Tinta Si Isteri Mekanik: November 2014

30 November 2014

Ketinggalan saya dalam cabaran

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Hari ke-22 

KETINGGALAN 
^^^^^^^^^^

Semakin ketinggalan saya dalam cabaran blogging. 

Sepatutnya setiap hari menulis tetapi menjadi beberapa hari baru sekali mencoret kata. 

Hari ini 30 November 2014. 

Genap 31 hari ke tahun baru. 

Hari ini meraikan rakan sekerja menuju gerbang cinta Jannah. 

Kek yang sedap dihiasi dan dilitupi fondant yang indah dan mudah. 

November 2014 tidak melayan saya dengan baik. 

Hah sebetulnya saya hilang arah dalam November ini. 

Ditambah dengan #tonsilitis selama lebih seminggu, mahu bangkit terasa tidak mampu. 

Namun tersedar. 

Kitalah yang mewarna hari. 

Diri inilah yang mengatakan "Hari ini hari untuk saya GEMBIRA". 

Hari ini saya mahu sumbangkan sesuatu untuk suami. Untuk diri. Untuk pejabat. Untuk perniagaan. 

Disember 2014. 

Saya mula menjengah IMPIAN. Impian 2015. 

Apa yang mahu. Apa yang mesti dicapai. Apa yang mesti bebas. 

Bangkitlah wahai Saudah. Jalan terus. 

Toleh ke belakang sekadar sebentar. 

Untuk mengingat dan beringat. Agar tidak terjerumus ke lubang gelita yang sama. 

#semogabermanfaat. 

27 November 2014

KHATAM

Teks : Saudah Salleh



#cabaranblogging Hari ke-21 

KHATAM 
======= 

Adik ini seorang HAFIZ, iaitu seorang yang hafaz Al-Quran. 

Bahagianya kedua ibu bapa beliau kerana kata ustaz, mereka yang hafaz Al-Quran akan membawa ahli keluarga mereka ke syurga. 

Penuh cabaran adik ini dalam menyelesaikan tanggungjawab beliau. 

Namun, harapan ayahanda bonda tidak dipersia. Sokongan padu kedua mereka membuatkan adik ini meneruskan hafazan dan menghabiskan 30 juzuk. 

Hebatnya beliau. Hebatnya Ayahanda Bonda beliau. 

Gembira dengan kejayaan beliau. 

Sumbangan saya pada beliau? Tiada. 

Hanya sebagai staf yang membantu menyelenggara kewangan sekolah tahfiz milik syarikat. 

Namun saya banyak belajar dari beliau. 

Cabaran sentiasa ada. Malahan kita hidup dalam cabaran. 

Apa yang penting, MATLAMAT kita akhirnya mahu ke mana. 

Kerana matlamat itu PENENTU TINDAKAN kita. 

Kuat SEBAB kejayaan kita, semakin kuat kita HARUNGI onak duri cabaran halangan ini. 

Carilah SEBAB KEJAYAAN kita. 

Pastinya untuk IBU BAPA. Pasangan. Anak-anak. Carilah. 

Kerana ianya pangkin untuk kita berpaut ketika kita lemas dalam lautan semangat yang hilang. 

#semogabermanfaat 

20 November 2014

ROTI BAKAQ TELOQ MELELEH

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Hari ke-20 

ROTI BAKAQ TELOQ MELELEH 
==================== 

Kesukaan terbaru. 

Er... sebenarnya dalam usaha untuk mengurangkan makan makanan berat di waktu malam. 

Jadi ini antara pilihan yang sesuai. Ringan sebab roti. Kenyang dek telur. 

Tambah kicap special dan lada sulah. 

Fuh. Sedap! Mak mertua lalu belakang pun tak perasan hihi. 

Istimewanya adalah pada kicap. Bukan sebarang kicap katanya. Adunan sendiri secukup rasa. Tak perlu banyak, nanti masin. 

Roti bakar ini boleh didapati di #tamnasiayam Seksyen 23, Shah Alam. 

#semogabermanfaat

17 November 2014

BEKAM

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Hari ke-19 

BEKAM 
"""""""""""

Badan terasa penat. 

Tambah lagi apabila kerap makan di luar. 

Mahu cuba berbekam. Sunnah Nabi S.A.W. 

Ramai pembekam wanita rupanya di Shah Alam. Maka temujanji dibuat pada Ahad petang. 

22 cup untuk OVERHAUL. Hihi bukan enjin kereta ada overhaul. 

Ada 22 titik #bekam di bahagian belakang. Tak sakit dicucuk jarum. Cuma seketika sakitnya bila darah bertoksin disedut keluar. Dan gatal. Ini yang tak tahan. 

Rupanya darah bertoksin buat kulit terasa gatal. Tak banyak darah keluar. 

Sebab ANGIN dalam badan. 

Bekas pun tidak selebam suami @rahimauto. 

Balik berbekal kapsul Habbatus Sauda. Eh macam nama kita sikitlah. Hihi. 

Mahu makan makanan Sunnah juga. Katanya #HabbatusSauda boleh kurangkan angin dalam badan. 

Ibnu Sina dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan #HabbatusSauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. 

Kajian Dr Ahmad Elkadi menunjukkan Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit atau sistem imunisasi badan. 

Mari kita cuba. 

Kita usaha. Allah Yang Maha Penyembuh. 

#semogabermanfaat 

15 November 2014

Belajar lagi

Teks : Saudah Salleh



#cabaranblogging Hari ke-18. 

BELAJAR LAGI 
++++++++++++++ 

Alhamdulillah. Diberi peluang menimba elmu. 

Bersama Jutawan Dari Rumah @ceosamadkinto. 

Katanya "Bermula Kecil, Bermula Betul". Ringkas tapi padat. 

Dalam buku beliau, Jutawan Dari Rumah, kita perlu pilih samada mahu TENGGELAM atau TIMBUL. 

Apa sahaja yang kita lakukan SEKARANG, ada IMPAK pada masa HADAPAN. 

Saya tidak ingat siapa penulis kata mutiara ini, "Apa yang berlaku HARI INI adalah HASIL daripada TINDAKAN KITA TIGA BULAN LEPAS." 

Jadi fikirkan. 

Apa yang telah kita lakukan tiga bulan lepas dan apa yang kita lakukan hari ini agar akhirnya kita mati masuk syurga. 

Oh dapat juga berjumpa dengan #hajaryahya, #mohdnorhafiz, @ayusalwaazura, @ermanmuslim dan rakan-rakan baru yang sama-sama menuntut elmu dengan @ceosamadkinto. 

#semogabermanfaat

via Instagram

10 November 2014

Kek Cawan @chempakadelicious

Teks : Saudah Salleh


#cabaranblogging Hari ke-17. 

Ini kali kedua menaip berkaitan kek cawan @chempakadelicious. 

Kali pertama setelah diklik "post", entri itu hilang ditelan alam maya. 

Tak mengapa, kerana kesedapan kek cawan ini mengatasi segalanya. 

Sempena majlis perkahwinan #mardsallehwedding, kami memesan 1,000 kek cawan. 

Mesti hias dengan warna biru kerana itu warna temanya. 

Harganya sangat murah, hanya RM1.00 sebekas tetapi kerana kami pesan 1,000 biji. 

Jika di antara 100 hingga 500 biji, harganya cuma RM1.50 sebekas. 

Kurang dari itu, harga jatuh kepada RM2.00. 

Hubungi @anitasaidi atau Facebook chempakadelicious ya untuk pesanan. 

#semogabermanfaat





via Instagram http://ift.tt/1u0WF42

Kasih seorang abang kepada adik

Teks : Saudah Salleh


#cabaranblogging Hari ke-16. 
++++++++++++++++++++

Kasih seorang abang kepada adik. 

Tulus menyayangi adiknya. 

Hujan turun lebat pada saat ini. 

Namun si abang tidak kisah. 

Katanya "Topi ini ada. Yang penting majlis perkahwinan adik berjalan lancar". 

Tanda petunjuk arah dipacak satu per satu. 

Agar tetamu bisa sampai ke dewan majlis. 

Agar para tamu tidak sesat ke sana. 

Sebagai anak bongsu dalam keluarga, si abang yang berkahwin dengan si kakak yang anak nombor dua, buat sehabis baik. 

Buat sehabis baik. 

Tanpa rungut. Tanpa soal. Tanpa lelah. 

Terima kasih sayangku. Allah pasti membawa kamu ke syurga. 

Kerna DIA bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. 

Benarlah seperti nama kamu, abang. 

Tepat sungguh pilihan ayahanda bonda. 

Maksud nama ialah Hamba Yang Penyayang. 

Kasih sayang sampai ke syurga. InsyaAllah. 


#semogabermanfaat 

#mardsallehwedding



via Instagram http://ift.tt/143jnyq

06 November 2014

Terhenti menulis selama 3 hari.

Teks : Saudah Salleh


#cabaranblogging Hari ke-15. 

Terhenti menulis selama 3 hari. 

Badan dan minda perlukan rehat. Perlukan kesembuhan. 

Hargailah kesihatan. Hargailah minda yang yang cergas. Sayangilah tubuh badan. 

Bayarlah kesihatan di hari tua dengan memakan makanan yang sihat pada hari ini. 

Mahu mulakan #cabaraneatclean. 

Sekarang kumpulkan resepi. 

Kurangkan makan di luar agar poket selamat badan sihat. 

Apa-apapun, mestilah 40hari agar menjadi tabiat yang kekal hingga akhir hayat. 

Mahu makan ulam raja, pucuk gajus, daun selom, bendi rebus, terung rebus. 

Cicah sambal belacan atau sambal tempoyak. 

Harapnya nasi kekal semangkuk. Bukan 1 mangkuk kali tiga. Hihi. Insyaallah.




Ini adalah Spaghetti Aglio Olio.

Resepinya pernah dicoretkan di sini

via Instagram http://ift.tt/1tgdoL8

02 November 2014

KISAH KAK IDA

Teks : Saudah Salleh

#cabaranblogging Hari ke-14. 

KISAH KAK IDA 
×××××××××××


"Bang. Boleh tengokkan kereta? Tayar ada bunyi", ujar Kak Ida pada Abang Pomen. 

"Bunyi macam mana kak?"

"Tak tahulah bang. Tayar depan kot. Check kan lah". 

Pemandu wanita biasanya risau bila tayar bunyi. 

Terbayang kalau tetiba tayar tercabut jalan dulu dari kereta. 

Takut kalau tayar pancit tengah jalan. 

Takut tayar meletup masa ambil anak kat sekolah. 

Uish..risau betul. 

Abang @rahimauto kena "test drive" dulu sebab nak tahu bunyinya supaya senang cari punca. 

"Akak pergi minum dulu kat #tamnasiayamttdijaya. Kat situ ada #rotibakaqteluqmeleleh sedap kak. Siap nanti saya telefon". 

"Abang tengoklah. Ayah saya dah habis seribu lebih baiki tapi bunyi tayar tak hilang lagi". 

Antara punca tayar bunyi: 

1. Ada paku di tayar 

2. Bearing perlu ditukar 

Seboleh mungkin, kekal dengan satu bengkel sahaja kerana "sejarah" kereta telah ada pada mereka. 

#semogabermanfaat 
#tipskereta 
#bengkeluntukwanita




via Instagram http://ift.tt/1tOUTlY

3 perkara yang membuatkan kita SUKSES



#cabaranblogging Hari ke-14 


3 HAL 
------ 

Ada 3 perkara yang membuatkan kita SUKSES. 

1. KERJA KERAS - Work Hard 


2. KEMAHUAN - Wishlist 


3. FOKUS - Focus 

#semogabermanfaat


via Instagram http://ift.tt/1wTf7Mz

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign