Tinta Si Isteri Mekanik: TERBANG TINGGI DI AWANGAN : PARASAILING CHENANG

25 January 2015

TERBANG TINGGI DI AWANGAN : PARASAILING CHENANG

Teks : Saudah Salleh





#cabaranblogging Entri 14 

TERBANG TINGGI DI AWANGAN 
*************************** 

Hari kedua PSM1. 

Peluang terbang tinggi. 

Tetapi, saya PENAKUT. Saya GAYAT. Saya GIGIL. 

Mula-mula, mahu naik dengan 'guide'. 

Kenapa? 

Takut tak turun-turun. Takut sangkut kat bumbung kedai. 

Tapi, tengok pulak mereka yang naik berdua, susah nak terbang. 

Susah nak mendarat. 

Tak betul, boleh terseret. 

Tak bersedia, boleh tertumus ke pasir. 

Okay. 

Naik seoranglah. 

Berdebar. Tapi teruja. Excited. 

Takut. Tapi boleh dikawal. 

Jadi, terbang pasti turun. 

Penerangan abang ' beach boy' saya dengar betul-betul. 

Takut terlepas perkara penting. 

Senyum abang 'beach boy' yang tangannya patah adalah perkara terakhir saya lihat di darat. 

Lari dik. Lari dik. 
Lari comel-comel. 

Eh dah terbang. 

Dah tergantung kaki saya di udara. 

Wow. Amazing. 

I believe I can fly memang benar. 
Memang betul. 
Terbang sudah. 

Di atas, saya berjanji. Saya telah terbang setinggi ini. 

Pasti saya bersama helang dalam kehidupan saya. 

Dalam bermonolog sendiri, terdengar WISEL ditiup. 

Tahu perlu turun. 

Tetapi, saya hadapi masalah. 

Bersambung. 

FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign