Tinta Si Isteri Mekanik: KENA DENDA SEBAB ...

14 March 2015

KENA DENDA SEBAB ...

Teks : Saudah Salleh






KENA DENDA SEBAB ... 
--------------------- 

Semasa saya di Tingkatan 5, saya bukanlah pelajar yang bagus. 

Bagus di sini maksudnya pelajar yang sentiasa mematuhi peraturan. 

Tapi saya tidak. Setiap minggu saya akan menyelinap keluar jika tidak mendapat kebenaran. 

Ala bukan buat salah apa pun, balik tanpa kebenaran. Balik rumah naik bas. Sabtu dan Ahad pergi tuisyen. Kemudian, pagi Isnin ayah hantar semula ke sekolah. 

Beberapa bulan, saya terselamat. 

Cumanya selepas peperiksaan pertengahan tahun, sekolah ada buat Hari Bertemu Ibu Bapa. Untuk berbincang mengenai prestasi pelajaran saya. 

Saya datang bersama-sama ayah dan mak. Dan balik asrama macam saya tak balik rumah minggu itu. 

Esoknya, KANTOI GILA. 

Masa perhimpunan, warden mula memanggil semua pelajar yang tiada semasa roll call pada Sabtu malam Ahad lepas. 

Rileks je saya bila warden marah saya depan semua, katanya "Harap je jadi KETUA Dorm, tapi balik takde kebenaran". 

Dendanya, kami kena jemur di kawasan perhimpunan. Makin glamor saya hahaha. 

Sebenarnya, melanggar peraturan adalah TETAP SALAH walaupun ianya untuk berbuat kebaikan. 

Nak balik, minta kebenaran dahulu ya. 

FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign