Tinta Si Isteri Mekanik: Cabaran Menulis Hari 2

01 October 2014

Cabaran Menulis Hari 2

Teks : Saudah Salleh.

"Bila kita komited, seluruh alam akan membantu". Petikan dari buku Secrets Of Millionaire's Mind oleh T. Harv Eker.

Semalam saya komited untuk menyempurnakan Cabaran Menulis 40 hari. Sebelum ini, susahnya mahu menulis. Takde idea memang alasan nombor satu. Hujan pun boleh dijadikan alasan hihi.

Namun semua boleh berubah, lebih-lebih lagi bila kita mahukannya. Bila kita komited melakukannya. Bila kita suka laksanakannya.

Ini lanjutan dari blog.

Jika ditilik ditenung, menulis di Facebook lebih mudah. Mudah berkongsi gambar. Ada jugak perasaan di situ untuk dipilih. Mudah untuk tag kawan. Seronok bila LIKE bertambah tanda ramai yang membaca.

Tak apalah, saya kongsikan sedikit apa yang saya tulis di Facebook. Semoga bermanfaat!



Perkara baik harus ditiru.
=====================

Saya suka dengan Cikpuan Suraya Ali lakukan. Cabaran berblog selama 40 hari.

Jadi saya telah mulakan Cabaran Menulis 40 hari. Tadi mula di blog. Sekarang di sini pula.

Kalau tak mahu buat, banyaknya alasan boleh dicipta.
Idea tiada.
Kalau menulis di smartphone, kena edit pula di blogger.com sebab tulisan tak cantik.
Hm.. takde idea pulak.
Ala gambar takde.
Ala hari hujan.

Pun boleh jadi alasan.

Tapi sebab mahu, merepek pun boleh juga kan?



Sebenarnya, tengah seronok tengok gambar sahabat yang ke Pulau Perhentian. Masya Allah. Indahnya alam ciptaan Allah ini. Ambil masa untuk nikmati. Ambil masa untuk getaran syukur. Tulis log budi.

Hari keempat muka mereka masih tiada kesan 'terjemur' (google translate sunburnt) rupa-rupanya Cikpuan Ezzah Rohaizah Khalid kata pakai MyShine BB Cream. Mahu satu Kak Ezzah.

Doakan saya terus menulis dan memberi manfaat kepada yang membaca.

Kerana akhirannya, mahu mati masuk syurga, kata Dato' Roslan Ab Hamid. Mahu berjiran dengan semua di syurga nanti. Ameen.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign