Tinta Si Isteri Mekanik: Big Bad Wolf 2014 - Jahat Sangat!

09 December 2014

Big Bad Wolf 2014 - Jahat Sangat!

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Hari ke-24

#KisahSuksesBAD

Sebagai seorang yang sangat suka membaca, Big Bad Wolf memang sangat dinanti-nantikan.

Dengan harga yang sangat murah bermula dari RM2.00, kali ini karnival ini menawarkan 3.5 Juta buah buku!

Bayangkan betapa terujanya saya ditambah lagi dengan masa yang panjang 24jam memang bestlah jawabnya.


Kisah BBW Pertama-Perjalanan lancar dan Parking.

Dari mula bangun tidur, saya telah Bertanya Allah Dahulu. Mana jalan terbaik dan mohon parking paling hampir dengan lif serta pengunjung yang kurang.

Tapi, 10 minit perjalanan, dah mula nampak bibit-bibit kesesakan jalanraya. La, rupanya ada PJ Half Marathon.

Banyak jalan ditutup sementara dan kami banyak kali dilencongkan. Perjalanan mengambil adik mengambil masa 50 minit sedangkan kebiasaannya hanya 20 minit.

"Takpe. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik." Kata saya dalam hati.

Perjalanan ke MIECC sangatlah mudah dan tiba 15 minit kemudian. Wah, tidak ramai pengunjung kerana parking masih banyak yang kosong.

"Nak parking mana kak?" Adik saya bertanya.

"Dekat lif." Jawab saya.

Mula-mula ternampak lot yang memang dekat dah dengan lif. Tapi adik saya terlepas dan ada kereta di belakang. Maka terus jalan ke depan.

Ternampaklah sebuah keluarga menghampiri kereta mereka. Kami parking dan berjalan ke lif.

Allahu Akbar.

Hanya 10 langkah sahaja ke lif. Mudahnya dengan bergantung harap semata-mata kepada Allah.


Kisah Kedua-Penulis kegemaran Nora Roberts.

Kali ini BBW memang menawarkan banyak novel dari penulis yang saya minati. 

Jadi memang dah fokus mencari buku beliau dan jika ada, novel penulis yang saya suka baca. 

Dalam lautan 3.5juta buku, memang sukar untuk terus mencari dalam masa hanya 1 jam sahaja. 

Jadi saya terus bermantra dengan Allah. 

"Ya Allah. Aku nak beli buku Nora Roberts. Murah sangat hanya RM8 sebuah. Jumpakanlah dengan semua novel Nora Roberts." 

Setengah jam berlalu tapi saya masih belum jumpa semua. Cuma 2 buah novel sahaja yang ada. 

Tapi saya relaks sebab yakin memang ada. 

Saya tahu Allah lewatkan saya menemui Nora Roberts. Sebabnya, saya dapat belek buku-buku lain juga. 

Dapatlah beli untuk anak-anak saudara kesayangan. Dapatlah suami saya menengok-nengok majalah kereta dan buku motivasi. 

Dalam masa yang sama, mulut masih bercakap dengan Allah. Sebab masa dah nak habis. Hihi. 

Dan bila terjumpa, gembira kepalang hati saya. Terus ambil dan heret ke meja pembayaran. 

Saya beli 25 novel berharga RM8.00. Untuk anak-anak saudara, 15 buah buku cerita dapat saya hadiahkan untuk mereka. 

Dengan hanya Bertanya Allah Dahulu, saya hanya berbelanja RM253.00 sahaja berbanding RM822.50. 

Dengan Bertanya Allah Dahulu, tahap stress saya tiada. Kerana saya yakin Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Kaya. Allah Maha Memberi. 

Dengan Bertanya Allah Dahulu, saya sentiasa bersangka baik dengan Allah. Alhamdulillah.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign