Tinta Si Isteri Mekanik: TINGKATAN SATU

25 February 2015

TINGKATAN SATU

Teks : Saudah Salleh




TINGKATAN SATU 
----------------- 

Saya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh beberapa bulan setelah seronok bersekolah di sekolah biasa. 

Memang tak mahulah saya sebab dah seronok belajar. Baru aje selesa, dah kena pindah. Kena berkawan baru. Kena sesuaikan dengan sekolah baru. Yang paling tak syok, kena duduk ASRAMA. 

Aduh. 

Saya cakap pada mak, "Ma, I taknak pergilah. Jauh pulak tu." 

Mak kata, pergilah. Kat sana, belajar betul-betul. Be the best. 

Lagi sayu hati sebab mak tak faham. 
Mak tak faham, saya mesti rindu mak. Rindu masakan mak. 

Maka, pergilah saya ke sekolah baru itu. Ayah dan mak sahaja yang hantar. 

Barang-barang keperluan, semua mak yang sediakan. 

Macam blur aje bila tiba sekolah tu. 

Memang jauhlah, macam nak balik kampung aje. Jumpa guru besar. Kemudian diperkenalkan dengan penyelia asrama. 

Dapatlah katil dan almari kecil. Mak yang kemaskan. 

Bila mak ayah nak balik, memang sedih gila. Terasa sampai sekarang. 

Tapi ditahan juga air mata, sebab tak mahu mak risau. 

Terasa macam dibuang keluarga. 

Itu yang saya rasakan. 

2 minggu saya tak boleh tengok tiang telefon awam. Sebab bila tengok aje dah mula menangis. 

Kesian kat mak, risaunya dia sebab saya langsung tak call. Dulu yang ada hanyalah telefon rumah dan telefon awam sahaja. Belum ada telefon bimbit. 

Dah kuat sikit baru boleh call. Dan saya call setiap kali saya rindu pada mak. Sampai kakak operator telefon tu boleh cam suara saya. 

Kalau mak pergi meeting, mak siap tinggal pesan lagi. 

Dulu ayah bagi duit poket RM20 aje. Tu pun tak belanja lain. Untuk telefon aje. Sekali telefon dalam 50sen hingga 1 ringgit. Sebab saya rindu mak. 

#semogabermanfaat 
FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign