Tinta Si Isteri Mekanik: REKOD PERAKAUNAN

28 June 2015

REKOD PERAKAUNAN


REKOD PERAKAUNAN 
***************** 

Apabila kita menjadi seorang usahawan, amatlah penting untuk kita mengetahui perbelanjaan dan pendapatan kita. 

Oleh itu, mulakan dengan merekod semua belanja dan terimaan. Setiap hari setiap sen. 

Tak perlu pening kepala nak beli perisian (software) apa. 

Paling ringkas, buku tulis sahaja. 

Muka surat kiri untuk semua TERIMAAN atau JUALAN. 
Muka surat kanan untuk semua PERBELANJAAN. 

Segala resit dan baucer pembayaran, masukkan dalam satu fail. 

Begitu juga dengan Penyata Bank di dalam satu fail berasingan. 

Setiap akhir bulan, jumlahkan kedua muka surat itu. 

Dari rekod ini, bolehlah tahu Jumlah Jualan dan Jumlah Perbelanjaan syarikat kita. 

Lain-lain kita serah pada Akauntan. 

Mereka akan keluarkan Penyata Untung Rugi (Profit & Loss atau P&L), Penyata Aliran Tunai (Cashflow Statement) dan Kunci Kira-Kira (Balance Sheet). 

Mudahkan? 


FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign