Tinta Si Isteri Mekanik: Ketinggalan saya dalam cabaran

30 November 2014

Ketinggalan saya dalam cabaran

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Hari ke-22 

KETINGGALAN 
^^^^^^^^^^

Semakin ketinggalan saya dalam cabaran blogging. 

Sepatutnya setiap hari menulis tetapi menjadi beberapa hari baru sekali mencoret kata. 

Hari ini 30 November 2014. 

Genap 31 hari ke tahun baru. 

Hari ini meraikan rakan sekerja menuju gerbang cinta Jannah. 

Kek yang sedap dihiasi dan dilitupi fondant yang indah dan mudah. 

November 2014 tidak melayan saya dengan baik. 

Hah sebetulnya saya hilang arah dalam November ini. 

Ditambah dengan #tonsilitis selama lebih seminggu, mahu bangkit terasa tidak mampu. 

Namun tersedar. 

Kitalah yang mewarna hari. 

Diri inilah yang mengatakan "Hari ini hari untuk saya GEMBIRA". 

Hari ini saya mahu sumbangkan sesuatu untuk suami. Untuk diri. Untuk pejabat. Untuk perniagaan. 

Disember 2014. 

Saya mula menjengah IMPIAN. Impian 2015. 

Apa yang mahu. Apa yang mesti dicapai. Apa yang mesti bebas. 

Bangkitlah wahai Saudah. Jalan terus. 

Toleh ke belakang sekadar sebentar. 

Untuk mengingat dan beringat. Agar tidak terjerumus ke lubang gelita yang sama. 

#semogabermanfaat. 

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign