Tinta Si Isteri Mekanik: HARI PERTAMA 3 LITER AIR

25 February 2015

HARI PERTAMA 3 LITER AIR

Teks : Saudah Salleh



HARI PERTAMA 3 LITER AIR 
------------------------- 

Semalam, hari pertama #cabaran3literairputih . 

Ikut jadual. 

Sesi 1, sesi 2 dan sesi 3 dapat dihabiskan dengan mudah. 

Balik dari kerja, kami singgah dinner. Saya pesan Nan Biasa dan Ayam Tandoori. 

Saya tak pesan air pun, bawa botol air saya tu ke kedai mamak. 

Kesan pertama minum air yang banyak adalah kerap ke tandas. Biasa di pejabat hanya 2 kali sahaja. Tapi semalam, sampai 6-7 kali ke toilet. Ini baru kat pejabat. Sampai staf saya ingat saya kena cirit birit. Haha. 

Kesan kedua, saya cepat lawas. Senang buang besar. Dan bila membuang, rasa kosong usus kita. 

Kesan ketiga, saya rasa KENYANG! Best gila rasa itu. Bayangkan saya tak perlu makan nasi waktu tengahari. Hanya ratah lauk Ikan dan Sayur sahaja. Petang pun tak makan nasi. 

Kesan keempat, saya rasa cepat haus. Pelik kan? Sebab dah minum 3 liter air kot? Rasanya sebab banyak toksin la. Dia cuci badan, tu yang rasa haus tu. 

Ceh ceh pandai je. Tapi kalau ada kawan-kawan manis yang tahu, maklumkan ya. Doakan saya mudah minum 3 liter air dan konsisten hingga ke akhirnya. Ameen. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign