Tinta Si Isteri Mekanik: August 2014

27 August 2014

Bertasbihlah engkau Dengan Memuji Tuhanmu

'Serta jadilah orang yang sujud'.

Maksudnya, bertasbihlah selalu, memuji Allah dan teruskan solat. Ini terjemahan ayat dari Surah Al-Hijr Ayat ke-98.

Buka dan baca terus. Sambil berdoa, semoga Allah tunjukkan jalan kebenaran. Saya bermula dengan ayat 65.

Kisah Nabi Ibrahim yang didatangi tetamu yang membawa khabar gembira. Nabi Ibrahim akan menerima ANAK LELAKI. 

Tapi Nabi Ibrahim jawab, itu bukanlah berita gembira. Sebabnya, Nabi Ibrahim dah TUA.

Sebenarnya, tetamu Nabi Ibrahim tu MALAIKAT. Maka malaikat menjelaskan, JANGANLAH BERPUTUS ASA.

Kemudian, ayat 72 hingga ayat 99, Allah beri ingatan, kepada orang yang mahu BERFIKIR.

Dan ayat paling menarik buat saya, ayat ke-98, yang ingatkan kita untuk BERTASBIH memuji Allah. Dan teruskan SOLAT.

Hari tu tentang RAHSIA dan LUAHAN PERASAAN.

Kali ini, TASBIH & SOLAT.

Ya Allah, ampunkan aku dan suamiku Ya Allah. Ampunkan kedua ibu bapa kami. Ampunkan ahli keluarga kami. Ampunkan kawan-kawan kami Ya Allah. Ampunkan guru-guru kami. 

21 August 2014

Ini Baru Raya 2014 ; Raya Kedua

Teks : Saudah Salleh

Pagi ni akan balik Muar. Memang begitu, kalau beraya Petaling Jaya, Raya kedua balik Muar. Kalau raya di Muar, seminggu lah beraya sana. Mak ayah dekat, malam pun boleh balik kampung. Bapak mak, belum balik dah tanya bila nak balik.

Sebenarnya nak bertolak jam 8.00am, jadi tiba di kawasan R & R Seremban jam 9.00am. Ini strategi mengelakkan kesesakan jalan raya. Kalau tiba R & R Seremban tu jam 10.00am ke atas, akan ada kemungkinan tersekat dalam jam nanti.

Tapi, 9.30am baru bertolak selepas mengisi minyak dan top-up Touch & Go. Makanya, jam 10.15am dah tersangkut! Rupanya ada kemalangan, sampai ambulan minta laluan! Kawasan Seremban tu kan sedang dinaiktaraf, jadi lorong kecemasan memang takde. Merasalah, dari Persimpangan Nilai Utara tu ke Seremban mengambil masa 1.5jam. Panas bontot.




Kami memang balik Muar berpakaian baju kebangsaan. Suami siap dengan songkok dan sampin. Kononnya 'Ini baru RAYA!'. Hihi.

Jam 2.00 petang baru tiba kampung. Kelaparan betul. Dahlah talian internet mula perlahan dari Bandar Muar lagi. Sampai kampung, terus takde line. SMS pun lambat terima. Ramai betul 'penagih internet' ni.

Menggigil bila takde internet ni. Sekejap-sekejap tengok telefon. Kejap-kejap 'refresh'. Pastu stress sebab 'loading' lama sangat. Pastu 'blur' sebab tak tau nak borak apa. Bila terjadi begini, barulah insaf. Sebenarnya, saya ni PENAGIH rupanya. Penagih Internet. Tak dapat, menggigil. Tak dapat, stress. Hahaha.

Terus simpan je telefon dalam beg. Tengok pun kalau boring sangat. Itupun sebab buang gambar-gambar. Adalah ruang untuk 'selfie' dan 'wefie' nanti.

Dah sampai jam 2 petang, memang lapar betul. Sarapan makan mee hoon goreng. Kami terus ke meja makan. Hahaha. Tak senonoh betul.

Alhamdulillah, ketupat dan rendang daging masih ada lagi. Seronok tak terkata. Memang kesukaan sangat ni.

Tengok ni, ambil gambar pun gigil sebab lapar. Hihihi.


Habis makan, terus keluar pergi beraya. Kakak dan abang semua rupanya tunggu kami nak beraya bersama. Terharu rasa. Ini rumah kedua yang kami beraya. Rumah abang kakak yang sulung.


Ini rumah keempat beraya. Masa suami parking kereta depan pokok rambutan gading ni, saya dah suka sangat. Memang minat sangat rambutan gading. Sanggup beli walaupun mahal, sebab susah jumpa.

Nak balik, terus suami tanya pada Cik Mis, adik bongsu mak, nak mintak sikit rambutan. Terus diambilnya 3 beg plastik suruh petik sendiri. Ya Allah, bestnya. Patutlah rambutan ni berbuah banyak. Orang kata, kalau nak pokok berbuah banyak, kena petik sampai habis. Kemudian sedekahkan buah-buahan tu.


Dengan bersongkok bersampin memetik rambutan. Nasib baik baju sampin tu baju lama, taklah risau terkena getah dia.


Malam sambung lagi raya rumah Cik Min, adik bapak dan rumah Abang Anuar, abang nombor 3.

Makanya, semua rumah wajib telah kami ziarahi masa raya kedua. Alhamdulillah.

Raya ketiga, perancangannya nak ke Batu Pahat pula.

Luahan Perasaan!


KISAH AYAH YANG RINDU ANAKNYA 
YUSUF.

Hari ini Allah buka mata saya dengan Surah Yusuf Ayat 86.

Terjemahannya begini.

'Nabi Ya'cub menjawab, "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) daripada Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya."'

Saya baca pula buku Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, ayat ini terletak di muka surat 235. Penerangannya sangat ringkas. Mudah difahami.



'Nabi Ya'kub menjawab: Aku hanya MELUAHKAN PERASAANKU KEPADA ALLAH SAHAJA. KERANA  DIA LEBIH M3NGETAHUI daripada apa yang kamu tidak tahu.'

Allahu Akbar!

Semalam tentang RAHSIA.

Hari ini berkaitan LUAHAN PERASAAN.

Terima kasih Ya Allah atas ingatan ini.

Ampunkan aku Ya Allah.


20 August 2014

Pagi Yang Hening Ini, Aku Bersyukur!

PAGI YANG HENING.

Kembali ke Kelab 4 pagi. Terima kasih Ya Allah. 'Berehat sebentar'. Hari ini saya komited dalam melaksanakan aktiviti Kelab 4 pagi.

Satu perkara saya belajar dari CikPuan Suraya Ali, untuk mengekalkan semangat dan positif diri yang tinggi sentiasa, bacalah kalam Allah. 

Allahu Akbar! 

Saya buka sahaja, tanpa tetapkan nak baca surah mana, surah senang sahaja. Tidak. Hanya terus buka dan baca.

Allahu Akbar!

'Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka RAHSIAKAN serta apa yang mereka BISIKKAN, dan bahawanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara ghaib?'
(Surah Al-Taubah ayat 78)

Ampunkan aku Ya Allah.

19 August 2014

RESEPI : MEE BANDUNG MUAR ASLI (TANPA MENGGUNAKAN PES SEGERA)

Teks : Saudah Salleh

Mee Bandung ini saya hidangkan semasa rakan-rakan sekelas hadir beraya ke rumah pada 3 Ogos 2014 iaitu raya ke-7.

Sebenarnya sangat senang membuat pes Mee Bandung ini. Saya pernah buat tapi ada rasa dan bau yang tidak enak membuatkan saya terus takut nak buat dari 'scratch'.

Ada beberapa tips dan 'trick' yang saya belajar dari resepi yang saya dapat dari pakcik saya. Beliau memang pandai dan sering memberi komen kepada masakan saya jika saya hidangkan pada beliau. Hihi.

Satu rahsia adalah penggunaan udang kering yang direbus dahulu, kemudian air rebusan udang kering digunakan untuk mengisar bahan-bahan tumis.

Yang kedua, gunakan daging tenderloin untuk cepatkan masa memasak. Tenderloin adalah bahagian daging yang lembut dan mudah empuk. Saya cari Frozen Indian Beef Tenderloin yang disimpan dalam peti sejukbeku di SEGI. Harga sekilo adalah RM21.99. Agak murah berbanding daging segar.

Daging tersebut direbus hingga empuk dan air rebusan disimpan sebagai kuah Mee Bandung ini.

Ini lagi satu tips PENTING. 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, jadi, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai ubah rasa Mee Bandung Muar ni dengan menambah bahan-bahan yang masam. Sayang, ia merosakkan rasa asli nya.

Yang paling best, ialah pes ini kita boleh bekukan! Resepi ini sesuai untuk 8 - 10 orang tetamu, jadi bila dah kisar, terus simpan dalam peti sejukbeku (freezer). Rebus daging dan bekukan. Air rebusan pun kita bekukan. Jadi, bila ada tetamu atau kita teringin makan Mee Bandung, sekejap je boleh siapkan. Sangat sesuai untuk ibu muda yang berkerjaya.

Ok, ini resepinya.
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)

Bahan-bahan:

1 kg Mee Kuning

10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)

½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)

Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)

¾ – 1 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram

Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.

Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


Cara memasak:
1.    Kisar cili kering, udang kering bersama air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. Yang inilah kita bekukan untuk kegunaan waktu kecemasan.

2.    Pijarkan sedikit minyak didalam kuali.

3.    Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing.

4.    Masukkan sos tiram.

5.    Masukkan udang, daging rebus.

6.    Masukkan batang sawi dan air rebusan daging serta garam. Biar sehingga pekat

Tips: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)

1.    Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

2.    Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.

3.    Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan.

4.    Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

5.    Hidangkan.


Saya masak untuk 30 orang, jadi semua bahan didarab tiga sebab resepi ini untuk 8-10orang.

Kemudian, cara hidang tu, setakat satu family bolehlah nak masak telur tu sesatu. Kalau ramai macam jemputan saya tu, saya masukkan 10 biji telur. 

Cara dia macam ni. Sediakan 1 mangkuk kecil. Pecahkan 1 biji telur. Masukkan perlahan-lahan ke dalam periuk kuah. Api kena besar supaya telur kuning tu terus masak. Kacau perlahan supaya telur putih pecah TETAPI jaga telur kuning. Biarkan telur kuning tu keras.

Ulang langkah atas hingga habis. Jadi nasiblah siapa yang dapat telur kuning tu hihi.

Ini tetamu yang hadir pada siang hari. Yang malam lupa nak bergambar.

Semoga bermanfaat!








14 August 2014

Ini Baru Raya 2014 ; Raya Pertama

Teks : Saudah Salleh

Alhamdulillah. Selesai sebulan kita berpuasa. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah dan Allah beri kita semua markah penuh untuk semua ibadah kita. Ameen.


Sempat kami berbuka bersama-sama. Mau taknya, jalanraya dari Shah Alam - Setis Alam - Petaling Jaya memang lengang betul. Seronok memandu terasa relaks aje. Terasa jalanraya ana yang punya. Hihi.


Saya buat 'post' di Facebook tentang perjalanan balik kampung. Tapi ada sepupu yang ingat saya balik kampung yang betul-betul kampung. Ini 'post'nya.




Selesai berbuka dan bersolat, kami mulakan operasi mengemas rumah mak. Takde apa sangat, cuma ganti langsir dan vacuum dan siapkan dapur untuk mudahkan persiapan jamuan Raya.


Tapi itupun tidur jam 4 pagi. Sebab teman adik buat kek. Kemudian saya siapkan sayur-sayuran untuk masak lodeh. Abang tiba jam 1 pagi dan berbual pula dengan anak gadis kesayangan Angah ni.

Tapi jam 5 pagi dah terbangun tapi sambung tidur kejap sementara suami solat.

Jam 6 pagi mula masak lodeh sambil panaskan rendang dan sambal kacang. Potong ketupat segera dan hidangkan. Buat air. Semua saya siapkan sambil tolong yang lelaki pakai sampin.

Jam 8 pagi semua ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Tapi saya tak dapat pergi. Cuma pasang TV untuk dengar khutbah sambil saya bersiap.

Mereka balik solat dalam jam 9.30pagi. Hidangan semua dah terhidang tapi lambat sebab tunggu abang balik solat. Lambat sebab berborak. Iyelah. Jarang dapat berjumpa sebegini.

Jadi sempatlah kami berselfie. Ini gambar Raya 2014. Baju suami tu mula-mula tengok memang kelabu. Jadi memang dah set kan cari baju saya warna kelabu. Tapi bila dah beli, baru nampak macam ungu. Tapi taklah jauh sangat bezanya. Ayat nak sedapkan hati hihi.



Elok je kami bersalam-salaman dan menjamu juadah, pakcik kami iaitu adik ayah sekeluarga tiba. Kelam kabutlah kami menghidang. Tapi masing-masing dah tahu tugas. Siapa buat air. Siapa panaskan lauk. Siapa senduk lauk. Siapa tolong hidang kat depan.

Alhamdulillah, dapat berjumpa walaupun sekejap, dapat jamu mereka dengan juadah raya.


Dapat rehat sekejap hihi lelapkan mata. Kejut suami juga untuk solat. Lepas tu memang tak menang tangan dah. Sepupu sepapat berduyun-duyun datang.


Sebelah ayah, dari 13 orang adik-beradik, cuma tinggal ayah dan adik ayah (ayahchu) yang masih ada. Kiranya orang tua lah. Tu yang ramai menziarah. Suka sebab jarang jumpa mereka ni semua. Tambah lagi kalau giliran Muar, memang tak jumpalah kecuali di majlis rumah terbuka atau perkahwinan.


Penat betul raya pertama tahun ni. Tapi gembira dan seronok sangat. 


Malamnya kami kemaskan pinggan mangkuk periuk belanga sebab raya kedua kami nak balik Muar pula. Kesian pada mak dan adik. Sebab masih ramai yang belum ziarah, pasti mereka sibuk. Jadi biarlah kemas sikit dapur tu bila dah simpan pinggan mangkuk tu.

Penutup bicara, selfie kami adik-beradik.





07 August 2014

Ini Baru Raya 2014 : Perjalanan Pulang ke Kampung

Teks : Saudah Salleh

Ya Allah, lemaunya nak mula menulis. Masih mendapatkan rentak selepas seminggu bercuti.

Hari ketiga bekerja pun masih terlewat. Sampai pejabat pun alahai....masih ada rasa mengantuk dan penat.

Sebenarnya, sepanjang Ramadhan, saya hanya bercuti 3 hari sahaja. 1 hari sebab balik Muar, 1 hari sebab salah urat pinggang dan 1 hari lagi sebab demam. Rahim Auto, semasa bulan puasa, dibuka hari Ahad dan bercuti pada Jumaat. Jadinya, saya yang masih bekerja, perlu datang dan menjadi pegawai akaun untuk kedua-dua hari cuti saya.

Ramainya pelanggan yang datang untuk menyelenggara kenderaan mereka. Jadi suami saya tak sempat nak kelolakan bil-bil dan resit serta bayaran kepada pembekal. Kerja banyak sampai dia pun sama turun padang servis kereta. Kesian juga lah sebab sebelum ini, staff yang buat, dia hanya pantau sahaja.

Kami mula bercuti pada hari Ahad 27 Julai 2014. Kononnya nak kemas rumah, tukar langsir, basuh baju, kemas 2 bag nak balik kampung.

Tapi banyak masa kami habiskan dengan tidur! Mula-mula basuh baju. Sempat tidur. Kemudian tukar langsir. Suami pulak tidur lepas tu. Vacuum rumah. Dua-dua tidur. Hahaha.

Mula kemas bag jam 3.00pm. Itupun sebab nak ambil adik jam 5.00pm. Kena kemas 2 bag, satu untuk malam raya dan raya pertama. 1 bag lagi untuk balik Muar.

Jam 5.30pm kami bergerak ke Setia Alam ambil adik dan terus bertolak balik kampung. Dari Shah Alam ke Setia Alam cuma 15 minit je! Lapangnya jalan raya. Seronok betul masa ni. Sampai rumah adik, kena susun balik barang sebab tak muat dia nak duduk. Kami ingat dia nak tumpang, cuma masa masukkan barang tu tak susun sangat. Dahlah dia bawa banyak barang. Dengan makanan untuk berbuka dan Pearl Milk Tea Gong Cha untuk kakak dia ni. Hihi.

Gerak dari Setia Alam dalam 6.10pm. Bestnya jalan kosong. Tol pun kosong. Tak payah beratur pun.

6.30pm dah sampai kampung dah. Kejap je rasa walaupun diringi dengan lagu dari Arwah Sudirman 'Balik Kampung'.

Kali ini kami beraya di Petaling Jaya dulu. Giliran saya. Bestnya. Raya kedua baru balik beraya Muar.

Assalamualaikum mak. Kami dah sampai. 

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign