Tinta Si Isteri Mekanik: BEKAM

17 November 2014

BEKAM

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Hari ke-19 

BEKAM 
"""""""""""

Badan terasa penat. 

Tambah lagi apabila kerap makan di luar. 

Mahu cuba berbekam. Sunnah Nabi S.A.W. 

Ramai pembekam wanita rupanya di Shah Alam. Maka temujanji dibuat pada Ahad petang. 

22 cup untuk OVERHAUL. Hihi bukan enjin kereta ada overhaul. 

Ada 22 titik #bekam di bahagian belakang. Tak sakit dicucuk jarum. Cuma seketika sakitnya bila darah bertoksin disedut keluar. Dan gatal. Ini yang tak tahan. 

Rupanya darah bertoksin buat kulit terasa gatal. Tak banyak darah keluar. 

Sebab ANGIN dalam badan. 

Bekas pun tidak selebam suami @rahimauto. 

Balik berbekal kapsul Habbatus Sauda. Eh macam nama kita sikitlah. Hihi. 

Mahu makan makanan Sunnah juga. Katanya #HabbatusSauda boleh kurangkan angin dalam badan. 

Ibnu Sina dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan #HabbatusSauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. 

Kajian Dr Ahmad Elkadi menunjukkan Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit atau sistem imunisasi badan. 

Mari kita cuba. 

Kita usaha. Allah Yang Maha Penyembuh. 

#semogabermanfaat 

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign