Tinta Si Isteri Mekanik: April 2014

29 April 2014

Testimoni : Dendeng Mak Minah

Teks : Saudah Salleh

Saya tak pernah rasa atau makan Daging Dendeng. Percaya tak? Sehinggalah ketika saya menyertai satu kursus di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah pada Oktober 2012, saya dapat rasa daging dendeng ini.

Masya-Allah, sedapnya tak terkata. Dapat lagi sampel pulak tu. Tapi tak puas makan. Makanya, membeli pulak.

Memang seronok lah kan. Tak pernah makan, bila dapat rasa, dapat yang paling sedap, yang menepati citarasa kami berdua.

Hampir setiap bulan kami pesan daripada taukenya, Tuan Norhamidi dan Puan Musidah, atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Dendeng.

Dengan menggunakan jenama Dendeng Mak Minah, resepi keturunan keluarga memang tidak menghampakan.

Hinggakan saya terpaksa menyorokkan dendeng ini sebab suami saya tak berhenti makan! Asyik tanya pasal Mak Minah ni hihi.

Untuk sarapan, makan dengan roti. Atau panaskan roti pratha atau roti bom atau roti canai segera, cecahkan dengan dendeng. Ada lebihan nasi, buat Nasi Goreng Dendeng. Hanya tumiskan bawang, masukkan dendeng, masukkan nasi. Siap sarapan segera yang enak.

Untuk lauk tengahari dan malam, cuma panaskan dendeng, dah siap satu lauk. Tumiskan sayur, dengan nasi panas, memang mak mertua lalu pu tak menoleh tau.




Kemudian mereka mengeluarkan pula Karipap Dendeng dengan jenama Kaypuff Dendeng. Masya-Allah, sedap sangat. Biasanya karipap memang terkenal dengan gelaran karipap angin, iaitu karipap yang berintikan kentang dan daging serta angin. Maksudnya, inti karipap tu sangat sedikit.

Tapi untuk Kaypuff Dendeng, penuh padat dengan daging dendeng sampaikan makan satu keping dengan air Milo pun kenyang sampai tengahari. Tapi kaypuff ni laku sangat sampai saya kena order dua kali dapat satu kali. Punyalah banyak permintaan sampaikan kena beratur. Bagi menjaga kualiti, pengeluarannya memang terhad. Dagingnya perlu dimasak lama, kalau tak salah 8 jam. Lamanya kan?

Revolusi karipap tersedap masa kini!





Belum habis fenomena Kaypuff Dendeng, keluar lagi produk baru iaitu PIZZA Dendeng. Penuh bahan-bahan atas pizza atau lebih dikenali dengan panggilan topping. Ada nenas, sayur campur (mix vege), keju dan paling best ada daging dendeng. Bakar sekejap je dalam oven yang telah dipanaskan, potong dan nikmati kelazatan pizza dendeng ini.





Memang tepat tagline mereka iaitu "Kepakaran kami ialah menambat qaseh dengan inti 110% daging dendeng yang buatkan anda terliur-liur dan termimpi-mimpi" .


Hubungi 019-3288343 (abang dendeng) untuk tempahan dan pertanyaan.

27 April 2014

Novel 'Pre-loved' : Sepi Tanpa Cinta oleh Damya Hanna

Teks : Saudah Salleh

'Ku tetap menanti selagi ada asa di sebalik rindu yang tegar'.

Karya Damya Hanna adalah antara novel berbahasa melayu yang terawal saya baca. Saya suka membaca, malahan menjadi tabiat saya untuk sentiasa ada buku atau majalah di tangan setiap masa.

Namun, saya lebih gemarkan novel Inggeris yang pada saya ada elemen berkualiti di setiap cerita. Kisah novel Inggeris ada pelbagai, tetapi akhirnya kasih sayang dan keluarga adalah perkara terpenting dalam hidup.

Berbanding novel melayu, saya rasakan ianya tanpa hala tujuan, yakni tiada pengajaran yang saya dapat dari pembacaan dan seolah-olah membazir masa. Cuma ia membantu saya untuk membuat karangan dalam bahasa melayu sahaja. Hihi.

Setelah saya mula bekerja, saya hampir kehabisan bahan bacaan berbahasa Inggeris. Jadi saya cuba membeli novel Aisya Sofea dan saya telah tercangkuk dengan gaya bahasa dan kisah yang menarik. Begitu juga dengan novelis Anis Ayuni. Setiap kali membacanya, saya teruja untuk menyelak halaman berikutnya. Sama seperti ketika membaca karya Danielle Steel dan Nora Roberts.


Kisah Sepi Tanpa Cinta ini berkisarkan kepada Haziqah yang ditinggalkan tunangnya Yusri beberapa hari sebelum majlisnya. Maka Fakhrul dipaksa ibunya untuk menjadi pengantin segera walaupun di hatinya ada Azura.

Fakhrul yang merasakan dirinya teraniaya terus meninggalkan isterinya sejurus selepas akad nikah. Kesian Haziqah yang dimalukan dua kali oleh lelaki.

Bila baca novel ni, memang terasa kesian sungguh pada Haziqah. Marah benar pada Fakhrul. Begitulah kekuatan yang ada pada novelis Damya Hanna ini.

Buku ini terpaksa saya lepaskan kerana sayang. Iya, kerana sayang saya terpaksa jual. Sebab saya nak pembeli novel ini juga terpaut hati dengan Haziqah dan Fakhrul. Sebagaimana yang saya alami. Dan buku ini sedikit lunyai sebab saya baca berulang kali. Setiap helaian dibaca seperti pertama kali saya baca.

Harga asal buku ini adalah RM18.00 keluaran Alaf 21.

Harga cinta saya adalah RM15.00 termasuk kos penghantaran.

Email saya di saudahsalleh@gmail.com dengan Sepi Tanpa Cinta di bahagian Subject untuk reapons yang cepat.

18 April 2014

RESEPI : SAMBAL BEBOLA AYAM DAN BAYAM TUMIS RINGKAS

Teks : Saudah Salleh

Kadang kala apabila kita kerap masak, sampai satu ketika kita akan rasa tak tau nak masak apa. Masak lemak sudah, kari dah buat semalam, goreng pun dah, kicap pun dua kali masak, memang blur nak masak apa.

Saya memang masak hampir setiap hari. Suami akan bawa nasi dan lauk-pauk dalam mangkuk tingkat, macam ni.

sumber dari Google

Saya masak untuk 5 orang makan. Ramai kan? Sebab suami akan bawa untuk pekerja beliau yang bujang. Jadi tengahari 3 orang makan dan malam 2 orang iaitu saya dan suami.

Ini antara masakan yang sesuai apabila kita dah tak tahu nak masak apa. Cuma sebab sambal, masa yang diambil agak panjang agar cili masak dengan betul.

Saya padankan dengan sayur ringkas untuk mengimbangi rasa pedas sambal itu.

Sebenarnya saya adalah orang yang TAKUT sangat nak masak sambal. Sebab saya rasa tak sedap bila saya masak.

Tapi saya cuba juga masak sebab saya tahu, sambal ini kena praktis banyak kali baru boleh tau cara mana yang paling sesuai dengan rasa dan selera kita.

Jadi, siapa yang rasa tak pandai masak sambal, boleh cuba cara saya ini.


Resepi : Sambal Bebola Ayam dengan Sayur 
Bahan-bahan:-

Segenggam cili kering (dalam 15-30 batang cili)*
Sebiji bawang besar (pilih yang besar betul)*
1 inci belacan*

Semua ini dikisar halus dengan air

1 paket Bebola Ayam denga sayur jenama Farm's Best - goreng sebentar jika suka
1 inci asam jawa dibancuh dengan 1/4 cawan air
Gula
Garam
1 cawan Minyak untuk menumis


Cara masakan:

1. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan. 

2. Masukkan cili kering kisar bersama bawang dan belacan ke dalam kuali. Pastikan api dapur dalam keadaan sederhana sebab kita nak biar cili masak sempurna. Kalau api besar cepat pulak hangus tapi cili belum berapa masak lagi.

3. Biar cili masak sempurna atau sampai naik minyak. Selalu kita keliru macam mana 'naik minyak' tu kan? Okay saya jumpa di sini gambar bagaimana proses itu dijalankan. Terima kasih puan kerana ianya amat membantu saya dalam memasak sambal.

Ini yang akan terjadi bila kita masukkan cili kisar.

Inilah NAIK MINYAK. Minyak itu berada di atas cili. Tu sebab naik minyak. Bila dah macam ni, biarkan lagi dalam 5-10 minit dengan api dapur yang kecil. Biar lagi sedap sambal tu.

4. Masukkan gula dahulu. Sebab saya belajar dari orang Johor yang sukakan manis dalam sambal, saya masukkan sekurang-kurangnya 1 sudu besar gula dalam sambal. Kalau cili tu pedas, saya masukkan lebih. TAPI, hati-hati jangan terlalu manis. Caranya, masukkan 1 sudu dahulu, kemudian RASA. Kalau pedas sangat, tambah lagi gula 1 sudu.

Bila masukkan gula, biasanya warna merah tadi akan bertukar gelap sedikit. Bukan hangit tau. Itu orang panggil sambal tumis Johor style.

5. Kemudian barulah masukkan garam dan air asam. Kenapa gula dahulu, rasa baru masukkan garam? Sebab takut belacan tu belacan yang masin. Jadi kena rasa dahulu baru tau banyak mana garam nak letak. Macam biasa, masukkan 1/2 sudu kecil garam, rasa. Baru tambah kalau tawar.

Air asam tu, jangan terus masukkan semua. Masukkan sedikit dulu, tengok macam mana yang kita suka. Nak banyak kuah, masukkan banyak.

6. Dah siap sambal kita, baru masukkan bebola ayam. Gaul dan hidangkan.


Nampak tak bintik-bintik hijau di bebola ayam tu? Itulah SAYURnya.



Resepi Bayam Tumis Ringkas
Bahan-bahannya :-

1 ikat bayam

1 biji bawang kecil*
1 genggam ikan bilis*

* tumbuk bahan ini

1/2 kiub knorr ikan bilis
Garam


Cara-cara memasaknya:-

1. Tumiskan bahan tumbuk.

2. Masukkan air sebanyak yang kita mahu. Maksudnya, kalau suka kuah banyak, masuklah dalam 1 cawan air. 

3. Masukkan kiub knorr. Biarkan air menggelegak.

4. Masukkan bayam dan tutup api dapur.



Saya tak suka sangat kuah banyak, jadi masukkan 1/2 cawan air sahaja. Tapi kalau musim panas, eloklah buat kuah banyak, boleh hirup supnya.

Semoga bermanfaat!



Udin Yang Ternama

Teks : Saudah Salleh

Sumber kisah Udin : Facebook



Tersenyum-senyum saya membaca kisah ini. Bagi rakan-rakan yang inginkan kerehatan minda buat seketika, bolehlah baca kisah ini.

Kemudian bolehlah mulakan permainan meneka UDIN YANG MANA dengan suami, anak-anak atau kawan-kawan.

Terima kasih kepada yang membuat dan menyebarnya.



Kisah Udin.

Udin yang pertama... itulah AWALudin

Udin yang bijaksana... tentunya ARIFudin

Udin yang tak pernah benar... disitu SALAHudin

Udin yang tak pernah marah... namanya SABARudin

Udin yang berkurung di bilik... itulah KAMARudin..

Udin yang suka menyapa... adalah HAIrudin

Udin yang suka bertekad... namanya AZAMudin

Udin yang selalu naik bulan.. tak lain NASAruddin

Udin yang kaki botol... dialah SAMSUdin

Udin yang rajin solat... adalah AMALudin

Udin yang rajin doa... itulah AMINudin

Udin yang satu huruf jawi... dah tentu AINudin

Udin yang tak pernah di depan... tentunya AKHIRudin

Udin yang tak suka barang lama...pastinya BAHARUdin

Udin yang paling murah.. mestilah Mydin..


Semoga terhibur ;)

17 April 2014

Falsafah Buah-buahan

Teks : Saudah Salleh


Uish rindunya saya nak menulis. Tapi sebabkan tengah bercuti, tak bawak laptop, jadinya semua terperap dalam minda sahaja.

Saya mulakan dengan artikel ringkas berkaitan buah-buahan.

Mula-mula baca tajuk, macam kelakar lah. Buah pun boleh.

Tapi bila membaca, oh aah ek. Tak terfikir pun sampai macam ni.

Patutlah dalam Al-Quran banyak ayat-ayat "bagi orang yang berfikir".

Semoga bermanfaat.



*Sumber dari FB.


Falsafah Buah-buahan.

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong. Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santannya.
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

11 April 2014

MPHOnline.com dan novel Projek Memikat Suami

Teks : Saudah Salleh


Saya bersyukur kerana MPH memperkenalkan pembelian secara atas talian atau lebih popular dengan Online-shopping.

Mula-mula dulu tak berapa minat membeli, kononnya biarlah pergi beli di outlet MPH kegemaran saya di One Utama.

Tetapi masalah timbul apabila saya menjejak kaki ke outlet.

Sebabnya?

Banyak sangat nak beli sampai habis bajet shopping saya. Hihi.

Bahagian kegemaran saya adalah English fiction, Mutiara Minda dan buku pengurusan bisnes dan pembangunan diri. Tapi nanti majalah pun saya belek, buku masakan pun menarik perhatian.

Huaaaaaaa. Masuk je MPH, macam orang kena sawan. Pergi sana, 3-4 buku ambil. Pergi sini, ambil lagi 4-5 buah. Pergi sinun, capai lagi. Sampai penuh buku di tangan.

Kemudian, cari tempat duduk. Untuk pemegang kad MPH, kita boleh duduk di kawasan khas dan boleh minta pembantu jualan bukakan balutan buku, jadi bolehlah baca sikit-sikit dan beli.

Eh, sekarang ada lagi ke Member's Lounge ni? Hihi tak perasan sebab masuk, beli dan bayar.

Okay, berbalik kepada MPHOnline.com ni, sangatlah mudah sebab cepat dan senang je nak pesan. Login dan terus boleh pilih terus buku-buku. Selalu ada promosi atau diskaun khusus untuk pembelian online. Lagi jimat dan boleh tambah lagi bilangan buku.

Ini muka hadapan laman web MPH.





Ini antara hasil membeli belah saya tempohari. Sebenarnya dah beberapa kali saya pesan atas talian, baru hari ini blog kan sebabnya bila dapat, terus buka (koyakkan sebenarnya) plastik pembalutnya.

Kali ini mereka gunakan Poslaju.

Oh, kalau kita pesan melebihi RM50.00, penghantaran adalah PERCUMA! Best kan?

Tengok dalam gambar di bawah ini. Walaupun hanya buku, tapi ianya dibalut dengan bubble wrap bagi menjaga kualiti buku semasa tempoh pengeposan. Kagum juga lah saya bila terima bungkusan macam ni. Syok sebab dapat picit-picit bubble tu.




Hihi nampak buku Projek Memikat Suami tu? Beli bukan sebab cerita drama kat astro dan saya tiada astro, tapi sebab terbaca review pembaca yang katakan seharusnya setiap ISTERI mesti ada buku ini.

Sebab awalnya saya baca sinopsis, kisah dua orang yang diatur perkahwinannya. Bosan juga sebab berlambak buku yang berkisarkan perkahwinan tanpa cinta, akhirnya jatuh cinta. Lelaki ego, wanita mudah cair. Macam tu lah.

Tapi memang betullah, SEMUA ISTERI WAJIB BACA BUKU ini.

Kenapa?

Sebab PROJEK MEMIKAT SUAMI!

Semoga bermanfaat.

04 April 2014

Kerja Penting Ikhlas

Teks : Saudah Salleh
Sumber Artikel : My Dear Diary


Semasa saya menjengah blog My Dear Diary, saya tertarik dengan artikel yang beliau tulis melalui program tv Prof Muhaya.

Hemat saya, tips yang beliau kongsikan adalah sangat menarik dan sangat membantu saya dalam bidang pekerjaan.

Agar saya tidak lupa, saya letakkan di blog ini agar kawan-kawan yang sudi hadir dapat manfaatnya juga.

Terima kasih.




Tips Seronok Bekerja


1. Niat. Bekerja bukan kerana bos yang suruh. Anggap pekerjaan yang kita buat tu sebagai satu ibadah. Rezeki yang kita dapat inilah yang akan kita guna untuk bagi anak, isteri, suami, keluarga kita makan kan.

2. Jangan anggap bos kita kat pejabat tu sebagai 'bos besar'. Jika dalam solat kita angkat takbir : Allah Maha Besar, tapi bila kerja, bos pulak yang lebih besar? Biarlah kita buat setiap pekerjaan kerana Allah, bukan kerana manusia sebab yang menilai kita adalah Allah.

3. Orang yang bijak akan berfikir 'apa yang boleh aku beri?'. Orang yang kurang bijak pula akan berfikir 'apa yang boleh aku dapat?' Bila kita asyik fikir, apa balasan yang akan kita dapat padahal kita tak dapat pun benda tu, ia akan jadi tak seronok, rasa tak ikhlas. Tapi bila kita buat sesuatu pekerjaan dengan rasa penuh 'memberi', rasa seronok, rasa nak buat lagi? Sebab kita tahu Allah sedang melihat kita, biarlah manusia tak perasan 'pemberian' kita, tapi Dia sedang melihat kita.

4. Memberi lebih dari sepatutnya. Contoh, kita dapat gaji RM 2000. Jika kita hanya bekerja hanya untuk RM 1000, 1000 ringgit lagi Allah akan tarik dengan anak sakit, kereta rosak, hutang sana sini, hati tak senang. TAPI jika kita bekerja lebih dari gaji yang sepatutnya, Allah akan beri melalui anak sihat, keselamatan terjamin, hati senang, keluarga bahagia. Tapi jangan sampai kita dibuli pulak kalau buat kerja lebih dari sepatutnya. Pandai-pandai sesuaikan dengan situasi.

5. Gunakan masa dengan penuh efektif. Contoh, ada lagi 30 minit sebelum balik. Cuba fikir, apa sumbangan yang boleh kita beri dalam 30 minit terakhir ini. Daripada asyik tengok jam, bila nak balik niii, baik kau fikir apa yang boleh kita beri untuk 30 minit ni.

6. Kerja, kerja jugak. Kewajipan sebagai seorang muslim jangan lupa. Solat. Jaga pergaulan antara lelaki & perempuan. Tak kiralah sebanyak mana kerja yang kita kena buat, solat jangan diketepikan.

02 April 2014

Iklan : RAHIM AUTO di PREMIS BARU!

Teks : Saudah Salleh


Alhamdulillah, bengkel kereta dengan jenama Rahim Auto telah selamat berpindah ke lokasi baru yang ternyata lebih baik dan lebih selesa.



Setiap kenderaan yang memasuki kawasan bengkel ini akan mendapat 17-point pemeriksaan kenderaan.

Ini adalah senarai 17-point tersebut.

1. Check & Cuci Air Filter
2. Check Belting
3. Check Radiator & Coolant Level
4. Check Cooling Hoses & Connections
5. Check Exhaust Mounting
6. Check Battery Terminal
7. Check Power Steering Fluid Level
8. Check Tekanan Angin Tayar & Bunga Tayar
9. Check Tayar Spare
10. Check Wiper
11. Check ATF Fluid Level
12. Check Fuel Tank Cap (annual service)
13. Check Rubber Boots & Dust Cover (annual service)
14. Check Brake/Clutch Fluid Level
15. Top-up Air Bateri
16. Check Lampu
17. Top-Up Air  Windscreen Washer








Yang paling saya suka adalah check angin tayar, sebab tak rajin nak singgah stesen minyak dan isi angin.

Sebagai pemandu wanita, keselamatan adalah sangat penting. Dengan menyelenggara kereta secara berkala, kebarangkalian untuk kereta meragam di tengah jalan dapat dikurangkan.

Semoga bermanfaat.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign