Tinta Si Isteri Mekanik: March 2014

28 March 2014

JJCM : Murtabak Singapore, Tanjong Agas, Muar

Teks : Saudah Salleh

Muar, Johor Darul Takzim. Antara syurga makanan di Malaysia. Antara menu terkenal adalah Asam Pedas, Mee Bandung Muar dan Murtabak Singapore.

Walaupun saya dilahirkan di Johor namun saya membesar di Petaling Jaya sementelah ayahanda dan bonda menjemput rezeki di sana. Balik Johor hanya sekadar ziarah menziarahi semasa Hari Raya dan Majlis Perkahwinan serta kenduri kendara.

Di Kuala Lumpur kota metropolitan ini, memang banyak menu-menu Johor ini dijual, namun untuk mendapatkan rasa yang original memang susah. Kata aje Mee Bandung, tapi bila rasa, alamak gagal.

Rezeki saya pulak dapat bersuamikan orang Muo hihi. Tapi orang Jawa. Suka pulak masakan emak. Jadi awal-awal perkahwinan, bila balik Muar, memang tak ke mana la. Kalau keluar pun, akan balik dan makan masakan emak. Terbukti kan masakan emak yang paling sedap. Nak-nak lagi lauk yang hampir pasti ada kalau kami balik adalah Sambal Goreng Jawa style. Fuhhh sedapnya.

Tapi, suami saya seorang yang adventurous, yang suka mencuba sesuatu yang baru dengan syarat kita aturkan. Oklah kan..

Jadi, baru-baru ini, berkebetulan kami pulang ke KL pada waktu siang, jadi dapatlah singgah ke Restoran Murtabak Singapore yang terletak bersebelahan dengan Stesen Petronas Tanjung Agas dan Sekolah Sains Muar.

Saya tahu hanya di sini sahaja yang tawarkan Murtabak Singapore, kalau ada teman yang tahu mana yang lebih sedap, maklumkan pada saya ya?

Okay, ini restorannya. Ringkas sahaja.



Ini pula salah satu bahan Murtabak. Daging cincang yang telah dimasak dengan rempah rahsia. Telur. Minyak masak. 



Ini yang sedang dimasak. Rupanya masa memasak Murtabak ini yang bersaiz kecil adalah dalam 5 minit. Mula-mula tebar roti. Pecahkan telur dalam roti, macam kita buat roti telur.

Kemudian, dimasak sebentar. Dipecahkan telur lagi dan diratakan daging. Sesudah telur masak, roti diterbalikkan. Dan proses sama diulang semula.

Kalau order yang special, lagi lama masaknya sebab lagi tebal dan berlapis-lapis. Kami singgah membeli sekitar jam 12.30 tengahari. Masih lengang kerana musim cuti sekolah ni, banyak majlis perkahwinan. Katanya, kalau datang dalam jam 3.00pm tu, kena tunggu SATU JAM! *Pengsan lapar.



Senarai harga yang saya rasa berpatutan.


Abang Chef untuk restoran ini. Nampak macam garang tetapi sebenarnya peramah. Beliau bercerita, restoran ini sudah melebihi 20 tahun, sebesar anak pemilik. Wow, lamanya.


Kepada yang ingin mencuba, ini alamatnya.

Murtabak Singapura
Restoran Murtabak JD
No. 1-4, Batu 1, Tanjung Agas,
84000 Ledang, Johor.
Koordinat GPS : N 02°03.548′ E 102°33.567′


Katanya lagi, ada cawangan di Johor Bahru, tapi saya tak perasan di mana. Oh kami tapau aje sebab dah makan Mee Bandung Muar sebelum itu.

Nanti saya blog kan tentang Mee Bandung pula ya.

Semoga bermanfaat.

p/s : Banyak kisah makanan pulak ya. Nak buat macam mana, kami memang suka makan. Hihi.

26 March 2014

Kenapa MH370? Mengapa?




Kenapa aku diuji?

'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan " kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta".
-Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3


Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'

-Surah Al-Baqarah, Ayat 216


Kenapa ujian seberat ini?
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya'
-Surah Al-Baqarah, Ayat 286


Kenapa kita rasa frust?
'Janganlah pula kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang orang yang beriman.'
-Surah Al-Imran, Ayat 139


Bagaimana harus aku menghadapinya?
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.'
-Surah Al-Baqarah, Ayat 45


Kepada siapa aku berharap?
'Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain daripadanya. hanya kepadanya aku bertawakal.'
-Surah At-Taubah, Ayat 129


Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
'Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka'
-Surah At-Taubah, Ayat 111



Aku tak tahan!
'...Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir'
-Surah Yusuf, Ayat 12


Sampai bila aku akan merana begini?
'Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.'
-Surah Al-Insyirah, Ayat 5-6

25 March 2014

Pergi yang tiada kembali

Teks : Saudah Salleh

Suasana sayu dan suram hari ini. Sana sini memperkatakan tentang MH370. Sedih atas kehilangan mereka. Sedih kerana ibu bapa kehilangan anak. Sayu mengenangkan isteri/suami dan anak-aak yang ditinggalkan. Suram atas pemergian ramai tenaga muda yang menyumbang bakti kepada negara.

Sesungguhnya inilah tragedi yang melibatkan penerbangan pertama selama saya hidup yang membabitkan Malaysia.

Al-Fatihah untuk mereka dan salam takziah buat keluarga semua yang terlibat dalam Tragedi MH370. Semoga keluarga mereka tabah dan diberikan kesabaran yang tertinggi dalam menghadapi situasi ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam 'Search And Rescue' (SAR) MH370.

Antara yang saya dapat dari internet.



MH370 Flight Incident

Tuesday, March 25, 12:30 AM MYT +0800 Malaysia Airlines MH370 Flight Incident - Media Statement 24

It is with deep sadness that Malaysia Airlines earlier this evening had to confirm to the families of those on board Flight MH370 that it must now be assumed the flight had been lost. As the Prime Minister said, respect for the families is essential at this difficult time. And it is in that spirit that we informed the majority of the families in advance of the Prime Minister’s statement in person and by telephone. SMSs were used only as an additional means of communicating with the families. Those families have been at the heart of every action the company has taken since the flight disappeared on 8th March and they will continue to be so. When Malaysia Airlines receives approval from the investigating authorities, arrangements will be made to bring the families to the recovery area and until that time, we will continue to support the ongoing investigation.
























24 March 2014

RESEPI PEMANGGANG AJAIB : AYAM MASAK KICAP

Teks : Saudah Salleh

Pemanggang ajaib lagi. Saya rasa memang ajaib lah, sebabnya bila suami merasa lauk ini, dia kata sedap, hihihi.

Ayam masak kicap adalah antara lauk kegemaran suami. Cara biasa adalah menggoreng dahulu ayam yang disalut dengan garam dan kunyit dalam minyak yang banyak dan panas.

Kemudian barulah ditumis bawang merah, cili merah yang dihiris sehingga layu. Masukkan kicap dan air sedikit untuk kuahnya. Akhir sekali masukkan ayam dan garam.

Ada juga yang suka tumiskan kulit kayu manis agar rasanya sedikit manis dan berbau wangi kuahnya. Kadang kala saya tumiskan, selalunya tidak. Hihi.

Tapi kali ini, sangatlah mudah memasak menu ini. Sedap pulak tu. Dapur pun tak perlu dilap dek kerana percikan minyak panas. Bau gorengan ayam pun tidak lagi memenuhi dapur, ruang makan dan ruang tamu, juga hingga ke luar sampai jiran pun boleh terbau. 

Jadi saya nak kongsikan cara memasak menggunakan Pemanggang Ajaib.

Haaa, siapa yang ada pemanggang ajaib tu bolehlah mencuba. Mana yang tiada, boleh masukkan dalam impian 2014 atau masak seperti biasa menggunakan kuali.


Bahan-bahan Resepi :

Ayam - diperap sebentar dengan serbuk kunyit dan garam

1 labu bawang besar yang dihiris
2 biji cili merah yang dimayang halus

1/2 cawan kicap manis
1/4 cawan air

Garam
Gula



Cara-cara:

1. Panaskan pemanggang ajaib sebentar. Letakkan sedikit minyak. Susun ayam di dalam pemanggang ajaib. Tutup dan masak selama 10 minit. Kemudian terbalikkan pemanggang ajaib agar ayam masak sekata.




2. Alihkan ayam yang telah dipanggang ke dalam pinggan. Pemanggang ajaib tidak perlu dibasuh, cuma jika minyak terlalu banyak, boleh dibuang sedikit.

3. Tumiskan bawang dan cili merah sehingga terbit bau dan sedikit layu. Masukkan kicap dan air dan biar sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula agar bersesuaian rasanya.




4. Akhir sekali masukkan kembali ayam yang telah dipanggang tadi dan biarkan sebentar agar kuah kicap meresap ke dalam ayam tersebut.




P/s : Saya gunakan peha ayam untuk menu ini.

P/p/s : Boleh juga biarkan mereneh dengan api yang kecil dalam 5 minit dalam keadaan pemanggang ajaib tertutup agar bau dan rasa kicap meresap ke dalam ayam.

Semoga bermanfaat!


22 March 2014

Cerita Ustaz Ebit Lew

Melihat seorang daie yang sangat kuat/josh.

Dia selalu masak untuk isteri dan keluarganya...Dia sangat suka masak...Basuh baju, jemur, angkat, picit isteri yang mengandung...

Anak-anaknya akan sentiasa menantinya setiap hari...sentiasa bermain dan bergurau dengan anak-anak walaupun sibuk dengan amal masjid....

Bila ada program jauh, masa balik dia pasti akan beli makanan atau hadiah..Katanya, semua tugas di rumah adalah tugas kita. Bukan isteri. Mereka tolong jaga anak kita, kita masak untuk mereka atau kita beli untuk mereka...Allah akan tanya tanggungjawab kita.....

Waktu malam masa program masjid dia akan banyak menangis dalam doa ketika tahajud.. Sentiasa menghidupkan amalan ta'lim dalam rumah setiap malam setengah jam bersama keluarga...Ketika berjauhan isteri dan anaknya baca hadis seperti biasa dia dengar melalui phone....

Ingat lagi seorang kawan saya jumpa seorang alim besar.. katanya ustaz, syukur saya dapat isteri yang sentiasa rajin masak, kemas rumah, sambut saya dengan senyuman, didik anak, rajin sangat...semua hal rumahtangga dia uruskan...

Jawab ustaz saya, isteri kamu yang baik syurgalah tempat dia..

Tapi kamu mungkin tertahan masuk syurga kerana bila orang asyik beri apa yang kita nak, mungkin tanda kita malas dan banyak hak mereka yang tidak kita tunaikan...Bila orang yang suka memberi khidmat. Orang tak sempat nak khidmat dia....

Kita dengar bagaimana khidmat Nabi saw kepada isteri...kepada wanita lihatlah kisah yang sangat banyak dari kehidupan Fatimah ra.Anak yang paling mirip sifatnya dengan Nabi saw...Segala sunnah Nabi saw buat lelaki dan wanita..

Orang yang paling baik ialah orang yang paling baik kepada ahli keluarganya...Nabi saw ialah orang yang paling kepada ahli keluarganya...

Berlumba menunaikan hak..Menunaikan hak tanpa mengharapkan balasan..itulah sifat ahli syurga...kasih sayang Allah segalanya..

Ya Allah ya Rahim, jadikanlah kami daie dan mempunyai sifat seperti Nabi saw..suka memberi...memberi khidmat..berkasih sayang... memaafkan.. sentiasa hidupkan dakwah..

Ya Allah ampunkan dosa pasangan hidup kami. Kasihi mereka dan letakkan kami dapat bersama dalam syurga. Jika kami pergi dulu, pelihara pasangan kami dan anak-anak dan semua ahli keluarga terus berjuang dan menjaga Islam ini.


Ameen.

Semoga bermanfaat.

21 March 2014

Pertama kali mencuba JUS SIHAT

Teks : Saudah Salleh

Selepas penat membeli-belah di TESCO dan terperanjat dengan harga petai, kami keluar dari TESCO Paradigm Mall dengan rasa yang lelah dan dahaga.

Terserempak pula dengan gerai ini, dengan tagline Healthy Juice, No Added Sugar (Jus Sihat tanpa gula tambahan). Berhenti depan kiosk.

Belek pulak 'bunting' (sebutan 'ban' 'ting') ni. Sangat tertarik dengan SLIMMING JUICE. Hihi perempuan kan...

Saya dah tahu tentang jus celery, lobak merah, timun dan epal boleh detoks kan toksin dalam badan. Tapi, sebab tak pernah cuba, jadi malas lah nak beli bahan dan kisar.

Ini dah ada depan mata, maka saya pesanlah Jus Kurus ini. Hihi.


Rasanya? Hihi mula-mula sebelum minum, saya dah sebut jus ini sedap. Tak fikir langsung rasanya melainkan SEDAP. Psiko kejap diri ini.

Yang mengejutkan, memang SEDAP!

Bila saya buat sendiri, saya lebihkan epal bagi manis sikit. Rasanya campuran dia lebih kurang macam ni. Kita ubahlah (adjust) kalau rasa jus tak menepati citarasa kita.


Bahan-Bahan:

1/2 batang timun - ambil bahagian yang cerah
1/2 batang lobak merah - kikis kulitnya
1 batang celery - buangkan sikit hujungnya
2 biji epal - nak manis, ambil epal merah
1 cawan air sejuk

Cara-cara penyediaannya:

Kisar semua bahan dan tapis. Terus minum sebab kalau diniarkan, khasiatnya akan hilang.


Untuk bonda tersayang, saya pesankan 'Summer Cooler' iaitu campuran tembikai dan buah passion. Yang ini memang sedap sebab rasa buah-buahan. Memang penghilang dahaga dan mengenyangkan.






Ini resepi-resepi lain untuk kita cuba.

Saya nak buat The Protector Juice, The Body Cleanser dan Summer Cooler.





Semoga bermanfaat!


20 March 2014

Petai Premium

Teks : Saudah Salleh

Minggu lepas semasa saya membeli-belah barangan dapur di TESCO, saya ternampak petai.

Petai yang dijual adalah petai yang telah dibuang kulitnya. Erti kata, telah siap disiang dan boleh terus dimasak.

Saya suka tengok petai-petai dalam bekas plastik sebab nampak segar dan besar. Berbeza dengan petai yang dijual 3 papan seikat di pasar malam atau pasar tani, biasanya petai-petai tu kecil. Rasa rugi pula bila menyiang sebab hasil yang dapat, alahai sikitnya. Kecil pula tu.

Petai ni saya suka masakkan dengan udang. Sambal udang atau Udang Masak Lemak Cili Padi. Tapi saya tak makan petai yang dimasak sekali dengan udang tu. Kalau nak makan petai, saya suka direbus dan dicolek dengan sambal tempoyak. Hihi pelik sikit.

Saya pun tak tahu kenapa macam tu. Padahal sama je. Mungkin sebab udang tu dah terasa petainya, jadi tak perlu makan buahnya. 

Dah nak ambil, tapi terbantut!

Sebabnya, cuba tengok gambar ini.




Mahalnya. Terkejut saya. 

Saya 'instagram'kan gambar ini dan majukan juga ke Facebook. Rupa-rupanya ramai yang mengatakan ianya tidaklah begitu mahal kerana di pasar malam, harga biasa adalah 3 papan RM5.00. Tapi buahnya agak kecil berbanding petai TESCO ini.

Hm... nampaknya petai telah memasuki era barangan premium. Hihi. Bila ada tanah, saya nak tanam pokok petai lah. Sambil makan sendiri, boleh beri pada yang berminat. Lebih bermanfaat.

Tapi, er.... macam mana nak tanam? Guna benih atau anak pokok? Kena cari maklumat lah ni. Hihi.

Semoga bermanfaat.

14 March 2014

SAR MH370 bersama Kapten Norudin Abd Majid di MHI (Part 2)

)

SAR MH370 bersama Kapten Norudin Abd Majid di MHI (Part 1)

)

13 March 2014

Senyap kerana MH370

Teks : Saudah Salleh

Terkejut adalah reaksi pertama saya apabila mendengar kehilangan pesawat MH370. Ini kali pertama tragedi yang melibatkan syarikat penerbangan MAS selama saya hidup.

Kemudian terfikir 'Mustahil boleh hilang". Dengar pula khabar pesawat mendarat di Nan Ming, China. Lega. Kemudian, disahkan tidak benar.

Telah enam hari tiada khabar berita tentang penumpang dan krew pesawat. 

Seluruh dunia mendoakan agar pesawat dijumpai.
















Ya Allah. Mudahkanlah urusan MH370. Ameen.

07 March 2014

Gerai Murtabak Kambing Ayam Daging Azmy, Pasar Tani Shah Alam (Stadium Shah Alam)

Teks : Saudah Salleh

Pasar Tani Shah Alam. Setiap hari Ahad di kawasan letak kereta bersebelahan Giant Seksyen 13. Bermula awal pagi, saya suka ke sana pagi-pagi kerana mudah meletak kereta dan pengunjung belum ramai.

Biasanya kami terus membeli bahan basah sebelum ke bahagian makanan siap untuk sarapan kami.

Geram tengok ikan, udang, sotong, ketam dan ayam serta sayuran dan ulaman segar yang dijual. Walaupun ada yang kata mahal, pada saya ianya berbaloi dengan kualiti yang kita dapat.

Selepas membeli-belah, pasti terasa lapar kerana belum sarapan lagi kan? Tak perlu risau sebab ada 2-3 deretan gerai makanan pelbagai pilihan ada di Pasar Tani Shah Alam. Boleh pilih samada makan di sana atau bungkus bawa balik.

Biasanya kami pilih bawa balik sebab tangan penuh dan lenguh membimbit barang belian. Hihi. 

Teringat pertanyaan suami saya, "Sayang, kenapa ramai yang bawa bakul beroda?"

Bakul beroda seperti ini maksud beliau.

sumber dari Google

Saya jawab, "Bakul letak barang". 

"Pegang ajelah" katanya. 

"Nanti abang tengoklah", sambil tergelak kecil saya jawab.

Bila tangan dah lenguh pegang barang, baru beliau berkata "Patutlah ramai wanita bawak bakul sendiri. Senang. Tarik aje". Tersenyum saya mendengarnya.

Berbalik kepada kisah sarapan, banyak pilihan dengan harga yang standard. Kami baru mencuba tiga gerai sahaja iaitu Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah dan Nasi Kerabu yang warungnya menjual pelbagai jenis hidangan sarapan Pantai Timur seperti Nasi Dagang dan lain-lain.

Tertarik dengan papantanda Murtabak KAMBING, kami singgah di gerai ini. Memang beratur panjang pelanggannya. Ada 3 pilihan murtabak : ayam, daging dan kambing.

Selain murtabak, ada roti canai dan roti boom juga.

Tengoklah ketebalan murtabak tu. Geram saya tengok. Saya beli sekeping sahaja sebab ada Nasi yang telah dibeli. Kemudian beralih kepada bahagian sejukbeku. Rupa-rupanya mereka membekukan produk jualan mereka untuk kemudahan kita.

Tapi murtabak beku telah habis. Jadi saya hanya membeli roti boom dan roti canai beku sahaja. Harganya sangat MURAH iaitu 3 prodek hanya RM10.00 sahaja. Iya, sepuluh hengget aje. Hihi.

Ini gambar yang saya ambil semasa menunggu murtabak kambing yang dipesan masak.


Anak-anak muda 'berkuli' dengan peniaga ini. Seronok saya lihat. Teratur kerja-kerja mereka. Seorang jaga satu produk.


Ini bahagian pesanan dan pembungkusan. Sangat teliti dan pesanan tidak bercampur. Tengok dalam dulang KAMBING, habis sudah. Masa menunggu dalam 5 minit sahaja.


Fokus kepada roti canai dan roti boom. Tak berhenti menebar. Sebab memang ramai. Sekejap sahaja dah habis. 


Ini di bahagian sejukbeku. Kami datang ke gerai dalam pukul 8.00 pagi setelah membeli-belah di bahagian Pasar Tani. Dah separuh habis. Saya rasa jam 10.00 pagi produk sejukbeku akan habis. Wow.

Tujuan kami membeli murtabak ini adalah untuk kepuasan perut kami. Hihi. Terasa daging kambing dalam murtabak tersebut. Di samping itu juga, kami inginkan rakan kami, dengan jenama Dendeng Mak Minah, merasa murtabak ini kerana beliau ingin mengeluarkan produk Murtabak Dendeng.

Dendengnya memang sedap. Berkualiti. Jadi tentulah saya dan suami gembira jika Abang Dendeng mengeluarkan Murtabak Dendeng. Pelanggan setia pertama menempahnya. Boleh ya Abang Dendeng? Facebook mereka adalah Dendeng Mak Minah atau klik di sini. Nanti saya buatkan entri khas untuk mereka.

Semoga bermanfaat!

04 March 2014

Iklan : Royal Slim Lishuo Magic

* Post Melekat sehingga 4 Mac 2014

Teks : Saudah Salleh

Dalam keadaan sekarang yang mendesak, senaman adalah perkara terakhir yang kita fikirkan.


Pergi pagi pulang petang. Urusan rumahtangga dan anak-anak serta suami mengambil banyak masa seorang wanita yang digelar 'Super Woman'.


Terkini, satu revolusi dalam pelangsingan badan telah berlaku di mana Royal Slim Lishuo Magic telah memudahkan pengguna untuk menurunkan berat badan.


Berperisa epal, Royal Slim Lishuo Magic hanya perlu dibancuh dengan air sahaja, samada air bersuhu bilik atau air sejuk. Mudah kan? Tuang kan Royal Slim Lishuo Magic ke dalam shaker yang diberikan, masukkan air dan goncang.


Masa terbaik untuk minum Royal Slim Lishuo Magic adalah pada waktu perut kosong. Maknanya, pagi-pagi sebelum sarapan terus kocak Royal Slim Lishuo Magic. Senang kan?







SM : RM110 sekotak @ RM200 2kotak
PERCUMA Penghantaran
PERCUMA Shaker



Duta Royal Slim Lishuo Magic yang berjaya menurunkan berat dari 74kg ke 47kg.



Cantik kan Siti Sarah Raisuddin? Ibu kepada 2 orang anak.



Kelebihan yang ditawarkan oleh Royal Slim Lishou Magic




PROMOSI : Setiap pembelian akan mendapat Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki. Terhad kepada 10 orang pelanggan sahaja.

Semua pelanggan akan mendapat bimbingan terus dari kami melalui Whatsapp. Pelanggan boleh juga sms dan telefon kami jika memerlukan khidmat nasihat.

Daftar sebagai agen untuk mendapatkan HARGA TERENDAH!

Hubungi kami melalui Whatsapp, SMS dan Telefon segera. Anda pasti berjaya kurangkan berat badan dengan sekotak Royal Slim Lishuo Magic.

013-396 7400 (Nor)
019-362 3392 (Mas)


* Nota : Saya telah mencuba Royal Slim Lishuo Magic. Rasanya sedap dan boleh diminum untuk orang yang cerewet macam saya. Baunya sangat menyenangkan iaitu bau epal. Tiada bauan dan rasa selain dari epal. 


Kalau saya boleh minum dengan mudah, tentu anda juga boleh kan? Sebabnya saya sensitif dengan bau. Nak makan ke nak minum ke, mesti bau dulu. Agak-agak bau okay, baru rasa sikit. Sampai macam tu cerewetnya saya. 


Cuma kena minum air masak banyak-banyak. Memang pakar pemakanan pun sarankan minum ikut berat badan kita. Setiap 25kg kena minum 1 liter air masak. Untuk berat saya, kena minum 3 liter. Mula-mula memang asyik ke tandas, sebab berkarat kot badan saya ni ;). Tapi beberapa hari selepas tu dah tak kerap sangat la.


Jangan lupa call mereka. Memang saya tanya dan saya berpuashati dengan penerangan mereka.


Ada pantang, tapi senang aje nak ikut. Tak seksa sangat hihi.


Semoga bermanfaat.

03 March 2014

RESEPI : AGLIO ET OLIO (SPAGHETTI WITH GARLIC AND OIL (SPAGHETTI AGLIO OLIO)

Teks : Saudah Salleh

Satu lagi resepi yang saya suka. Pertamanya kerana ianya sedap. Sebab kedua adalah ianya ringkas dan mudah dimasak. Yang ketiga, resepi ini tidak menggunakan banyak bahan, hanya TIGA bahan sahaja. Ia, hanya tiga sahaja.

Resepi ini juga tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak. Sambil rebus Spaghetti, dah boleh siapkan bahan tumis iaitu bawang putih yang perlu dicincang.

Rasanya masa paling lama yang diambil adalah sekitar 15 minit sahaja. Balik kerja, terus rebus. Sambil menunggu, cincang halus bawang putih. 

Kalau nak masukkan sosej ke, udang sotong ayam ke, nyahbekukan dalam petisejuk dari pagi lagi. Udang tu belah belakang dia, buangkan hitam biar menarik.


sumber dari Google

Sotong kita kelar bagi cantik macam ni. 


sumber dari Google

Pasti berselera orang tersayang makan.

Okay ini resepi yang Odah gunakan. Sangat senang.

500gm Spaghetti - 1 paket. Boleh juga gunakan Angel Hair, Fettucine dan lain-lain

5 sudu besar minyak zaitun - lebihkan jika ada ayam sotong udang

1 sudu besar butter atau merjerin

3-4 ulas bawang putih

2-4 sudu kecil cili kering - atau Chili Flakes

Sedikit daun ketumbar - atau English Parsley

Cara memasak.

Rebus spaghetti dengan mengikut arahan di bungkusan dan toskan. Simpan 1/4 cawan air rebusan tersebut jika suka.

Cincang halus bawang putih.

Panaskan kuali dan masukkan minyak dan butter.

Tumiskan bawang putih.

Masukkan ayam, sotong, sosej atau udang jika menggemarinya.

Masukkan cili kering dan garam serta perasa.

Masukkan air rebusan dan spaghetti serta gaulkan hingga sebati. 

Taburkan daun ketumbar yang telah dihiris dan hidangkan.


Semoga bermanfaat.


01 March 2014

RESEPI : UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN PUCUK PAKU

Teks : Saudah Salleh

Kami berdua memang sukakan udang, lebih-lebih lagi udang yang bersaiz besar.

Pasar Tani Shah Alam memang terbaik, kerana ramai penjual dan pilihan yang banyak serta bahan-bahan yang segar. Walaupun ada yang mengatakan mahal, tetapi pada saya berbaloi apabila menikmatinya.

Sepinggan udang galah berharga RM20.00 dan terdapat 11 ekor dalam pinggan yang saya pilih.

Kemudian lalu pula di bahagian sayur-sayura ternampak pucuk paku. Sempat saya mencari resepi melalui telefon bimbit saya, bukan apa, takut tak kena pulak udang dengan pucuk paku. Nanti membazir dan tak puas hati.


Okay ini resepi yang saya masak. Maafkan saya jika tidak menepati citarasa penggemar lemak cili api terutamanya orang Negeri Sembilan.

Bahan-bahannya:

11 ekor Udang Galah - gunting misainya
1 ikat Pucuk Paku

1 kotak santan pekat M & S
1 genggam cili padi kampung - ditumbuk halus
1 inci kunyit hidup - ditumbuk halus (atau 1-2 sudu teh serbuk kunyit)
1 helai daun kunyit

Garam
1 keping asam (atau sedikit air asam jawa)

Cara memasak yang mudah:

1. Masukkan cili padi dan kunyit beserta santan ke dalam periuk. Didihkan. Kacau selalu agar tidak pecah santan.

2. Masukkan pula udang dan daun kunyit serta asam keping. Masukkan air jika kuah terlalu pekat. Jangan terlalu banyak, nanti cair pulak.

3. Bila udang bertukar warna kepada oren, masukkan pucuk paku, garam secukup rasa. Didihkan sebentar dan angkat.

Petua - jangan masak udang terlalu lama, nanti keras dan tak sedap.

Ada juga yang masukkan serai tetapi pada saya, sudah cukup dengan daun kunyit. Wangi.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign