Tinta Si Isteri Mekanik: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

17 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ************************* 

Comel sangat Encik Suami mengintai Cik Isteri. 

Tahun ini raya di Muar. Seronok dengar meriam buluh berdentum dentam. 

Malam tadi malam raya, dah siap ketupat dengan rendang, kami buat kuih koci. 

Hahaha tak pernah buat dek orang, kata saya pada mak. 

Mak kata, untuk mentong-mentong. 
Ha? Apa tu? 
Makan-makan. Sambil berborak. Hahaha orak reti ngomong jowo. 

Tapi ianya pengalaman yang amat menarik. Tak pernah buat kuih koci sendiri. Hanya tahu pilih dan bayar. Lepas tu makan. 

Dua tahun lepas, buat lepat. Guna daun kelapa juga. Cuma berbeza ikatan dengan ketupat. Isinya masih beras. Masaknya sama seperti ketupat. Sedapnya juga sama hihi. 

Ketupat rendang melambangkan kekeluargaan. 
Sambil makan kita bersilaturrahim. 
Perut kenyang, hati senang. 

Selamat Hari Raya. Maaf kami pinta. Terguris terkasar bahasa tanpa sengaja. Didoakan Allah menerima semua amalan kita. Insyaallah. Ameen.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign