Tinta Si Isteri Mekanik: February 2014

28 February 2014

Siapa sibuk, kaya dan rugi?

Untuk renungan kita bersama

Tazkirah diri .

Siapakah orang yang sibuk?..

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?..

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?..

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?..

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?..

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?..

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?..

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?..

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT?..

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain..

25 February 2014

RESEPI PEMANGGANG AJAIB : NASI GORENG

Teks : Saudah Salleh

Pemanggang ajaib. Memang memudahkan tugasan memasak. Yang penting sihat kerana menggunakan minyak yang sedikit.

Belinya dah lama, elok saja tersimpan dalam kotak. Sebabnya buku resepi tidak disertakan bersama. Cari resepi dalam internet tetapi keyakinan untuk memasak tiada.

Hinggalah terjumpa dengan sebuah buku memasak menggunakan pemanggang ajaib ini. Mudahnya. Tak bersepah dapur dengan percikan minyak. Tangan pun kurang lenguh menggaul nasi. Hihi.

Resepi pertama dari buku panduan. 

Kenapa saya memilih Nasi Goreng? Kerana kalau saya berjaya menggoreng nasi dalam pemanggang ajaib, maka saya boleh memasak resepi lain juga. Sebab asasnya sama.

Mula-mula seperti biasa. Tumiskan bawang dan cili padi yang telah ditumbuk. Di sini kelebihan pemanggang ajaib terserlah sebab memang gunakan sikit je minyak. Lebih kurang besar syiling 50 sen lama. Biasanya saya gunakan minyak dalam 3-4 sudu untuk pastikan cilinya masak.

Kemudian masukkan bahan mentah seperti udang, sotong, ayam, fishcakes fishballs.


Masukkan telur dan biar seketika hingga telurnya sedikit keras.



Perasakan dengan garam dan lada putih jika suka.

Masukkan nasi sejuk dan gaulkan hingga sebati. Gunakan dua sudip agar nasi tidak bertaburan. Pecah-pecahkan nasi menggunakan belakang sudip agar perencah sekata.






Dah siap.  Senang aje rupanya gunakan pemanggang ajaib ni.

Takut memang merugikan kita kan?

Lepas ni nak cuba resepi lain pula. Saya juga akan 'review' buku resepi tersebut.

Semoga bermanfaat.

24 February 2014

Projek Memikat Suami

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. 

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

4. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

Sabda Rasulullah saw :
"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."
(Riwayat Bukhari dan Muslim) 

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi..

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

*sumber

Bye,

23 February 2014

Nasi Arab Dima, Oasis Square, Ara Damansara


Teks : Saudah Salleh

Nasi Arab Dima ini terletak di Oasis Ara Damansara. Bersebelahan dengan Citta Mall kiranya.



Sambutan hari lahir saya semasa dalam bulan Januari lepas. Haha dah basi tapi tetap ingin mencoretkannya di sini.

Masa tu teringin betul nak nasi arab tapi tak nak yang dah biasa macam Nasi Arab Ta'if tu. Teringat ada di Ara Damansara ni, maka terus ke sana selepas kerja.

Memang cantik la kawasan Oasis ni. Banyak kedai tapi masih tenang. Lampu pun cantik-cantik.

Okay, jom tengok menu nya.










Suami pesan set Nasi Dzurbiyan Kambing. Ada salad dan kami pilih Arabic Salad. Air Sirap Bandung. Memang berbaloi dengan hanya RM25.00 sebab kambing aje dah RM22.00

Arabic Salad

Dzurbiyan Lamb with Rice
Dalca

Dzurbiyan Chicken with Rice

Sirap Bandung

Hot Chocolate

Sedap dan portion nya sangat banyak. Saya memang makan separuh nasi sahaja dan ayam pun tak habis.

Arabic Salad memang sangat sedap. Saya boleh ratah salad ni banyak-banyak.

Hot chocolate memang pekat dan berbaloi. 

Jemput cuba Nasi Arab Dima ini. Ada cawangan di Melaka juga.

Semoga bermanfaat.



22 February 2014

RESEPI : LAZY EGG AND CHEESE SANDWICH

Teks : Saudah Salleh

Bosan juga kalau ada roti, menunya adalah Roti Kaya, French Toast dan Sandwich Telur Mayo atau Sandwich Telur Hancur.

Jadi saya bertanya kepada Encik Google resepi mudah yang boleh dimasak dengan cepat tanpa menggunakan bahan yang banyak.

Daripada hasil carian, resepi dari Joanna Goddard ini yang paling mudah.

Disertakan dengan langkah-langkah bergambar menyenang orang yang kuirang rajin ini. Hihi.

Okay, ini resepinya ya.

Lazy Egg and Cheese Sandwich
Oleh Joanna Goddard

Untuk seorang makan, perlukan :-

2 keping roti samada Gardenia, Roti Bun, Roti Burger, English Muffin
1 - 2 sudu teh mentega atau minyak zaitun atau minyak masak
1 biji telur + 1/2 sudu teh air
1 keping keju
Garam dan lada hitam jika suka
Bahan tambahan kesukaan seperti Sosej, Daun Bawang, Bawang yang dihiris, Ayam, Udang dan sebagainya. Tetapi rebus sekejap dahulu.

Cara-caranya:-

Bakar roti dalam pembakar roti. Kalau ada pemanggang ajaib pun boleh guna juga. Atau panaskan kuali tidak melekat (non-stick pan) atas api sederhana.

Kemudian, masukkan telur dalam mangkuk bersama-sama dengan 1/2 sudu teh air, garam, lada hitam dan sebatikan.

Panaskan mentega atau minyak dalam kuali dan ratakan.

Masukkan bancuhan telur tadi. Goyangkan kuali agar telur yang terbentuk adalah nipis. Macam telur dadar nipis.

Segera masukkan sekeping keju di tengah-tengah telur tadi. Taburkan juga bahan-bahan tambahan jika guna.

Biarkan hingga masak, dalam 1.5 hingga 2 minit.

Kemudian telur tadi dilipat 4 iaitu hingga menutupi keju tadi. Jika kita gunakan roti Gardenia, kita lipat segi empat sama (square). Kalau gunakan roti panjang atau roti hotdog, lipat memanjang. Kalau tak kisah, buat je apa-apa bentuk pun.

Biarkan sekejap dalam 30 saat dan angkat.

Letakkan di atas roti dan hias dengan salad, tomato, sos cili dan mayonaise.

Saya letakkan juga gambar yang saya ambil dari Joanna. Terima kasih Joanna.






Mudah kan?

Semoga bermanfaat.



21 February 2014

Medan Selera Space U8, Shah Alam

Teks : Saudah Salleh

Makanan semasa rehat Jumaat yang panjang. 

Di Space U8, ada sebuah gerai yang menawarkan burger bakar dengan harga yang berpatutan.

Pertama kali ke sini, saya memesan Mozza Burger.

Burger daging yang dibakar dan diletakkan Keju Mozzarella yang sedap.

Daging lembu ini katanya dibuat sendiri. Tengok pun tau sebab tebal betul dagingnya. Sedap kerana masih lembut dan tidak terlebih masak (overcooked).

Roti pun sedap dan tebal tetapi masih lembut.

Harganya hanyalah RM7.90 sahaja. Kenyang sampai malam hihi.

Jemput rasa burger ini ya jika ke Space U8.

Semoga bermanfaat.






20 February 2014

Air Tangan Kasih Seorang Isteri

Teks : Saudah Salleh

Antara azam tahun 2014 kami adalah memakan makanan yang dimasak di rumah dan berkhasiat dengan adanya kehadiran ulam atau sayur-sayuran mentah.

Berkebetulan pula, keinginan membuak-buak melihat gambar-gambar sandwich di internet membuatkan saya bersemangat membuatnya.


Lazy Sunday Egg and Cheese Sandwich (kiri dan tengah) serta Mushroom Murtabak Sandwich (kanan)




Smoked Turkey and Scrambled Egg Sandwich


Yang ini pula adalah permintaan adik saya dan isterinya yang mengidam. Pertama kali membuatnya untuk 50-80 orang. Lenguh juga menggaulnya.



Sambal Goreng Jawa (belum digaul)


Dek kerana geram dengan udang galah di Pasar Tani Shah Alam yang berharga RM20.00 sepinggan dan pucuk paku segar di sana membuatkan saya teringin. Masak untuk kali pertama dan ternyata memang kombinasi yang terbaik.


Udang Galah Masak Lemak Cili Padi dengan Pucuk Paku


Aglio Olio adalah antara resepi pasta yang termudah kerana hanya menggunakan 3 bahan asas sahaja iaitu Cili Kering (Chili Flakes), Bawang Putih dan Minyak Zaitun. Tetapi boleh ditambah dengan bahan-bahan yang kita suka dan yang ada dalam peti sejuk. Jika ditambah makanan laut, jadilah Seafood Aglio Olio. Masukkan ayam terhasillah Pasta Aglio Olio bersama Ayam. Mudah dan berkhasiat serta sedap.



Aglio Olio Spaghetti



Yang ini pula dibuat kerana ingin menghabiskan Capati Segera. Suami pula kurang gemar dengan capati yang dicicah dengan dalca. Tetapi apabila dibuat bungkus bersama sayur dan sausage, makan bertambah pula! Mudah sahaja, hanya panaskan capati di atas kuali dalam 1 minit. Terbalikkan dan sementara itu terus susun salad (saya gunakan Rocket Salad) dan sausage yang telah direbus sebentar. Letakkan juga keju jika suka.


Sausage wrap


Cendawan tiram ini saya goreng dengan Tepung Magik. Rahsia untuk mendapatkan cendawan yang garing adalah dengan tidak membasuh cendawan tersebut. Hanya beruskan sahaja kotoran hitam yang melekat. Ha? Tak perlu basuh? Ini kerana sifat cendawan yang tidak boleh hidup dalam keadaan yang kotor, jadi cendawan yang terhasil bebas dari kotoran yang memerlukan kita membilasnya. Tepung Magik tadi saya masukkan ke dalam mangkuk dan terus salutkan cendawan tersebut tanpa membancuh tepung dengan air. Panaskan minyak hingga betul-betul panas dan masukkan cendawan yang bersalut Tepung Magik tadi.



Cendawan goreng Tepung Magic

Sumber dari Google. Terima kasih.

Mudah dan ringkas sajian saya. Yang penting, kasih sayang dan cinta sebagai perasa tambahan. 

Semoga bermanfaat.

19 February 2014

Iklan : Flexis Print, Seksyen 2, Shah Alam


CETAKAN BANNER MURAH DI SHAH ALAM!!! 

Hanya 80sen sekaki persegi. 

WOWW!!!! CETAKAN YANG TERBAIK DAN BERKUALITI TINGGI. 

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. 

KUASAI WILAYAH PEMASARAN PERNIAGAAN ANDA. 

Tempah Sekarang di FLEXIS PRINT, SEKSYEN 2, SHAH ALAM atau HUBUNGI TERUS 01120132991. 

Tawaran ini adalah terhad.

P/s: Saya gembira dengan perkhidmatan Flexis Print ini. Mudah berurusan, respons yang cepat, dan harga yang berpatutan.

Jemput datang ke Flexis Print ya kawan-kawan.

11 February 2014

Kisah Tikus dan Masalah Perangkap

Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...



Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…

“Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan.

Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!



Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”



Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.”



Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.

“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.

Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.”



Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.

Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak.”

Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.

Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.

Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.

Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yang mengarang terus menyengat isteri Pak Ali.

Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.

Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.

Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.

Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.

Wahai sahabatku,
Beringatlah , apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang hadapi dugaan ini.

Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu, walaupun dia tidak meminta-minta– jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan nn bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu sekarang. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.

Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah.

07 February 2014

BANGKIT 2014

Teks: Saudah Salleh


Seminar Kenali Potensi Diri 2012 adalah pertemuan pertama saya dan suami Abdul Rahim Kassim dengan Dr Azizan Osman.

Pertemuan pertama yang merubah hidup kami berdua. Pertemuan yang menghuru-harakan kami.

Soalan yang merubah jiwa kami yang ditanya adalah "Kenapa nak KAYA?". Saya jawab "Nak banyak DUIT". Terus Dr Azizan cakap saya tak akan kaya. Sentap hati mak ni.

Tapi bila Dr cakap sebab sebenar, terus dan-dan tukar niat kenapa saya perlu KAYA. Tak pernah terfikir langsung yang salah niat adalah penyebab saya miskin bandar.

Bermula dari SKPD 2012 yang kami bayar RM30.00 seorang sebab tak pandai (huhu), kami daftar pula Program Intensif Menjana Kekayaan & Kejayaan Februari 2012. Kemudian menyesal pulak join IMKK 2012 tu. Sebabnya dah terjoin Program Platinum University of Life DAO.

2014 adalah tahun BANGKIT kami. Dah graduate tapi agak blur-blur dan leceh dalam Tindakan untuk perniagaan kami. Betul cakap Doc, elmu walau penuh di dada tapi takde tindakan, memang tak jadi apa pun. Maka 2014 kami dah siapkan banyak perkara and when you plan your life, banyak perkara gembira berlaku tahun ini walaupun baru masuk bulan kedua.

Siapa yang sudah bersedia untuk berubah, daftarlah Seminar BANGKIT 2014 ini. Rendahkan ego dan bersedia untuk menimba elmu. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. Ameen.

P/s : Daftar di sini ya. www.bangkit2014.com

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign