Tinta Si Isteri Mekanik: KANDI KELAPA

17 July 2015

KANDI KELAPA



KANDI KELAPA 
************ 

Cepat-cepat update bila dapat internet. Hihi penagih internet memang begini. 

Di rumah Cik Man, adik Bapak yang bongsu, ternampak kuih ini. Namanya Kandi Kelapa. Atau Candy Coconut. 

Tapi ini kuih tradisional. Buatnya macam senang. 

Cik Idah isteri Cik Man beritahu hanya kelapa muda dan gula. Kot. Katanya lah. Hihi. 

Saya ia kan aje. Nanti balik KL saya google. Hihi. 

Kuih tradisi sudah banyak yang pupus sekarang. Paling tradisi pun macam kerepek pisang kerepek ubi kuih kapit. 

Banyak cookies atau biskut moden menguasai meja hidangan raya ini. 

Bermula Raya kedua, kami kembali mengikut Diet Darah Dr. Adamo. Raya pertama tak boleh sebab nak makan ketupat rendang segala mala hidangan raya. Okaylah tu. 

Nak lagi bagus mula berpuasa sunat tapi nafsu makan di kampung macam banyak lagi. Huhu. 

Selamat menjamu selera makan kuih raya. 

Tapi ingat kalori kena jaga juga. 

Okbai.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign