Tinta Si Isteri Mekanik: June 24, 2015 at 01:31PM

24 June 2015

June 24, 2015 at 01:31PM


RINDU ****** Datin @ruzitajaafar. Kasihnya besar. Sentiasa prihatin pada sahabat. Dari mula ketibaan di Kota Bharu pada Ahad lepas hingga Jumaat malam, kami sentiasa dijaga baik oleh beliau. Sebut sahaja mahu apa, andai masa ada terluang, insyaallah tertunai. Siap sempat shopping tudung dan emas. Durian laici rambutan sempat dibeli. Nasi kerabu dibawa ke kedai Azma yang sangat sedap. Tambah lagi dengan solok lada. Orderkan juga Pulut Pauh dan Pulut Bakar. Nasi Ayam Madu Opah sampai dua kali kami bersarapan. Kedai Kopi Din Tokyo penuh semeja dengan Telur Ping Pong dan Telur Taliban. Colek pula masa balik Terawikh malam pertama. Aduh benar-benar sedap buat kami pertama kali merasa. Waktu sahur, jam 5 mula memanggil setiap seorang. Bila makan sikit, pasti ditegur takut lapar. Terubat rindu pada mak waktu sahur. Terima kasih Allah kerana mempertemukan kami dengan Datin Ruzita. Log budi telah tertulis kebaikan Datin. Insyaallah. FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign