Tinta Si Isteri Mekanik: MAHAL HARGANYA

13 January 2015

MAHAL HARGANYA

Teks : Saudah Salleh




#cabaranblogging Entri 10 

MAHAL HARGANYA 
*********************

Ingat lagi kisah CikPuan yang tak jaga kereta? 

Yang abang sado @rahimauto terbeliak beliak mata tengok bahagian enjin dia? 

Ha... dah siap dah kereta tu. 

Tapi memang "masaklah" kocek CikPuan nak bayar. 

Kereta yang matang memang manja. 
Kena belai setiap 5,000km. 
Kena tukar kasut kalau dah botak. 
Kena tukar sendi-sendi. 

Tapi bila kita jaga dari awal, kos memelihara menjadi sedikit ringan bila dia 'tua'. 

Kereta ni. 

Dah 2 minggu kat bengkel. Lepas satu benda tukar, ada lagi kena tukar. 

Abang sado @rahimauto memang sayang pelanggan. 
Memang tolong jimatkan wang pelanggan. 

Tahu tak kalau turun enjin cajnya tinggi? 

Jadi bila dah turun tu, abang sado akan periksa semua bahagian berkaitan supaya boleh terus tukar. 

Takdelah nanti, 5-6 bulan, turun lagi enjin. 

Abang sado pun tak suka. Kena buat kerja dua kali. 

Memang lah boleh caj pelanggan, tapi buang masa dan buang duit je. 

Itu sebab masa enjin turun ni, banyak benda kena tukar jika ianya perlu. 

Hidup ini bukan hanya berkisar tentang diri kita sahaja. Ianya juga berkaitan dengan apa yang boleh kita beri. 

Boleh tambahnilai hidup orang lain. 

Dan lagi, carilah bengkel dan mekanik yang jujur dan telus serta boleh dipercayai. 

Dan cuba untuk setia dengan bengkel yang sama. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign