. Hihi.

Gerak dari Setia Alam dalam 6.10pm. Bestnya jalan kosong. Tol pun kosong. Tak payah beratur pun.

6.30pm dah sampai kampung dah. Kejap je rasa walaupun diringi dengan lagu dari Arwah Sudirman 'Balik Kampung'.

Kali ini kami beraya di Petaling Jaya dulu. Giliran saya. Bestnya. Raya kedua baru balik beraya Muar.

Assalamualaikum mak. Kami dah sampai. 

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign