Tinta Si Isteri Mekanik: Tahun ini macam tema klasiklah

18 July 2015

Tahun ini macam tema klasiklah



RAYA KEDUA 
*********** 

Tahun ini macam tema klasiklah. 

Sebab bergambar di tingkap rumah kampung dan tangga tradisional. 

Orang KL memang begini. Menghargai apa yang tiada di KL. 

Contohnya rumah tradisional. 
Atau rumah kampung kayu nama glamournya. 

Ini di rumah Cik Yati. Arwah suami Cik Yati adalah adik bongsu Mak. 

Sekarang Cik Yati yang jaga Nyayi. 

Nyayi (atau Nenek) adalah Mak kepada Mak. Hihi faham kan? 

Bila ditanya "Umur Nyayi berapa tahun?" Jawabnya, "Entah. 80 tahun ada." 

Cik Yati cerita, orang dulu ada yang dimudakan ada yang dituakan. Nyayi ini dituakan. 

Mungkin dalam sejarah, dahulu Tanah Malaya dijajah. Jadi dituakan. Mungkin untuk cepat kahwin. Ada perlindungan. 

Entahlah. Kita perlu belajar sejarah. Agar tidak membuat kesilapan yang sama agar sejarah tidak berulang kembali. Ambil iktibar bukan mengaibkan. 

FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign