Tinta Si Isteri Mekanik: WAD 13, PPUM

02 July 2015

WAD 13, PPUM


WAD 13, PPUM 
*********** 

Malam ini giliran saya lagi. Menemani ayah di hospital. 

Ketika tiba, beliau sedang tidur. Saya mengambil kesempatan membaca nota di mukabuku. 

Kemudian, ayah terjaga. Berbual sebentar. 

Dan beliau berusaha untuk duduk. Saya biarkan tetapi memerhati mana yang perlu dibantu. 

Duduk sahaja ayah, saya terus mengurut belakangnya. Pasti lenguh apabila baring lama. 

Sambil urut ambil peluang berbicara. Sambil borak, ayah sendawa. Alhamdulillah. Semakin sihat ayah. 

Kata ayah, "Doktor kata lagi seminggu boleh discharge". 

Walaupun ramai nurse muda jelita baik hati kuat kerja di sini, pasti ayah rindu dengan katil dan rumah serta isteri. Hihi. 

Syukur Alhamdulillah. Doa saudara mara ahli keluarga sahabat handai amat kami hargai. 

Terima kasih Allah atas kurniaan ini. 
Terima kasih saudara. 
Terima kasih sahabat syurga.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign