Tinta Si Isteri Mekanik: PENGALAMAN BUSUK DI PASAR BORONG SELAYANG

31 May 2015

PENGALAMAN BUSUK DI PASAR BORONG SELAYANG

Teks : Saudah Salleh



PENGALAMAN BUSUK DI PASAR BORONG SELAYANG ************** 

Semangat betul saya pagi ini. Mahu ke Pasar Borong Selayang. Ada kawan yang pernah pergi. Dengan mak yang nak ikut. 

Pergilah kami berempat. Tiba dalam jam 8.00pagi. Untuk pemborong kira lambat dah ni. Untuk orang muda, awal sangat ni. Hihi. 

1 jam je siap beli hampir semua barang dapur. Hampir sebab tak beli ketam. 

Cik abang @rahimauto tak berminat walaupun di pancing dengan Maggie Ketam. 

Memang berbeza sangat harganya! 

Maafkan kejakunan di situ, firat-timer kan. 

Kualiti ikan pun berbeza. Segar lah banding yang biasa kami pergi. 

Tapi bila masuk kereta, baru terperasan BUSUKNYA. 

Satu badan bau busuk. Rasa nak terbang balik rumah aje, nak mandi. Tapi kena hantar mak dan kawan balik dulu. 

Menarik sangat pengalaman ini. 

Lepas ni, apa yang boleh diperbaiki ialah: 

1. Bawak suratkhabar untuk lapik kaki 



2. Bawak bag Ikea untuk masukkan bahan belian. 



3. Bawak air untuk basuh kaki sebelum masuk kereta. 



4. Bawak air minuman hihi. 



Boleh repeat lagi ni walaupun busuk. Hihi. 


*Jengok dan Like FB Rahim Auto untuk Tips-Tips Tentang Kereta.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign