Tinta Si Isteri Mekanik: Tip Motivasi daripada Kuch Kuch Hota Hai

03 October 2014

Tip Motivasi daripada Kuch Kuch Hota Hai

Kuch Kuch Hota Hai dah berusia 16 tahun. Filem ni masih lagi diputar. 
Setiap tahun di Malaysia ni berapa kali masuk TV? 


Ia menang semua 8 kategori utama Filmfare Awards 1999. 


Best film, best actor, best actress, best director, best supporting actor, best supporting actress etc. 


=======================================

Tapi... hebat sangat ke Karan Johar masa dia buat filem ni? 

=======================================


Ini filem pertama beliau. Umur masa tu baru 26 tahun. Muda lagi tu. 


Bukan terer sangat pun. Karan dan krew beliau masih mentah. 


Banyak sangat perkara teknikal pembuatan filem yang mereka tak tahu sehingga Shahrukh Khan sendiri perlu ajar. 


Tengok! Betapa teruk sampai pelakon yang kena ajar pengarah dan krew. 


Shah Rukh Khan: 
"Karan makes no bones of the fact that his technical knowledge of film making was not at its peak when he made the biggest hit of the decade." 

Maksudnya lebih kurang: 
"Karan tak ambil peduli yang skil filem beliau tak la hebat mana waktu dia hasilkan filem paling hit dekad ini." 


Kalau dia tunggu masa yang TERBAIK dan cukup semua SEMPURNA macam kita suka buat, mungkin sampai bila pun Karan takkan jadi pengarah filem dan hasilkan filem yang meletop. 


Jadi... 


Bersedia lebih kurang. Timba ilmu sedikit. 


Sedikit --> setakat yang perlu. 
Bukan nak pergi semua kelas semua seminar semua group coaching personal coaching nak beli semua kursus buku video apa bagai. 


BELASAH (dengan ilmu). 


Ready - FIRE - aim. 


Jangan tunggu sempurna. Jangan tunggu nak betul semua. Jangan fikir banyak sangat. 


Kalau rasa nak buat, buat. 


Ya, silap mesti ada. Elok kita buat silap itu dan belajar daripada sentiasa risau buat silap. Tak mati pun. 


Kalau jatuh, bangun semula. Sapu habuk-habuk di baju dan seluar, JALAN TERUS! 


Dah, apa tunggu lagi? 


Pergi hasilkan 'Kuch Kuch Hota Hai' anda! ‪

#‎kopipes‬

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign