Tinta Si Isteri Mekanik: January 2014

22 January 2014

RESEPI : RENDANG AYAM TANPA SANTAN

Semalam saya masak Rendang Ayam. Sebenarnya ada 2 orang rakan sepejabat baru sembuh dari demam denggi. Jadi masa melawat mereka, kami telah bersetuju untuk mengadakan jamuan kesyukuran dan rendang serta pulut kuning adalah menunya. Ditambah dengan Spaghetti Bolognese dengan Meatball, anggur, kek coklat moist serta minuman special iaitu Nescafe panas.

Ahad saya ke Pasar Tani Stadium Shah Alam. Seronok ke pasar pagi-pagi, berbelanja hingga habis RM150.00. Itupun sebab beringat. Kalau tak, semua nak beli terutamanya ikan. Harganya mahal sedikit tetapi masih segar, oklah.

Balik dari pasar, saya terus simpan ikan dan terus basuh ayam. Siapkan bahan terus dikisar. Siap kisar terus tuang dalam kuali, masukkan ayam, letak garam dan gula terus nyalakan api.

Kacau, tapi jangan kerap sebab nanti ayam hancur. Biasanya saya masukkan santan setelah air ayam kering. Tapi semalam, terus terlupa hinggalah saya makan di pejabat!

Kelakar rasa sebab pertama kali masak rendang tanpa masukkan santan. Tapi rasanya masih sedap, cuma kurang lemak tapi masih sesuai digandingkan dengan pulut yang ada sedikit santan. Cuma tak pedas. Sebabnya ada rakan yang tak tahan pedas.

Ini resepinya. Ringkas je. Bila saya masak rendang, suka masak 1 ekor terus, rasa berbaloi tunggu kering. Kemudian masukkan dalam bekas kecil-kecil untuk sekali makan. 

Bahan-bahan Rendang Ayam:

1 ekor ayam - potong

5 biji bawang merah besar *
6 batang serai*
3 inci kunyit hidup*
5 sudu besar cili kisar*

*kisar

1 paket kerisik
Daun Kunyit

Garam
Gula

Cara-caranya:

1. Masukkan ayam dan bahan kisar serta daun kunyit, garam dan gula.
2. Nyalakan api dan reneh hingga ayam masak. Jika mahukan kuah yang banyak, tambah air sedikit. 
3. Masukkan kerisik. 

Senang aje.

21 January 2014

Restoran Kelisa, Bandar Baru Bangi dan Perkongsian Dalam Seminar Jutawan Legasi

Teks : Saudah Salleh

Kami ke Bangi pada 12 Januari 2014 yang lalu. Tujuan utama adalah menyumbang tenaga untuk Seminar Jutawan Legasi yang dikendalikan oleh sahabat kami.

Tanpa disangka, saya diminta untuk berkongsi ilmu dengan para peserta Seminar tersebut. Terkejut tapi teruja.

Setelah menguruskan pendaftaran peserta, kami sebagai krew boleh mendengar perkongsian berkaitan perlindungan. Menarik kerana banyak yang saya dan suami tidak tahu!

Takut juga bila memikirkan kehidupan anak-anak setelah kami berdua tiada. Atau kami masih hidup tetapi tidak dapat bekerja. Semua ini dikongsikan dalam seminar tersebut oleh Puan Nor'izah Adam.

Sesi perkongsian saya sangat ringkas. Masa diberikan hanyalah 10 minit. Berdasarkan kepada perkongsian Puan Nor'izah, saya teruskan dengan topik REKOD.

Sebagai usahawan, rekod-rekod perniagaan adalah antara perkara terpenting selain stok. Jika kita bermula dengan rekod perniagaan tidak tersusun, perniagaan kita akan sedikit kelam-kabut. Tambah lagi ianya semakin berkembang dan bertambah maju. Dengan pertambahan staf, tanggungjawab majikan akan lebih berat. 

Tetapi jika kita telah bermula berniaga, dan tidak menyimpan rekod dengan baik, maka jadikanlah tahun 2014 adalah tahun permulaan penyimpanan rekod-rekod tersebut.

'Better late than never'.

Kemudian, untuk tengahari, kami semua ke Retoran Kelisa. Kawasannya sederet dengan Hospital An-Nur dan Hospital Az-Zahrah.

Geram saya tengok sotong ni. Besarnya melebihi tapak tangan saya! Pusing tengok lauk lain, tapi 3 kali juga alik ke tempat sotong. Maknanya memang rezeki nak makan sotonglah saya hari tu.



Pendapat saya tentang sotong ini. Kurang kena dengan tekak saya. Sebabnya mungkin dimasak terlalu lama, maka liatlah sotongnya. Rupanya gemuk sebab telur. Tapi saya kurang minat dengan telur sotong kecuali jika digoreng. Ingatkan ada isi pulut. Hihi. Rezeki saya, alhamdulillah.

Di Resotan Kelisa ini ada banyak pilihan lauk. Ikan bakar pun ada. Telur itik masak lemak cili padi pun sedap. Pucuk paku masak lemak pun lazat. Air minuman pun berasa. Tempat pun selesa.

20 January 2014

Selamat Hari Lahir Sayang

Teks : Saudah Salleh

6 Januari adalah tarikh kelahiran suami saya. Memang dalam keluarga kami, sambutan adalah penting kerana pada tarikh itu, semua ahli keluarga akan berkumpul.

Tak perlu belanja besar pun, secawan kek pun sudah memadai. Apa yang penting, ingatan dan keluarga berkumpul meraikan bersama-sama. Sekarang lebih mudah, adanya bantuan teknologi seperti Whatsapp, Wechat dan Facebook menyenangkan ucapan dibuat.

Oleh kerana tahun ini jatuh pada hari Isnin, maka sambutan dibuat hanya dengan saya sahaja. Hihi.

Tetapi dapat juga men'surprise'kan suami dengan bantuan rakan kami iaitu Paktam dan isterinya Kak Ros.

Yang menyeronokkan adalah apabila suami sendiri memilih kek hari lahirnya sendiri.

Saya cerita dari mulalah. 

Hari lahir saya pada 2 Januari. Jadi sebab dah ada perancangan lain, maka hajat Paktam nak sambut bersama terpaksa ditunda. Datang idea nak kejutkan suami pada hari lahirnya.

Jadi beritahu suami yang Paktam nak belanja sempena dengan hari lahir saya. Bahagian kek pula, sambutan lebih meriah jika ada kek kan? Tak mahu menyusahkan Paktam, saya cakap pada suami, Paktam minta belikan kek. Siap minta suami pilih nak kek yang mana.

Maka, inilah kek hari lahir yang dipilih. Ringkas. Menarik sebab ada Dairy Milk Chocolate tu.




Pakat dengan pelayan yang sangat best di Zam Zam Cafe & Satay Club, agar hidangkan kek ini dan minta menyanyikan lagu harijadi termasyhur di dunia.

Yang kelakarnya, kami terlupa nak maklumkan siapa Birthday Boy nya, dan Birthday Boy itu tidak perasan yang ianya untuk beliau sehinggalah ke bait 'Happy Birthday Rahim'. Memang kelakar betul.

Ini muka terperanjat beliau setelah meniup lilin.


Paktam ada merakam video, memang nampak muka suami terperanjat dan tersipu-sipu semasa sambutan ini.

Gembiranya hati dapat membuat sambutan kejutan kepada suami. Mudahnya merancang sebab suami memberikan kerjasama sepenuhnya. Suami kata 'Ingat hanya makan-makan sambut birthday ayang je'. Haha comel la suami.

Tahun depan kena ubah taktik sebab taktik ini dah guna pada 2013 dan 2014.

03 January 2014

Duit dari titik peluh lebih dihargai

Teks : Saudah Salleh

Adakah ianya benar? Mari kita sama-sama membaca artikel ini.
Once upon a time there lived a very wealthy and wise man named Abdullah. He had two sons. His oldest son was very hard-working and used to earn his living all by himself. He never asked his father for any money. The youngest son of Abdullah was a very lazy guy and was unwilling to work at all and used to spend all his time enjoying with friends. He used to spend his father’s money and lead a very luxurious life like a prince. Abdullah got too much worried about his youngest son’s situation and thought he badly needed to do something about it. So one day Abdullah called his youngest son and told him to go to the market and earn some money and put a condition that if he was unable to bring home any money he would not be allowed to have his dinner that night. Out of fear that his father would not allow him to eat his dinner, the youngest son went to the market, but didn’t find any work. He came home and went to his mother and told her about it. His mother could not see him sad so she gave him 20 pounds.

In the evening when Abdullah asked his youngest son to show what he had earned that day, the son quickly presented the 20 pounds note and told father that was his earnings of the day. Abdullah was a very wise man and from his experience he guessed that the money was given to him by his mother. So Abdullah told the boy to tear the note and throw it in the pool. The son did as he was instructed by his father.

The next day Abdullah sent his wife to her friend’s place and told his youngest son to go to the market and earn some money with the warning of being deprived of the night’s dinner. This time the son with a very sad face went to his eldest brother and told him his situation. His eldest brother was very kind and loved his brother very much so he took a 10 pound note from his pocket and handed to his brother.

In the evening when Abdullah asked his youngest son to show his earning, he promptly showed him the 10 pound note that his brother gave him. As Abdullah was a man of wisdom he suspected this time the son might have got the money from his brother so Abdullah told his son to throw the money in the pool. The son did just as his father told him to do.

The next day Abdullah sent his eldest son on a business trip and told his youngest son to go to market and earn some money. This time as there was no one at home who could help him the son went to a shop in the market and asked for some work. The shopkeeper told him to transfer goods from the van into the shop. The son could not refuse and by the time he finished with all the work he was sweating profusely. He was soaked in sweat from head to toe and his feet were trembling and he felt excess pain in his body.

The son returned home in the evening with 5 pounds in his hand. His first earning of his life. He showed the money to his father. Abdullah told his son to throw the money in the pool. The son was shocked and aghast and cried out, “O Father! How can you ask me to throw the money into the pool ? This is my hard-earned money. My entire body is aching and you are asking me to throw this money? ”

The father replied with a big smile, “Son, on previous two occasions you didn’t once hesitate to throw the money into the pool because it was not your money and you just didn’t care, but this time you got so horrified and couldn’t even imagine throwing your hard-earned money in the pool. That’s exactly how a person feels when he sees his fruits of labour being wasted.

The son realized how wrong he was and he learnt a great lesson and got to know the importance of hard-work and the value of money. He promised to his father and himself that he would never by lazy and earn money on his own so he could enjoy the fruits of his labour in the right way.

Semoga bermanfaat.

02 January 2014

Zam Zam Cafe & Satay Club dan Majlis Kesyukuran

Teks : Saudah Salleh

1 Disember 2013. Tarikh yang dipilih untuk Majlis Kesyukuran yang kami anjurkan. Kenapa tarikh ini yang dipilih? Sebabnya untuk bulan Disember, hanya ini sahaja yang kami lapang.

Kenapa Majlis Kesyukuran? Kerana ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7. Cepat betul rasa masa berlalu.

Para jemputan terdiri dari keluarga dari sebelah bonda. Bonda hanya ada 3 orang adik sahaja. Ayah Ngah, Ayah Chik dan Mak Cu. Kami 5 beradik dan sepupu hanya ada 6 orang sahaja.

Sekarang, ramai sikit sebab perkahwinan. Anak saudara baru 2, bulan Februari 2014 akan tambah seorang. Akhir tahun insya allah ada rezeki kami pula.

Zam Zam Cafe & Satay Club dipilih kerana suasana persekitarannya. Ditambah lagi dengan menu yang sedap, kawasan parking yang mudah dan percuma membuatkan kami memilih lokasi ini.

Yang tidak dapat hadir hanyalah Abang & Kak Linda, Ain & Jaowad serta At. Tetap meriah walaupun santai.

Menu : Nasi Beriyani Ayam dan Kambing, Nasi Ayam, Mee Rebus, Fish & Chips, Chicken Chop. Apa lagi ya saya sudah lupa.

Sedihnya, menu 'signature' mereka iaitu Sup Tulang Merah dan Mee Sup Tulang Merah tiada kerana kekurangan bekalan Tulang. Padahal itulah yang kami war-warkan pada para tetamu. Tak mengapa, boleh datang lain kali.



Seluruh ahli keluarga Hj Sarman



Gambar dari dekat



Anak sepupu.



Kami sebelum majlis bermula



Dari kiri : Makcik, Makngah, Ayahngah



Dari kanan : Mak, Syazira


Meja 1

01 January 2014

Tahun Baru Buku Baru


Tahun baru telah tiba. Serasa baru sahaja menyambut tahun 2013. 

Apakah azam baru 2014? Saya ada terbaca post rakan di Facebook, katanya Azam yang disertai dengan Tindakan adalah azam sebenar. Jika hanya berAzam tanpa melakukan apa-apa untuk mencapai Azam tersebut, ianya hanyalah Angan-Angan.

Menarik bukan? Tepat juga. Membuatkan kita mahu berTindak. Tidak mahu hanya sekadar kawan Mat Jenin yang bermimpi mahu berkahwin dengan puteri raja, sudahnya jatuh dari pokok kelapa yang tinggi.

Kalau difikirkan secara logik, Angan-Angan tu sakitnya seperti jatuh pokok apabila kita Menyesal di kemudian hari. "Kenapalah aku tak buat itu?". "Kenapalah aku tak jaga?". "Kenapalah aku tak pilih?". "Kenapalah aku tidak bertindak begitu?".

Maka ada baiknya kita mulakan tahun baru ini dengan perkara berikut:-

1. Syukur

2. Selawat

3. Sedekah

4. Sujud

5. Tulis 10 impian setiap hari. Besar atau kecil impian bukanlah ukurannya. Impian kita tidak akan sama dengan orang lain. Maka tulislah hatta sekadar ingin anak-anak tidur awal.

6. Jika impian tersebut besar, pecah menjadi kecil. Contohnya, impian saya mahu berat saya pada Disember 2014 sebanyak 65kg. Saya ada 12kg untuk dibuang. Maka, setiap bulan saya perlu hilangkan 1kg sahaja. Takdelah berat sangat cabaran hilang 1kg berbanding 12kg.

7. Lakukan Tindakan yang mendekatkan diri dengan impian tersebut. Macam saya, 1kg tu saya buat dengan cara pilih makanan yang sihat iaitu yang tidak bergoreng untuk Januari 2014 ini.

8. Baca impian kita setiap hari. Supaya sentiasa kita ingat apa impian yang belum tercapai.

Kita boleh gunakan senarai seperti di bawah.


Source


Semoga bermanfaat.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign