Tinta Si Isteri Mekanik: SABAR ITU ADA TAHAPNYA

17 August 2015

SABAR ITU ADA TAHAPNYA



Aduh. Saya diuji lagi dengan topik Circle of Tolerance. 

Tapi kali ini pembelajarannya adalah SABAR ITU ADA TAHAPNYA. 

Diam bukan bermakna saya kalah. Diam bukan bermakna saya tidur. Diam bukan bermakna saya malas. 

Kali ini saya sabar lagi buat sekian kalinya. 

3 perkara yang menampakkan ketiadaan kerja berpasukan sangat menyakitkan hati. Literalnya seakan saya yang bersalah. Sedangkan ianya berpunca dari ketidakcekapan orang lain. 

Hati saya sakit setiap kali menjadi kambing hitam. Kerap dipersalah, kerap dimarah. Ikutkan hati mahu buat perkara drastik. 

Namun ilmu menjadi penghalang. Besarkan Circle of Tolerance. Raikan perbezaan. Itu saya ambil maklum. 

Namun jangan sampai dipijak-pijak. Hanya kerana saya DIAM. 

Tumpah jua air mata berharga. Namun ianya akan menjadi pembalut luka. Membasuh kemarahan memberi kemaafan sejahtera. Tabahlah wahai hati, kita sama-sama besarkan jiwa raga. 

Oh inilah anak kedua abang kakak yang sulung. Meraikan hari bahagia mereka berdua. Pak Su Rahim dan Maksu doakan kalian bahagia. Sampai syurga. Ameen. 


FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign