Tinta Si Isteri Mekanik: September 2014

30 September 2014

Cabaran Menulis : Hari 1

Teks : Saudah Salleh

Saya teruja dengan sahabat saya yang mengatakan, "Sesuatu yang baik itu perlu dibuat selama 40 hari agar kekal dan terbiasa buat". (Suraya Ali, Pulau Perhentian 2014).

Wah menarik tu. Tapi untuk melakukan selama 40 tu rasa macam berat pulak. Itu sebabnya saya tak ikut cabaran 30 hari blog.

Cabaran yang terbaru saya buat adalah Cabaran 7 Hari Tanpa Merungut (Dalam Hati, Di Fikiran dan Di Mulut). Fuh. Sungguh mencabar. Terbabas banyak pada hari pertama, kurang sikit pada hari kedua dan hilang terus di hari ketujuh.

Jadi sekarang, saya berminat menyertai Cabaran Menulis Untuk 40 Hari. Biarlah kita menulis 500 patah perkataan sehari. Mula dengan bayangan pengakhiran di minda.

Saya mahukan buku saya diterbitkan. Itulah akhiran yang saya mahu. Kerana saya mahu mati masuk syurga.

Berkongsi rasa hati agar hati yang membacanya bisa membawa saya ke syurga. Insyaallah.



27 September 2014

Tuan Haji, Teksi dan Saya

Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.

Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. 


"Saya tengok Tuan Haji selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka?" 


Soal saya memula bicara.


"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin,tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dengan masam perasaan. Biarlah saya upah teksi."


Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.


"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."


Dia mula mengesat air mata.


"Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu."


Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata 


Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan pernah memberi alasan untuk tidak menunai permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dengannya.


Ya.Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak anaknya terjerumus dosa.


Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.


Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yang terlupa,yang teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yang perlu dihambat.


Bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yang saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.


Berhentilah memberi alasan kepada ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan untuk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!


Alfatihah utk kedua ibubapa kita.

15 September 2014

Ekonomi Persahabatan

Teks : Saudah Salleh

Semalam, 14 September 2014, antara tarikh yang paling best bulan ini. Sebabnya adalah seperti berikut:

1. Hujan. 
Saya suka sangat hujan di pagi hari pada hari Ahad. Syok ooo. Tambah lagi kalau tak perlu ada apa-apa program sebelum jam 12 Tengahari. Hihi. Memang relaks atas katil, sambil berbual dengan suami.

2. Jemputan Kenduri Kahwin.
Anak sepupu saya. Sedap sungguh hidangan jamuan mereka.

3. Pertemuan Ahli Keluarga Pra Pulau Jutawan Sesi 2014.
Berada dalam lingkungan orang positif ini sangatlah best. Dapat rasa Buah Potong yang ditaja oleh Tuan Zulhairi serta Nasi Ayam Tam Nasi Ayam TTDI Jaya yang tidak mengecewakan.

Sesi pertemuan dimulai dengan Solat Maghrib Berjemaah dan diteruskan dengan kelas Al-Quran. Kali ini Ustaz Sharafi mengajar kami bacaan Al-Fatihah dengan betul.


Dah habis belajar, apa lagi, makan time la. Memang tengah lapar sebab kenyang nasi kenduri jadi kami tidaklah makan apa-apa sebelum kelas.

Tengok, sampai 2 meja panjang baru muat kami semua. Ini pun tidak semua yang hadir.





Ini yang hadir kelas. Ada yang balik sejurus selepas kelas habis. Yang lain makan minum bersilaturrahim di Tam Nasi Ayam TTDI Jaya.


Gambar Nasi Ayam dan review Tam Nasi Ayam akan saya buat selepas ini.

Apa itu Pra Pulau Jutawan? Satu entri akan menyusul.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign