Tinta Si Isteri Mekanik: October 2014

31 October 2014

REZEKI



#cabaranblogging Hari ke-13. 

REZEKI 
+++++++ 

Sungai di belakang itu Sungai Kelantan. 

Cantik sungguh kawasan sekitarnya. Ada dibuat kerusi dan meja bagi yang mahu bersantai di sana. 

Kami berdua kekenyangan makan sarapan. 

Menginap di Ridel Hotel dapat makan percuma. 

Tak sempat cari nasi kerabu, nasi dage, nasi tupe kali ini. 

Ada alasan mahu ke sana lagi. Mahu mengadap Tuan Guru Dato' @roslanabhamid dan Datin Ruzita mahu belajar lagi. 

Mahu ke Tokma Nasi Sup Daging Bakar di 2631&2632, Bangunan ABIM, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu kepunyaan Doc Nan. Seorang doktor "nate". Ternganga sekejap sampai si cantik @kimieyhanafi terjemahkan. 

Mahu ke Nasi Ulam Cikgu. Haaa yang ni tak takut makan sebab ULAM. Hihi. Sihat kan... 

Make sedak-sedak sungguh. 

Balik takut mahu naik atas penimbang. Haha.


via Instagram http://ift.tt/107eJ03

30 October 2014

FIRE DRAGON

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Hari ke-11 

FIRE DRAGON 
+++++++++++++ 

Mahu lompat dari Tapak ke-5 ke Tapak ke-9. 

Mahu tiba dengan cepat. Tidak mahu buang masa lagi. 

Banyak cukai kebodohan sudah kami bayar. 

Pengetahuan juga sudah ada.. 

Hanya TINDAKAN penentu segala. Mudahkanlah aku fokus Ya Allah. Ameen. 


#semogabermanfaat

via Instagram http://instagram.com/p/uwVJUwhNa2/

SENYUM PAGI PENARIK KEKAYAAN

SENYUM PAGI PENARIK KEKAYAAN. 


Hidup ini memang penuh dgn PILIHAN. 


Suatu saat saya diundang untuk menghadiri pesta pernikahan disebuah hotel.



 Ketika sampai di lobby hotel, saya melihat ada 2 pintu. 

Pintu 1 tertulis "Untuk keluarga laki-laki" 

manakala Pintu 2 tertulis "Untuk keluarga perempuan". 

Saya lantas masuk melalui pintu keluarga pengantin laki-laki. 



Saya berjalan beberapa langkah dan melihat ada 2 pintu lagi. 

Pintu 1 tertulis "Untuk tetamu laki-laki" 

dan Pintu 2 tertulis "Untuk tetamu perempuan". 

Kemudian saya masuk melalui pintu untuk tetamu laki-laki. 



Saya berjalan beberapa langkah melihat ada 2 pintu lagi. 

Pintu 1 tertulis "Untuk yg membawa hadiah" 

dan Pintu 2 tertulis "Untuk yg tidak membawa hadiah". 

Saya masuk melalui pintu yg tidak membawa hadiah. 



Setelah itu saya melihat ada 2 pintu lagi. 

Pintu 1 tertulis "Untuk yg membawa wang envelope" 

dan Pintu 2 bertuliskan "Untuk yg tidak membawa wang envelope". 



Saya berkata dlm hati "Syukurlah, ternyata ada ruang juga untuj yg datang dgn TANGAN KOSONG". 


Lalu saya memilih utk ke Pintu 2. 


Kemudian saya berjalan beberapa langkah dan ternyata..... 
















saya sudah berada dijalan raya diluar hotel.






October 30, 2014 at 09:08AM

from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

29 October 2014

ADIK BONGSU DAH KAHWIN



Teks : Saudah Salleh

#cabaranblogging Hari ke-11 

ADIK BONGSU DAH KAHWIN 
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Kami ke Kuala Krai meraikan majlis pernikahan dan perkahwinan adinda bongsu. 

Rasa macam masih kecil lagi Muhammad. Dah jadi suami Norul. 

Apapun, tahniah akak ucapkan. 

Akak dan Abang Rahim @rahimauto doakan pernikahan ini hingga ke syurga. 

Ingatlah, hari-hari selepas pernikahan perlukan kerjasama kalian berdua agar lebih mudah dilalui. 

Setiap hari, carilah alasan untuk berbahagia, kemudian berbahagialah. 

Saat pasanganmu marah, hadapilah ia dengan hati yang damai. 

Firman Allah dalam Surah An-Nuur ayat 32, terjemahannya: 

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. 

Jika mereka miskin, Allah akan berikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya-pemberianNya, lagi Maha Mengetahui". 

#mardsallehwedding 
#semogabermanfaat


via Instagram http://ift.tt/1xDNUf1

5 NICE * LITTLE STORIES *

5 NICE * LITTLE STORIES *
-------------------:-:-:-:-:------------

{ 1 } 

ONCE, 

All villagers decided to pray for rain, 

on the day of prayer all the People gathered 

but only one boy came with an umbrella. 




That's FAITH 
---------:-:-:--------- 


{ 2 } 

WHEN 

You throw a baby in the air, 

she laughs because she knows you will catch her. 




That's TRUST 
---------:-:-:--------- 


{ 3 } 

EVERY Night 

we go to bed, without any assurance of being alive the next morning 

but still we set the alarms to wake up. 



That's HOPE 
---------:-:-:--------- 

{ 4 } 

WE Plan 

big things for tomorrow 

in spite of zero knowledge of the future. 



That's CONFIDENCE 
---------:-:-:--------- 

{ 5 } 

WE See the world suffering, 

but still we get Married. 



That's Over CONFIDENCE 
----------------------------- 


On an Old Man's shirt was written a cute sentence 

'I Am Not 60 Yrs Old..,

I Am Sweet 16 with 44 yrs Experience.' 


Thats Attitude... Change attitude Change life..



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

28 October 2014

TO DON'T DO LIST

Teks : Saudah Salleh

#cabaranblogging Hari ke-10. 

TO DON'T DO LIST
****************


Perkongsian dari Tuan Guru yang saya hormati Dato' @roslanabhamid. 

"Tulis TO DON'T DO LIST". 

Hm... saya tak pernah buat. 

To Do List selalu buat. Sebab takut tertinggal. 

Semua manusia diberikan masa yang sama. Iaitu 24jam. 

Terpulang bagaimana kita mahu melangsaikan 24 jam tersebut. 

Langsaikan dengan baik, dipanggil mennguna masa dengan EFISIEN dan EFEKTIF. 

Langsaikan dengan kurang baik, dipanggil MEMBAZIR MASA. 

Usahawan berjaya, MASANYA EMAS. 

Ilmu mereka percuma, yang kita bayar adalah MASA. 

Saya mula tulis To Don't Do List pagi ini. 

Hm..... ada dalam kategori membazir masa kecuali saya tukarkan menjadi SESUATU. 

Yang pasti, mati mahu masuk syurga. 

#semogabermanfaat





via Instagram http://ift.tt/1rwyoNn

26 October 2014

BISNES DAN HIDUP

Teks : Saudah Salleh

#cabaranblogging Hari ke-9 

BISNES DAN HIDUP 
**************** 

Perjalanan hari ini bermula di Kuala Krai-Gua Musang-Merapoh-Lipis-Benta-Raub-Bentong-Gombak-Petaling Jaya-Shah Alam. 

5jam perjalanan tanpa henti menyampaikan kami ke Petaling Jaya. 

Baru rasa lapar maka berhenti untuk menjamu selera. 

Oooh tegang rasa kaki sebab duduk sahaja. 

Tadi lalu di kawasan lebuhraya baru. Bila ada 2 lorong sehala, banyaklah kereta yang memotong lori dan kenderaan lain yang perlahan. 

Bukan sebab memandu kereta mahal dan kuasa kuda besar yang membuat kereta laju, tetapi ia berPUNCA dari PEMANDU kereta tersebut. 

Maksud saya, pemandu yang berkuasa. 

Walaupun hanya MyVi 1.3, boleh memotong kereta Honda yang berkuasa 1800cc. 

Tambah lagi dengan keadaan jalanraya yang lurus dan lebar seperti highway. 

Point saya adalah, KITA YANG MENENTUKAN KELAJUAN HIDUP KITA. 

Kita penentu mati kita mahu ke syurga. 

Jadi, apabila kita adalah penentu, buatkan target. Tulis. Dan mulakan langkah pertama mencapai target itu. 

#semogabermanfaat






via Instagram http://ift.tt/1rDYheU

25 October 2014

GETAR KESYUKURAN

Teks : Saudah Salleh

#cabaranblogging Hari ke-8. 

GETAR KESYUKURAN 
******************

Hari ini masih di Kota Bharu. 

Menginap satu malam di Ridel Hotel. Tepinya Sungai Kelantan. 

Musim hujan ni, airnya macam teh tarik warnanya. 

Dekat dengan Pasar Siti Khadijah. 

Tapi tak sempat "lawat kawasan". 

Perlu ke Kuala Krai pula jam 9.00pagi. 

Malam tadi ke Wakaf Che Yeh. Makan MAGGI KETAM di Orange Restaurant sebelah Old Town Coffee sederet Holiday Villa Kota Bharu. Seberang jalan dah tiba Wakaf Che Yeh. 

Pesan 1 mangkuk sahaja. Boleh makan 3 orang. 

Tapi kalau lapar usah order-1-kongsi-3 sebab pasti tak cukup. 

Maggi nya sedap. Perasa tomyam tapi tak berapa pedas. 

Udang galahnya 3 ekor. Macam ada kepah tapi tak pasti siapa makan. Ketam merah saiz sederhana ada 2 ekor. 

Makan tak boleh sopan dengan sudu garfu. Guna tangan dan jari lagi puas lagi best. 

Sediakan tisu untuk lap mulut lap peluh lap tudung comot. Hihi. 

Harga cuma RM35.00 semangkuk. 

Air barli manes macam awe yang ambil order. Sudah makan, tersandar kenyang. 

Oh tambah nasi goreng kampung tapi ada udang sotong. Yang ni sedap. 

#semogabermanfaat







via Instagram http://ift.tt/1tRWzgA

23 October 2014

MENDAKI GUNUNG

Teks : Saudah Salleh


#cabaranblogging Hari ke-7. 

MENDAKI GUNUNG
++++++++++++++++++ 

Teringat kata Tuan Guru Dato' @roslanabhamid. 

"Jika mendaki busut, jangan heboh kata mendaki gunung". 

Saya faham, apabila kita berjaya skala kecil, raikan. 

Jangan mendabik dada heboh sekampung kita berjaya skala besar. 

Tidak mahu cakap bohong kerana akhirnya kita mati mahu masuk syurga. 

Saya suka ajaran Raikan kejayaan. Raikan perbezaan. 

#semogabermanfaat





via Instagram http://ift.tt/1CYYKxT

JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN

Teks : Saudah Salleh


#cabaranblogging Hari ke-6 

JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN
÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷

Pagi ini kami memulakan perjalanan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. 

Sekarang telah lalu Bentong. Pekan komunis ayah cerita. 

Sekarang dah maju. Banyak kedai fast food. Nampak sebab dah lapar. Hihi. 

Lepas ni akan lalu banyak tempat yang menarik, namanya pelik. 

Nanti saya senaraikan. 

Salah satunya KAMPUNG ASAP. Sebab kawasannya masih berkabus walaupun dah pukul 8.30am. 

Terbaca status Coach @baharuddinmohamed berkaitan tajuk. Eh sesuai pula. 

Katanya bila banyak berjalan, kita banyak belajar. Budaya. Bahasa. Makanan. Bisnes. Idea baru. Makanan. Makanan. Eh dah sebut. Maaf. Lapar. 

Semoga perjalanan kami Allah rahmati. 

#semogabermanfaat.







via Instagram http://ift.tt/10pzsNv

21 October 2014

Ekonomi persahabatan

Teks : Saudah Salleh


#cabaranblogging Hari ke-5.

Ekonomi persahabatan memang hebat. 

Konsep lama. 

Dibrandkan baru. 

Kaedah tiruvasi yang @jamilsmile kongsikan membuka mata kami. Perkataan Premium, Tiru, Realisasi, Impiian, Target keluar dari mulut jutawan ini. 

Tak dapat lama tapi takpe sebab banyak dah dapat. 

Doa kami agar Tuan Jamil dan Puan Selly dirahmati Allah dan terus diberi rezeki yang melimpah ruah. Ameen.







via Instagram http://ift.tt/1FwWMc4

18 October 2014

BEKOR?




via Instagram http://ift.tt/1syVB5a
+++++++++++++++++++++++++++++

#cabaranblogging Hari Ke-4.

"Awak boleh habiskan seluruh hidup awak bertanya "BAGAIMANA?"

Atau awak NIKMATI saat itu dan lihat apa yang berlaku".

Pertama kali melihat dan merasa sayur ini. Katanya bukan sayur tetapi buah yang dipotong dihiris halus begitu. Dibuat kerabu dan dijamu kami di Banglo Biru.

Tak pernah tengok jadi tak pernah makan. Jadi tak tahu rasanya.

Masa itu terfikir "What if?"

Kalau rasanya pahit macam mana? Kalau tak sedap macam mana?

Macam-macam KALAU terfikir di minda.

TAPI, saya fikir kalau TAK CUBA, TAK RASA, adakah saya akan terjumpa dengan PELUANG ini lagi?

Mungkin Ya, mungkin TIDAK.

Jadi, saya NIKMATI saat itu dan mencuba Bekor ini. Sedapnya. Nasib tak rugi cuba. Siap tambah nasi dan bekor lagi. Pahit tapi sedap.

Itulah.

Dalam hidup, kita banyak HADkan keupayaan kita. LIMIT OURSELVES. Belum cuba dah andai macam-macam.

Sedangkan tak rugi cuba pun. Tetapi, HAD kan pada BERBUAT KEBAIKAN sahaja. Perkara yang merosakkan seperti rokok dan dadah dan lain lain yang buruk itu memang patut dielakkan.

Okay. Bye.

Oh. Kata-kata di atas dari telemovie LOVE AT THE PARADE yang sedang ditayangkan di DIVA Channel Astro.

 #semogabermanfaat

14 October 2014

RESEPI PEMANGGANG AJAIB : AYAM GORENG KUNYIT

Teks : Saudah Salleh

Lama betul saya tidak berkongsi resepi. Resepi ini sangat mudah sebab ada protein dan sayur-sayuran dalam satu lauk. Senang dan ringkas dan cepat juga.

Bahan-bahan utama hanyalah ayam. Ambil bahagian dada supaya cepat masak. Nak gunakan ayam poton gpun boleh, cuma pastikan potongannya kecil dan digoreng sedikit lama supaya masak hingga bahagian dalamnya. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Pada saya, serbuk kunyit kena lebih tapi garam hanya sedikit. Kalau tak, akan jadi masin sangat tapi pucat.

Sayur-sayuran pula yang patut ada adalah kacang panjang. Lobak merah dipotong sebesar batang mancis. Capsicum juga potong kecil. Macam sayuran masak paprik juga kan?

Okay, cara memasak pula mulakan dengan goreng ayam. Disebabkan guna pemanggang ajaib, gunakan minyak yang sedikit sahaja, dalam 1 sudu besar aje. Yang penting kena pastikan seluruh permukaan pemanggang ajaib tu diselaputi dengan minyak.

Then, panaskan pemanggang ajaib dan masukkan ayam. Kena ratakan supaya masak sekata. Tutupkan pemanggang ajaib supaya cepat masak. Jangan risau, susah sikit nak hangit pemanggang ajaib ni.



Bila ayam dah masak, kumpulkan ke tepi pemanggang ajaib. Bagi laluan pada bawang merah untuk enterframe hihi.

Tumiskan bawang hingga naik bau. Kenapa naik bau? Nanti masakan kita sedap sebab air bawang yang hanyir sikit tu dah hilang.




Bila bawang dah layu, masukkan carrot, kacang panjang dan capsicum atau lada merah. Cantikkan warna sayur-sayuran ini? Masa ni masukkan garam juga. Tutup pemanggang ajaib dan biarkan dalam 2-3 minit untuk lembutkan sayur. Kemudian terbalikkan pemanggang ajaib supaya sayur bercampur dengan ayam.




Ini bila dah masak. Tak perlukan sangat sudip sebab kita boleh terbalikkan pemanggang ajaib supaya sekata.




Mudahkan? Semoga bermanfaat.


04 October 2014

Pesanan yang SAMA, tetapi HASIL berbeza!

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya :

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”
“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”
“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik
matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yang sangat mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.
Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu.
Saya dilarang menagih hutang daripada siapapun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama-lama habislah modal saya.
Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang keadaannya berbeda jauh.
Si bungsu sukses menjalankan perniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahasianya?”
Si bungsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu.
Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu
saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”.
“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat”.

Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeda.
Mereka MELAKUKAN cara yang
berbeda sehingga mendapatkan
HASIL yang berbeda pula.
Hati-hati lah dengan Mindset kita..
Mindset positif memberi hasil menakjubkan,
sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.
ANDA PILIH!

03 October 2014

Tip Motivasi daripada Kuch Kuch Hota Hai

Kuch Kuch Hota Hai dah berusia 16 tahun. Filem ni masih lagi diputar. 
Setiap tahun di Malaysia ni berapa kali masuk TV? 


Ia menang semua 8 kategori utama Filmfare Awards 1999. 


Best film, best actor, best actress, best director, best supporting actor, best supporting actress etc. 


=======================================

Tapi... hebat sangat ke Karan Johar masa dia buat filem ni? 

=======================================


Ini filem pertama beliau. Umur masa tu baru 26 tahun. Muda lagi tu. 


Bukan terer sangat pun. Karan dan krew beliau masih mentah. 


Banyak sangat perkara teknikal pembuatan filem yang mereka tak tahu sehingga Shahrukh Khan sendiri perlu ajar. 


Tengok! Betapa teruk sampai pelakon yang kena ajar pengarah dan krew. 


Shah Rukh Khan: 
"Karan makes no bones of the fact that his technical knowledge of film making was not at its peak when he made the biggest hit of the decade." 

Maksudnya lebih kurang: 
"Karan tak ambil peduli yang skil filem beliau tak la hebat mana waktu dia hasilkan filem paling hit dekad ini." 


Kalau dia tunggu masa yang TERBAIK dan cukup semua SEMPURNA macam kita suka buat, mungkin sampai bila pun Karan takkan jadi pengarah filem dan hasilkan filem yang meletop. 


Jadi... 


Bersedia lebih kurang. Timba ilmu sedikit. 


Sedikit --> setakat yang perlu. 
Bukan nak pergi semua kelas semua seminar semua group coaching personal coaching nak beli semua kursus buku video apa bagai. 


BELASAH (dengan ilmu). 


Ready - FIRE - aim. 


Jangan tunggu sempurna. Jangan tunggu nak betul semua. Jangan fikir banyak sangat. 


Kalau rasa nak buat, buat. 


Ya, silap mesti ada. Elok kita buat silap itu dan belajar daripada sentiasa risau buat silap. Tak mati pun. 


Kalau jatuh, bangun semula. Sapu habuk-habuk di baju dan seluar, JALAN TERUS! 


Dah, apa tunggu lagi? 


Pergi hasilkan 'Kuch Kuch Hota Hai' anda! ‪

#‎kopipes‬

Masa dan sayang

Teks : Saudah Salleh

Masa dan sayang #cabaranblogging 
×××××××××××××××××××××××××÷×××÷××××××××××

Ini adik berdua antara yang sangat memberi kesan kepada kami. 

Cantiknya mereka. Hati. Minda. Ketabahan. 

Banyak yang kami belajar dari mereka. Masih muda namun hebat belaka. 

Ini komen saya semasa Hajar Yahya bercerita tentang@kimieyhanafi


"Hajar Yahya. Kimiey Hanafi. Kamu berdua memang hebat. Bisa menyentuh hati kami berdua (Odah dan Abang Abdul Rahim Kassim). Sentiasa ok! 

Belum sampai KL dari Banglo Biru sudah terasa dalamnya kasih sayang kalian. Betapa luhurnya hati kalian berdua. Betapa cantiknya minda kalian dalam bersahabat. 

Benarlah. Waktu memainkan peranan penting dalam hidup. Namun waktu tidak mencerminkan kasih. Waktu singkat pertemuan namun kesannya hingga ke syurga. 

Terima kasih sudi bermatlamat sama mati mahu masuk syurga. Kita berjiran ya di syurga. Ameen."


02 October 2014

Cabaran Menulis Hari ketiga

Teks : Saudah Salleh

÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷
Semalam bermula dengan Facebook. Eh bukan. Mula di blog saudah-salleh.blogspot.com.

Kemudian rasa seronok bertambah bila nota di Facebook dibaca ramai.
Saya mula cabaran menulis ini untuk mengasah perbendaharaan kata melayu saya. Dengan adanya entri di media sosial, saya berdoa agar tiap bait perkataan saya memberi inspirasi. Kerap kali akhiran mati masuk syurga menjadi panduan saya dalam menulis.
Oh. Saya ini orang yang suka jalan pintas. Mahu banyak masa buat perkara best lain. Jadi hari ini saya mula di sini. Hihi. Update Insta dan FB juga.
Syukur dengan gambar ini. Kerana masih bisa menikmati matahari terbenam. Walaupun saya di daratan.


01 October 2014

Cabaran Menulis Hari 2

Teks : Saudah Salleh.

"Bila kita komited, seluruh alam akan membantu". Petikan dari buku Secrets Of Millionaire's Mind oleh T. Harv Eker.

Semalam saya komited untuk menyempurnakan Cabaran Menulis 40 hari. Sebelum ini, susahnya mahu menulis. Takde idea memang alasan nombor satu. Hujan pun boleh dijadikan alasan hihi.

Namun semua boleh berubah, lebih-lebih lagi bila kita mahukannya. Bila kita komited melakukannya. Bila kita suka laksanakannya.

Ini lanjutan dari blog.

Jika ditilik ditenung, menulis di Facebook lebih mudah. Mudah berkongsi gambar. Ada jugak perasaan di situ untuk dipilih. Mudah untuk tag kawan. Seronok bila LIKE bertambah tanda ramai yang membaca.

Tak apalah, saya kongsikan sedikit apa yang saya tulis di Facebook. Semoga bermanfaat!



Perkara baik harus ditiru.
=====================

Saya suka dengan Cikpuan Suraya Ali lakukan. Cabaran berblog selama 40 hari.

Jadi saya telah mulakan Cabaran Menulis 40 hari. Tadi mula di blog. Sekarang di sini pula.

Kalau tak mahu buat, banyaknya alasan boleh dicipta.
Idea tiada.
Kalau menulis di smartphone, kena edit pula di blogger.com sebab tulisan tak cantik.
Hm.. takde idea pulak.
Ala gambar takde.
Ala hari hujan.

Pun boleh jadi alasan.

Tapi sebab mahu, merepek pun boleh juga kan?



Sebenarnya, tengah seronok tengok gambar sahabat yang ke Pulau Perhentian. Masya Allah. Indahnya alam ciptaan Allah ini. Ambil masa untuk nikmati. Ambil masa untuk getaran syukur. Tulis log budi.

Hari keempat muka mereka masih tiada kesan 'terjemur' (google translate sunburnt) rupa-rupanya Cikpuan Ezzah Rohaizah Khalid kata pakai MyShine BB Cream. Mahu satu Kak Ezzah.

Doakan saya terus menulis dan memberi manfaat kepada yang membaca.

Kerana akhirannya, mahu mati masuk syurga, kata Dato' Roslan Ab Hamid. Mahu berjiran dengan semua di syurga nanti. Ameen.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign