Tinta Si Isteri Mekanik: TERIMA KASIH JURURAWAT U1333, PPUM

29 June 2015

TERIMA KASIH JURURAWAT U1333, PPUM


TERIMA KASIH JURURAWAT U1333, PPUM 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

17 jam saya berada di PPUM. Bermula dari jam 10.00 malam hari Sabtu hingga jam 3.00 petang Ahad. 

Shift malam baru sahaja bermula. Tetapi jururawat semua sangat sibuk. 

Masuk Misi bernama Ain. "Akak jaga malam ni? Tak pernah nampak pun?", tanya beliau. 

"Baru malam ni giliran akak". 

Beliau memanggil ayah dengan panggilan ATOK. Hihi kelakar. Rupanya sebab ayah di dalam Wad Gearitrik iaitu wad warga emas. 

Mula edarkan ubat untuk dimakan. PCM ubat untuk ayah. 

Tapi malam itu terasa bahang panas. Ayah semakin tak selesa. Kipas comel pun agak perlahan. Saya terperasan nafas ayah mula berbunyi. Wheezing. Ain juga begitu, tetapi kami sama-sama memerhati. 

10 minit berlalu, Ain meminta rakannya menjengok ayah dan bertanya pendapat. Kawannya bersetuju dengan Ain untuk memulakan Nebulizer. 

Tong gas hitam ditarik masuk. Mask di pasang dan dimasukkan ubat. "Atok. Ambil neb ya". 

Habis ubat, ayah kata makin sesak nafas. 

Terus dimasukkan ubat kedua dan ayah mula menyedut ubat tadi. Lama-kelamaan ayah semakin selesa dan tidur semasa Neb. Lega hati saya. 

Shift pagi diganti pula oleh Nurse Maria. Kecil comel orangnya dengan senyuman semanis gula. Kecil kecil cili padi. Walaupun kecil tangkas berlari. 

Shift lebih pendek dan lebih sibuk dengan kehadiran doktor. 

Namun beliau tetap ceria berkhidmat kepada Atok-Nenek ini. Saya amat mengagumi jururawat di Wad Gearitrik, PPUM ini. Saya tidak mampu membuat apa yang mereka buat. 

Sentiasa ceria. Senyuman menawan. Hati gembira. Mencuri hati dan perasaan. Cekap. Pantas. Amanah. 

Tiada satu saat pun mereka bazirkan. Beri ubat. Bersihkan pesakit. Siapkan rekod. Tukarkan cadar. Macam-macam lagi tugas nereka. 

Terima kasih, Nurse. 




FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign