Tinta Si Isteri Mekanik: REVIEW : MENU KEMUNING STEAK HAUS at MY STORY CAFE

22 August 2015

REVIEW : MENU KEMUNING STEAK HAUS at MY STORY CAFE


REVIEW : MENU KEMUNING STEAK HAUS at MY STORY CAFE ***************************** 

Ini hidangan pertama yang kami nikmati di Kemuning Steak Haus. Menunya sederhana banyak. Tapi sangat menggoda. Saya sampai tak tahu nak pilih menu apa. 

Tapi in the end, saya pilih Spaghetti Carbonara. Jika chef boleh memasak Carbonara yang ringkas ini dengan sedap, menu lain pasti sedap juga. 

Tuan Rahim @rahimauto tak susah memilih sebab ada Lamb Chop kegemaran beliau. 

Beliau juga mencuba air Durian Belanda. Memang sedap. Saya rasa sedikit sebab tak suka sangat but, it still taste as original as Durian Belanda's fruit. 

Untuk minuman, terus saya pilih Mint & Lemon Quincher dan memang tepat pilihan saya. Walaupun ada lemon, ianya tidak begitu masam. Mint atau pudina memberikan rasa ber"gas" pada minuman ini. 

Bila hidangan tiba, saya rasa macam tak cukup sebab nampak macam sikit je. Dah pilih dah kalau tak cukup akan pesan Fish & Chips pulak. Hihi. 

Tapi rupanya, sengkak perut saya. Banyak rupanya spaghetti tu. Kuah Carbonara pun cukup melitupi semua spaghetti hingga helaian terakhir. 

Lamb chop nya sedap dimakan begitu sahaja tanpa kuah lada hitamnya. Bestnya Lamb Chop ni, ianya dihidang bersama dengan Mash Potato, Coleslaw dan Garlic Bread. 

Next time datang, akan pesan Fish & Chips ya Tuan @asrulhusni. Insyaallah. Boleh lawat FB KEMUNING STEAK HAUS at MY STORY CAFE untuk maklumat lanjut.




Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign