Tinta Si Isteri Mekanik: August 21, 2015 at 10:52PM

21 August 2015

August 21, 2015 at 10:52PM


REVIEW : KEMUNING STEAK HAUS AT MY STORY CAFE ****************************** Tatkala kaki melangkah masuk ke Kemuning Steak Haus at My Story Cafe, hati saya mula terpikat. Dekornya sangat memikat jiwa. Penggunaan perabot yang ringkas, tidak serabut dan ruang santai untuk anak-anak menggambarkan jiwa kekeluargaan pemiliknya. Saya benar-benar menikmati dekorasi Cafe hinggakan menu yang dibelek tidak dapat difokus. Asyiklah tengok sekitar Cafe. Suasana santai memang dapat dirasai di sini. Ada ruangan untuk anak-anak bermain. Ada almari yang penuh dengan buku khas buat ulat buku. Paling unik adalah dinding PAPAN HITAM. Macam kat sekolah dulu-dulu! Cuma bezanya, di sini, kalau conteng papan hitam tu, takde cikgu nak marah hihi. Kami pun tinggalkan kenangan di papan hitam. Walaupun tulisan tak cantik, tetap panjat tangga konon nak tulis paling atas supaya takde orang boleh padam. Bila agak tenang, baru belek menu. Dah jadi balik jiwa kacau. Sebab tak tahu nak pilih apa. Nanti saya sambung tentang makanan. Hahaha. Laparlah pulak bila nak mengarang tentang makanan. FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign