Tinta Si Isteri Mekanik: GETAR KESYUKURAN

25 October 2014

GETAR KESYUKURAN

Teks : Saudah Salleh

#cabaranblogging Hari ke-8. 

GETAR KESYUKURAN 
******************

Hari ini masih di Kota Bharu. 

Menginap satu malam di Ridel Hotel. Tepinya Sungai Kelantan. 

Musim hujan ni, airnya macam teh tarik warnanya. 

Dekat dengan Pasar Siti Khadijah. 

Tapi tak sempat "lawat kawasan". 

Perlu ke Kuala Krai pula jam 9.00pagi. 

Malam tadi ke Wakaf Che Yeh. Makan MAGGI KETAM di Orange Restaurant sebelah Old Town Coffee sederet Holiday Villa Kota Bharu. Seberang jalan dah tiba Wakaf Che Yeh. 

Pesan 1 mangkuk sahaja. Boleh makan 3 orang. 

Tapi kalau lapar usah order-1-kongsi-3 sebab pasti tak cukup. 

Maggi nya sedap. Perasa tomyam tapi tak berapa pedas. 

Udang galahnya 3 ekor. Macam ada kepah tapi tak pasti siapa makan. Ketam merah saiz sederhana ada 2 ekor. 

Makan tak boleh sopan dengan sudu garfu. Guna tangan dan jari lagi puas lagi best. 

Sediakan tisu untuk lap mulut lap peluh lap tudung comot. Hihi. 

Harga cuma RM35.00 semangkuk. 

Air barli manes macam awe yang ambil order. Sudah makan, tersandar kenyang. 

Oh tambah nasi goreng kampung tapi ada udang sotong. Yang ni sedap. 

#semogabermanfaat







via Instagram http://ift.tt/1tRWzgA

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign