Tinta Si Isteri Mekanik: Ini Baru Raya 2014 ; Raya Pertama

14 August 2014

Ini Baru Raya 2014 ; Raya Pertama

Teks : Saudah Salleh

Alhamdulillah. Selesai sebulan kita berpuasa. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah dan Allah beri kita semua markah penuh untuk semua ibadah kita. Ameen.


Sempat kami berbuka bersama-sama. Mau taknya, jalanraya dari Shah Alam - Setis Alam - Petaling Jaya memang lengang betul. Seronok memandu terasa relaks aje. Terasa jalanraya ana yang punya. Hihi.


Saya buat 'post' di Facebook tentang perjalanan balik kampung. Tapi ada sepupu yang ingat saya balik kampung yang betul-betul kampung. Ini 'post'nya.




Selesai berbuka dan bersolat, kami mulakan operasi mengemas rumah mak. Takde apa sangat, cuma ganti langsir dan vacuum dan siapkan dapur untuk mudahkan persiapan jamuan Raya.


Tapi itupun tidur jam 4 pagi. Sebab teman adik buat kek. Kemudian saya siapkan sayur-sayuran untuk masak lodeh. Abang tiba jam 1 pagi dan berbual pula dengan anak gadis kesayangan Angah ni.

Tapi jam 5 pagi dah terbangun tapi sambung tidur kejap sementara suami solat.

Jam 6 pagi mula masak lodeh sambil panaskan rendang dan sambal kacang. Potong ketupat segera dan hidangkan. Buat air. Semua saya siapkan sambil tolong yang lelaki pakai sampin.

Jam 8 pagi semua ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Tapi saya tak dapat pergi. Cuma pasang TV untuk dengar khutbah sambil saya bersiap.

Mereka balik solat dalam jam 9.30pagi. Hidangan semua dah terhidang tapi lambat sebab tunggu abang balik solat. Lambat sebab berborak. Iyelah. Jarang dapat berjumpa sebegini.

Jadi sempatlah kami berselfie. Ini gambar Raya 2014. Baju suami tu mula-mula tengok memang kelabu. Jadi memang dah set kan cari baju saya warna kelabu. Tapi bila dah beli, baru nampak macam ungu. Tapi taklah jauh sangat bezanya. Ayat nak sedapkan hati hihi.



Elok je kami bersalam-salaman dan menjamu juadah, pakcik kami iaitu adik ayah sekeluarga tiba. Kelam kabutlah kami menghidang. Tapi masing-masing dah tahu tugas. Siapa buat air. Siapa panaskan lauk. Siapa senduk lauk. Siapa tolong hidang kat depan.

Alhamdulillah, dapat berjumpa walaupun sekejap, dapat jamu mereka dengan juadah raya.


Dapat rehat sekejap hihi lelapkan mata. Kejut suami juga untuk solat. Lepas tu memang tak menang tangan dah. Sepupu sepapat berduyun-duyun datang.


Sebelah ayah, dari 13 orang adik-beradik, cuma tinggal ayah dan adik ayah (ayahchu) yang masih ada. Kiranya orang tua lah. Tu yang ramai menziarah. Suka sebab jarang jumpa mereka ni semua. Tambah lagi kalau giliran Muar, memang tak jumpalah kecuali di majlis rumah terbuka atau perkahwinan.


Penat betul raya pertama tahun ni. Tapi gembira dan seronok sangat. 


Malamnya kami kemaskan pinggan mangkuk periuk belanga sebab raya kedua kami nak balik Muar pula. Kesian pada mak dan adik. Sebab masih ramai yang belum ziarah, pasti mereka sibuk. Jadi biarlah kemas sikit dapur tu bila dah simpan pinggan mangkuk tu.

Penutup bicara, selfie kami adik-beradik.





Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign