Tinta Si Isteri Mekanik: BISNES DAN HIDUP

26 October 2014

BISNES DAN HIDUP

Teks : Saudah Salleh

#cabaranblogging Hari ke-9 

BISNES DAN HIDUP 
**************** 

Perjalanan hari ini bermula di Kuala Krai-Gua Musang-Merapoh-Lipis-Benta-Raub-Bentong-Gombak-Petaling Jaya-Shah Alam. 

5jam perjalanan tanpa henti menyampaikan kami ke Petaling Jaya. 

Baru rasa lapar maka berhenti untuk menjamu selera. 

Oooh tegang rasa kaki sebab duduk sahaja. 

Tadi lalu di kawasan lebuhraya baru. Bila ada 2 lorong sehala, banyaklah kereta yang memotong lori dan kenderaan lain yang perlahan. 

Bukan sebab memandu kereta mahal dan kuasa kuda besar yang membuat kereta laju, tetapi ia berPUNCA dari PEMANDU kereta tersebut. 

Maksud saya, pemandu yang berkuasa. 

Walaupun hanya MyVi 1.3, boleh memotong kereta Honda yang berkuasa 1800cc. 

Tambah lagi dengan keadaan jalanraya yang lurus dan lebar seperti highway. 

Point saya adalah, KITA YANG MENENTUKAN KELAJUAN HIDUP KITA. 

Kita penentu mati kita mahu ke syurga. 

Jadi, apabila kita adalah penentu, buatkan target. Tulis. Dan mulakan langkah pertama mencapai target itu. 

#semogabermanfaat






via Instagram http://ift.tt/1rDYheU

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign