Tinta Si Isteri Mekanik: KHATAM

27 November 2014

KHATAM

Teks : Saudah Salleh



#cabaranblogging Hari ke-21 

KHATAM 
======= 

Adik ini seorang HAFIZ, iaitu seorang yang hafaz Al-Quran. 

Bahagianya kedua ibu bapa beliau kerana kata ustaz, mereka yang hafaz Al-Quran akan membawa ahli keluarga mereka ke syurga. 

Penuh cabaran adik ini dalam menyelesaikan tanggungjawab beliau. 

Namun, harapan ayahanda bonda tidak dipersia. Sokongan padu kedua mereka membuatkan adik ini meneruskan hafazan dan menghabiskan 30 juzuk. 

Hebatnya beliau. Hebatnya Ayahanda Bonda beliau. 

Gembira dengan kejayaan beliau. 

Sumbangan saya pada beliau? Tiada. 

Hanya sebagai staf yang membantu menyelenggara kewangan sekolah tahfiz milik syarikat. 

Namun saya banyak belajar dari beliau. 

Cabaran sentiasa ada. Malahan kita hidup dalam cabaran. 

Apa yang penting, MATLAMAT kita akhirnya mahu ke mana. 

Kerana matlamat itu PENENTU TINDAKAN kita. 

Kuat SEBAB kejayaan kita, semakin kuat kita HARUNGI onak duri cabaran halangan ini. 

Carilah SEBAB KEJAYAAN kita. 

Pastinya untuk IBU BAPA. Pasangan. Anak-anak. Carilah. 

Kerana ianya pangkin untuk kita berpaut ketika kita lemas dalam lautan semangat yang hilang. 

#semogabermanfaat 

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign