Tinta Si Isteri Mekanik: BERAPA LITER?

24 February 2015

BERAPA LITER?














BERAPA LITER? 
=============== 

Hari ini baru bermula. 

Mahu detoks. Mahu sihat. Mahu kurus juga hihi. 

Ini yang saya lakukan agar air diminum mengikut jadual. 

Kalau tiada jadual, bermakna kita tiada keinginan untuk menghidrasi badan. 

Kalau kita tak minum air dengan banyak, apa akan berlaku pada musim panas nanti? 

Memanglah akan kerap ke tandas apabila banyak minum air. 

Habis, kata nak kurus. Kata nak sihat. Kata nak capai azam tahun 2000 yang diulang cetak setiap tahun. Inilah pengorbanan kita. 

Cara-cara untuk pastikan air diminum. 

1. Tetapkan jadual minum. 

Odah tetapkan sesi minum di pejabat ada 3 sesi. 

Sesi pertama pada 9.00am-11.30am. 

Sesi kedua jam 11.30am-2.00pm. 

Sesi ketiga pula pada jam2.00pm-4.30pm. 

2. Habiskan 1 liter air pada setiap sesi. 

Beli botol minuman 1 liter. 

Kalau di office tiada pantry, beli 3 botol 1 liter. 

Pastikan setkan timer agar kita tidak terlepas masa sesuatu sesi. 

3. 4.30pm hingga 8.00pm adalah masa kecemasan. 

Mana tahu ada air yang belum habis.Tapi pastikan anda tidak terperangkap dalam kesesakan. 

Jangan minum air yang banyak pada lewat malam iaitu jam 8.30pm ke atas kalau tak mahu kerap bangun untuk ke tandas. 

Saya tak terfikir akan perkara ini hinggalah terkena sendiri! 

4. Reward diri apabila berjaya melakukan perkara ini. 

Saya suka minum Nescafe atau Coffee. Jadi saya 'hadiahkan' segelas minuman pilihan sebelum saya bermula agar semangat terus membara. 

Maksudnya, sarapan saya minum air panas yang berperisa. 

Sesudah itu, tiada lagi air manis untuk hari itu. 

Malah, saya bawa botol air saya ke mana-mana restoran agar kuota air kosong saya tercapai. 

Poket pun sentiasa ada duitlah maknanya. Hihi. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign