Tinta Si Isteri Mekanik: BE THE BEST

06 March 2015

BE THE BEST



















BE THE BEST
---------------
Terngiang-ngiang suara mak cakap saya kena be the best. Dua minggu selepas bertukar sekolah, dah nak periksa pertengahan tahun.

Bila belek silibus, ada yang saya tertinggal, ada yang saya dah terkedepan. Paling teruk, bahasa arab langsung saya tak tahu! Macam mana nak jawab soalan nanti?

Tapi saya cekal. Buat aje mana yang boleh. Score. Mesti jadi top 15 dalam kelas. Itu matlamat saya pada masa itu.

Sedikit sebanyak bila focus pada pelajaran, dapat ubat kerinduan pada mak. Pada ayah. Pada adik-adik.

Matlamat saya tercapai sebab saya tersenarai di tempat ke-11. Gembiranya hati.

Balik cuti sekolah, berbual dengan mak.

Barulah saya tahu mengapa mak sangat mahukan saya belajar di sekolah berasrama.

Kata mak, beliau mahu saya tumpukan pada pelajaran. Kalau kat rumah, saya tak boleh fokus. 

Iyalah, anak perempuan sulung. Kena tolong mak. Kena jaga adik-adik. 

Jadi mak nampak saya tidak dapat tumpukan pada pelajaran. Itu sebabnya mak keraskan hati hantar anak perempuannya ke asrama.

Di asrama pun sibuk juga. Tapi saya hanya perlu jaga diri sahaja. Jadual pun dah tersusun, Cuma patuh sahaja. Waktu belajar, waktu solat, waktu riadah, semuanya dah ada.

Hari pertama kekok lagi.

Pertama kali mandi guna kain basahan iaitu kain batik baru yang emak belikan. Haha. 

Susah juga nak control, nak kena ikat ketat-ketat takut tertanggal nanti malu hihi.

Pertama kali mandi kolah beramai-ramai. Oooh sejuknya bila mandi pagi, nak-nak bila hujan. Menggigil itu memang biasa!

Makan pun kena ikut waktu. Beratur ambil makanan. Tak sesedap masakan mak. 

Awal-awal saya tak makan, tapi saya lapar. Nak tak nak, paksa makan juga buat alas perut.

Saya belajar makan labu masak air, makan petola, makan telur putih asin sebab kawan-kawan kata sedap, jadi mahu cuba. 

Baru tahu ikan jaket. Baru kenal nasi kawah. Makan Ikan masak taucho. 

Mesti kena habiskan, kalau tak mahu didenda. Jadi bila lauk tu saya tak suka, nanti saya duduk dengan kawan-kawan yang sukakan lauk itu. Jadi tak payahlah saya makan masakan yang saya kurang suka.

Saya ingat mak tak sayang saya. 

Rupanya sebab sayanglah mak hantar ke asrama.

FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign