Tinta Si Isteri Mekanik: PENYEGAR MATA

19 January 2015

PENYEGAR MATA

Teks : Saudah Salleh





#cabaranblogging Entri 11 

PENYEGAR MATA 
**************** 

Pagi pagi pesan kopi susu. Buat penyegar mata. Perjalanan masih jauh. 

Balik Muar ziarah bapa mertua. Diwadkan kerana semput. 

Dilarang kerja kebun, katanya badan sakit tak buat apa-apa. 

Kata saya, buatlah Bapak. Cuma jangan teruk sangat sampai masuk hospital. 

Dia bilang sudah lapan bulan sihat. Yang penting, hati bahagia. 

Usik-usik si menantu, bapak sudah rindu jururawat cilik pelatih yang ramai di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. 

Alah tak kuasa kata bapak. 

Tertawa berdua menantu dan mertua. 

Terlupa kami bahawa Johor bekerja hari Ahad. 
Makanya dari Shah Alam ke Muar terus ke Hospital tak dibenarkan masuk. 

Hanya seorang sahaja katanya. Maka bergilirlah kami melawat bapak. 

Ceria muka bapak anak menantu cucu datang. Alhamdulillah. 

FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign