Tinta Si Isteri Mekanik: June 16, 2015 at 08:08AM

16 June 2015

June 16, 2015 at 08:08AM


NASI AYAM MADU OPAH ******************** Kembali lagi kami ke Nasi Ayam Madu Opah. Set ini sangat ringkas, hanya ada sepinggan nasi, kuah kari/gulai, sos cili thai dengan timun serta ayam madu. Masuk sahaja ke kedsi ini, kami disambut dengan bau wangi ayam yang sedang digoreng. Mata pula menangkap pelbagai jenis hidangan kuih-muih yang diletakkan di meja panjang. Semalam kuih telah habis, hanya ada mangga asam boi. Kemudian, mata perlu cekap memerhati meja kosong. Kalau datang ramai, terus ke belakang sebab ada meja panjang. Duduk sahaja, akan ada yang mengambil pesanan. Hanya pesan air dan bilangan ayam. Biasanya sebab kami ramai, ayam dihantar sepinggan sepinggan. Yang menariknya, bila bayar, rupa-rupanya nasi dan kuah serta sambal itu PERCUMA!. Hanya yang dikira adalah ketulan ayam sahaja. Sebabnya, pelanggan akan meratah ayam secara purata 2 ketul seorang. Bulan Ramadhan ini kata Opah, kedai akan ditutup selama sebulan dan bersambung ke cuti Raya. "Inilah waktu untuk berehat sebab kedai tak pernah tutup." Indahnya persahabatan. Kita kecilkan perbezaan. Kita raikan bersama. FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign