Tinta Si Isteri Mekanik: December 2014

31 December 2014

31.12.2014

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Entri 2 

31.12.2014 
**********

Entri terakhir bagi tahun 2014. 

Tahun ini tahun penuh warna untuk diri ini dan Malaysia.

Warna suram dan kelam banyak mewarnai kanvas Malaysia tahun ini. 

MH370. MH17. QZ8501. 

Jerebu. Catuan air. Banjir. 

Ini baru sebahagian. 

Namun inilah takdir. 

Peringatan buat kita. 

Signal jelas dari Allah. 


Namun syukur kerana ada warna ceria di kanvas hati ini. 

Ekonomi Persahabatan. 

Men Are From Mars, Women Are From Venus. 

Malam Cinta Rasul. 

Rahim Auto. 

Bersyukur. Bersangka baik. Selawat. Sedekah. Senyum. Solat. 

Segalanya baik-baik belaka. 

Hari ini, dimulakan dengan pencarian barang-barang keperluan bagi mereka yang diduga Allah dengan banjir. Semoga sedikit pemberian ini memberi manfaat kepada mereka. 

Rezeki Allah datang dalam pelbagai cara. 

Petangnya dapat makan pizza. Hihi. Lepas buat kerja, memang seronok dapat makan. 

Malam pula, Malam Cinta Rasul. 

Pengakhiran yang hebat bagi 2014. 

Permulaan yang baik bagi 2015. 

Ya Allah. Berkatilah kami. Ampunilah kami. Rezekikanlah kami. Mudahkanlah kami. Ameen. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

30 December 2014

Kisah Pak Haji Lagi

Teks : Saudah Salleh



#cabaranblogging Entri 1 

Kisah Pak Haji Lagi 
================= 

Pak Haji pagi-pagi lagi dah telefon. 

Katanya kereta tak boleh start lagi. 

"Saya tinggalkan kat masjid ya Rahim". 

Hari ni pula, Allah beri rezeki tanpa henti. 

Ke sana ke mari sebab ada "breakdown". 

Alhamdulillah. 

Petang sebelum maghrib, tiba satu kereta lagi dari Putrajaya. 

Lepas shopping di IOI Mall Putrajaya, keretanya mati tiba-tiba. 

Tarik ke bengkel sebab cikpuan tak berani takut termati enjin lagi. 

Bergegas ke rumah Pak Haji. 

Mula-mula periksa gear. 
Takut Pak Haji lupa letak gear di P. 

Kemudian periksa pula lampu. 
Takut Pak Haji lupa tutup lampu. 

Eh semuanya ok ni. 

Rupa-rupanya wayar soket starter yang tercabut. 

Alhamdulillah. Siap cepat. 

"Lega hati Pak Haji" ujar beliau. 

"Senanglah ada engkau. Telefon je". 

Gembira hati bila pelanggan puas hati. 

#semogabermanfaat 
#bengkel 
@rahimauto 
FB:Rahim Auto

29 December 2014

GAGAL

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Hari me-30 

GAGAL 
****** 

Episod #cabaranblogging 40 hari gagal. 

Gagal mencapai matlamat menulis 40 hari berturut-turut. 

3 bulan tempoh masa, hanya 30 entri sahaja dapat dinukilkan. 

3 sebab dapat saya pastikan puncanya: 

1. Tidak menetapkan tarikh mati atau deadline 

2. Tidak menetapkan hadiah pencapaian atau rewards. 

3. Tidak merancang apa yang mahu ditulis. 

Lihat, benarlah pepatah yang mengatakan 

" JIKA GAGAL MERANCANG, MAKA ANDA MERANCANG KEGAGALAN". 

2015 akan muncul 2 hari lagi. 

Apakah telah disiapkan perancangannya. 

Secara detail? 

Dengan tarikh akhir? 

Tetapkan rewards? 

Allah. Allah. Bantulah aku merancang. 

Engkaulah Sebaik-baik Perancang. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

19 December 2014

Pemandu atau Penumpang?

Teks : Saudah Salleh



#cabaranblogging Hari ke-28. 

PENUMPANG ATAU PEMANDU? 
==================== 

Inspirasi Persediaan Azam Tahun Baru yang Puan Prof. Dr. Muhaya kongsikan sangat menarik. 

Tanya diri kita " Kita ini penumpang atau pemandu kereta kehidupan?" 

Emosi negatif sakitkan hati dan badan serta minda kita. 

Kanser mudah membiak jika kita selalu marah dendam bersarang dalam diri. 

Azam baru mahu kurus dan sihat. 

Tetapi bukannya untuk pakai pakaian ketat tetapi supaya di masa emas, kita masih boleh SUJUD pada ALLAH. 

Fokus hidup kita pada NILAI. 

Matlamat akhirnya adalah kita ahli syurga. 

Jadi niatkan azam kita pakai pakaian ahli syurga. Kita makan apa yang ahli syurga makan. Kita ini buat apa sahaja kerana Allah. 

Tuliskan azam yang beratkan timbangan di Masyhar. 

Satu jenis berfikir- The State of Balance. 

Tulis tujuan atau azam. 

Tengok perangai akhlak ibadah kita samada sama dengan tujuan kita. 

Kalau tidak sama atau seimbang, perlu betulkan agar keseimbangan dapat dicapai. 

Agar azam tercapai. 

Lakukan transformasi diri 2015. 

Mudahkanlah kami Ya Allah. Ameen. 

Kita orang baru. 

Mesti lakukan sekarang bukan tunggu 1 Januari 2015. 

Oh 2 Januari 2015 birthday saya. Hihi. 

#semogabermanfaat 

FB:Rahim Auto

13 December 2014

SYURGA ILMU

Teks : Saudah Salleh



#cabaranblogging Hari ke-27 

SYURGA ILMU 
+++++++++++++ 

Ke sini lagi. Kali ke-2. 

Namun fokus kali ini berbeza. 

Mahu elmu bukan fiksyen. 

Mahu buku berkaitan pengurusan. 

Kata-kata petikan dari buku "Little Platinum Book of Cha-Ching" yang HANYA berharga RM6.00. 

~Every child should be taught to EXPECT SUCCESS~ 


Jangkakan KEJAYAAN. 

RANCANG perjalanan Kejayaan diri. 

Satu lagi buku yang hanya berharga RM12.00. 

Buku ini saya suka sangat. 

Tajuknya "Comfort Food For Diet". Haha. Misi Sihat 2015. 

#semogabermanfaat 

FB:Rahim Auto

12 December 2014

TERBAIK DARI ALLAH

Teks : Saudah Salleh



#cabaranblogging 

Hari ke-26 TERBAIK DARI ALLAH 
-------------------------------------

Jodoh itu rahsia Allah. 

Hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI. 

Walaupun kita rasa pilihan hati baik, belum tentu ianya terbaik buat kita. 

Kalau jodoh itu pilihan keluarga, mungkin ianya baik tetapi tiada jaminan ianya terbaik. 

Tetapi, apa yang Allah berikan itulah yang TERBAIK. 

Kerana Allah Maha Mengetahui. 

Bila difikirkan balik tentang jodoh saya ini, memang kelakar dan halusnya Allah menegur saya yang ego. 

Yang sombong dengan Pencipta. 

Yang rasa tahu semua perkara. 

Tak mahu ishtikharah kerana takut apa yang saya mahu tak dapat. 

Cuma buat solat hajat andai ini jodoh terbaik, mudahkanlah. 

Allah kan Maha Agung? 

DIA tetapkan saya bernikah 8 bulan setelah berkenalan. 

Walaupun saya tiada rasa cinta pada si dia. 

Dia sahaja yang beria. 

Tetapi inilah ketetapan Allah. 

Betapa kerdilnya hamba-Mu ini. 

Betapa bertuahnya saya ini Allah temukan my other half. 

10 Dis 2014 genap 8 tahun. Alhamdulillah. Cinta sampai syurga. Insyaallah. 

FB:Rahim Auto

11 December 2014

Train your employees!



Fikirkan. FB:Rahim Auto

NIKMAT TUHAN

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Hari ke-25 

NIKMAT TUHAN. 
=============== 

Astagfirullah. Belum sempat tekan POST, entri awal tadi telah hilang. 

Tak apa. Tulis lagi. 

Semalam tarikh ulangtahun perkahwinan kami. Pertama kali tiada sambutan romantis. Pertama kali! 

Cuti tetap diambil. Masa diluang bersama. 

Tempat tujuan adalah sekitar The Curve. 

Mula-mula ke IKEA. Beli perabot dan keperluan rumah. 

Beli Rak Ronnskar sampai 3. Harga asal RM159 tetapi IKEA Family dapat harga promosi RM79. 

Akauntan kata kena beli sebab jimat. Hihi. 

Beli papan pemotong. Beli gunting dapur buat gunting ikan dengan ayam dan sayur. 

Beli cadar dan quilt cover bilik tetamu. Oh so mak-mak sebab beli barang bukan untuk diri sendiri. 

Sambil jalan-jalan sambil tengok-tengok. 

Fikir-fikir. Pilih-pilih. Kemudian bayar-bayar. 

Makan di Johnny Rocket. 

Katanya burger best. 

Milkshake sedap. 

Keledek goreng kena rasa. 

Kami tambah ayam salut nampak sedap. 

Sambil makan sambil bincang. 

Pelan pemasaran kreatif kami untuk 2015. Rancang kecemerlangan Rahim Auto @rahimauto tahun hadapan. 

Alhamdulillah. Kami mensyukuri nikmat yang Allah berikan. 

Terima kasih suami menerimaku seadanya. 

Cinta hingga Jannah matlamat kami dengan izin Tuhan. 

Ameen. 

09 December 2014

Big Bad Wolf 2014 - Jahat Sangat!

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Hari ke-24

#KisahSuksesBAD

Sebagai seorang yang sangat suka membaca, Big Bad Wolf memang sangat dinanti-nantikan.

Dengan harga yang sangat murah bermula dari RM2.00, kali ini karnival ini menawarkan 3.5 Juta buah buku!

Bayangkan betapa terujanya saya ditambah lagi dengan masa yang panjang 24jam memang bestlah jawabnya.


Kisah BBW Pertama-Perjalanan lancar dan Parking.

Dari mula bangun tidur, saya telah Bertanya Allah Dahulu. Mana jalan terbaik dan mohon parking paling hampir dengan lif serta pengunjung yang kurang.

Tapi, 10 minit perjalanan, dah mula nampak bibit-bibit kesesakan jalanraya. La, rupanya ada PJ Half Marathon.

Banyak jalan ditutup sementara dan kami banyak kali dilencongkan. Perjalanan mengambil adik mengambil masa 50 minit sedangkan kebiasaannya hanya 20 minit.

"Takpe. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik." Kata saya dalam hati.

Perjalanan ke MIECC sangatlah mudah dan tiba 15 minit kemudian. Wah, tidak ramai pengunjung kerana parking masih banyak yang kosong.

"Nak parking mana kak?" Adik saya bertanya.

"Dekat lif." Jawab saya.

Mula-mula ternampak lot yang memang dekat dah dengan lif. Tapi adik saya terlepas dan ada kereta di belakang. Maka terus jalan ke depan.

Ternampaklah sebuah keluarga menghampiri kereta mereka. Kami parking dan berjalan ke lif.

Allahu Akbar.

Hanya 10 langkah sahaja ke lif. Mudahnya dengan bergantung harap semata-mata kepada Allah.


Kisah Kedua-Penulis kegemaran Nora Roberts.

Kali ini BBW memang menawarkan banyak novel dari penulis yang saya minati. 

Jadi memang dah fokus mencari buku beliau dan jika ada, novel penulis yang saya suka baca. 

Dalam lautan 3.5juta buku, memang sukar untuk terus mencari dalam masa hanya 1 jam sahaja. 

Jadi saya terus bermantra dengan Allah. 

"Ya Allah. Aku nak beli buku Nora Roberts. Murah sangat hanya RM8 sebuah. Jumpakanlah dengan semua novel Nora Roberts." 

Setengah jam berlalu tapi saya masih belum jumpa semua. Cuma 2 buah novel sahaja yang ada. 

Tapi saya relaks sebab yakin memang ada. 

Saya tahu Allah lewatkan saya menemui Nora Roberts. Sebabnya, saya dapat belek buku-buku lain juga. 

Dapatlah beli untuk anak-anak saudara kesayangan. Dapatlah suami saya menengok-nengok majalah kereta dan buku motivasi. 

Dalam masa yang sama, mulut masih bercakap dengan Allah. Sebab masa dah nak habis. Hihi. 

Dan bila terjumpa, gembira kepalang hati saya. Terus ambil dan heret ke meja pembayaran. 

Saya beli 25 novel berharga RM8.00. Untuk anak-anak saudara, 15 buah buku cerita dapat saya hadiahkan untuk mereka. 

Dengan hanya Bertanya Allah Dahulu, saya hanya berbelanja RM253.00 sahaja berbanding RM822.50. 

Dengan Bertanya Allah Dahulu, tahap stress saya tiada. Kerana saya yakin Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Kaya. Allah Maha Memberi. 

Dengan Bertanya Allah Dahulu, saya sentiasa bersangka baik dengan Allah. Alhamdulillah.

01 December 2014

SEPENUH HATI



Teks : Saudah Salleh

#cabaranblogging Hari ke-23. 

SEPENUH HATI 
^^^^^^^^^^

Asalnya mahu sekadar menulis. 

Agar tidak ketinggalan lagi dalam #cabaranblogging. 

Namun hati tidak di jari. Terkaku tidak boleh meneruskan menulis. 

Benarlah. 

Menulis mestilah dari hati. 

Biar hati yang berbicara, agar hati jua yang merasa. 

#semogabermanfaat 

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign