Tinta Si Isteri Mekanik: Sayanglah kereta

03 January 2015

Sayanglah kereta

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Entri 4 

Sayanglah kereta 
************** 

Hari ini di @rahimauto, bersusun kereta menanti belaian. 

Tiga darinya adalah pemandu WANITA. 

Aduh Kak Senah. 

Kereta ni, macam nak pengsan abang mekanik tengok. 

Baru tengok, belum belek. 

Haha hebat abang sado @rahimauto ni. 

Terus keluar soalan, "Kak tak jaga minyak hitam ya?". 

"Tak jaga sangat". 

Terbeliak beliak mata abang sado. 
Urut dada kejap. 

Kereta ni 'breakdown' di Putrajaya. Ditarik hingga Shah Alam sebab katanya tak kenal mana-mana mekanik kecuali @rahimauto. 

Sebenarnya, semakin matang usia kereta, semakin manja dia. 

Kena belek lebih sikit. 

Tapi kalau dari awal kita servis ikut masa, lagi 'sihat' kereta ni masa matang. 

Kalau ikutkan nombor plet, kereta ni dalam lingkungan 10 tahun. 

Tapi dah kena 'top overhaul' sebab dari awal tak jaga minyak hitam. 

Mana-mana kereta yang usianya bawah 5 tahun, gunalah minyak semi-synthetic atau fully-synthetic. 

Bila dah lebih 5 tahun, guna minyak biasa pun boleh. Murah. Berkualiti juga. 

Cuma setiap 5,000km kena tukar. 

Penggunaan biasa dalam 3 bulan lah sekali servis. 

Servis biasa ni harganya kurang RM100 kalau guna minyak biasa. 

Jadi dalam RM30 sebulan atau RM1 sehari. 

Boleh kan kita simpan RM1 sehari? 

Atau bila dapat gaji terus simpan RM30 dan lupakan hingga hari kita servis kereta. 

Bolehkan? 

Rahim Auto sedia membantu. 

Kami ada sesuatu yang best untuk pemandu wanita tahun 2015 ini. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign