Tinta Si Isteri Mekanik: Ini Baru Raya 2014 ; Raya Kedua

21 August 2014

Ini Baru Raya 2014 ; Raya Kedua

Teks : Saudah Salleh

Pagi ni akan balik Muar. Memang begitu, kalau beraya Petaling Jaya, Raya kedua balik Muar. Kalau raya di Muar, seminggu lah beraya sana. Mak ayah dekat, malam pun boleh balik kampung. Bapak mak, belum balik dah tanya bila nak balik.

Sebenarnya nak bertolak jam 8.00am, jadi tiba di kawasan R & R Seremban jam 9.00am. Ini strategi mengelakkan kesesakan jalan raya. Kalau tiba R & R Seremban tu jam 10.00am ke atas, akan ada kemungkinan tersekat dalam jam nanti.

Tapi, 9.30am baru bertolak selepas mengisi minyak dan top-up Touch & Go. Makanya, jam 10.15am dah tersangkut! Rupanya ada kemalangan, sampai ambulan minta laluan! Kawasan Seremban tu kan sedang dinaiktaraf, jadi lorong kecemasan memang takde. Merasalah, dari Persimpangan Nilai Utara tu ke Seremban mengambil masa 1.5jam. Panas bontot.




Kami memang balik Muar berpakaian baju kebangsaan. Suami siap dengan songkok dan sampin. Kononnya 'Ini baru RAYA!'. Hihi.

Jam 2.00 petang baru tiba kampung. Kelaparan betul. Dahlah talian internet mula perlahan dari Bandar Muar lagi. Sampai kampung, terus takde line. SMS pun lambat terima. Ramai betul 'penagih internet' ni.

Menggigil bila takde internet ni. Sekejap-sekejap tengok telefon. Kejap-kejap 'refresh'. Pastu stress sebab 'loading' lama sangat. Pastu 'blur' sebab tak tau nak borak apa. Bila terjadi begini, barulah insaf. Sebenarnya, saya ni PENAGIH rupanya. Penagih Internet. Tak dapat, menggigil. Tak dapat, stress. Hahaha.

Terus simpan je telefon dalam beg. Tengok pun kalau boring sangat. Itupun sebab buang gambar-gambar. Adalah ruang untuk 'selfie' dan 'wefie' nanti.

Dah sampai jam 2 petang, memang lapar betul. Sarapan makan mee hoon goreng. Kami terus ke meja makan. Hahaha. Tak senonoh betul.

Alhamdulillah, ketupat dan rendang daging masih ada lagi. Seronok tak terkata. Memang kesukaan sangat ni.

Tengok ni, ambil gambar pun gigil sebab lapar. Hihihi.


Habis makan, terus keluar pergi beraya. Kakak dan abang semua rupanya tunggu kami nak beraya bersama. Terharu rasa. Ini rumah kedua yang kami beraya. Rumah abang kakak yang sulung.


Ini rumah keempat beraya. Masa suami parking kereta depan pokok rambutan gading ni, saya dah suka sangat. Memang minat sangat rambutan gading. Sanggup beli walaupun mahal, sebab susah jumpa.

Nak balik, terus suami tanya pada Cik Mis, adik bongsu mak, nak mintak sikit rambutan. Terus diambilnya 3 beg plastik suruh petik sendiri. Ya Allah, bestnya. Patutlah rambutan ni berbuah banyak. Orang kata, kalau nak pokok berbuah banyak, kena petik sampai habis. Kemudian sedekahkan buah-buahan tu.


Dengan bersongkok bersampin memetik rambutan. Nasib baik baju sampin tu baju lama, taklah risau terkena getah dia.


Malam sambung lagi raya rumah Cik Min, adik bapak dan rumah Abang Anuar, abang nombor 3.

Makanya, semua rumah wajib telah kami ziarahi masa raya kedua. Alhamdulillah.

Raya ketiga, perancangannya nak ke Batu Pahat pula.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign