Tinta Si Isteri Mekanik: CUTI KRABI : Impian Kami Ke KRABI Telah Tercapai! Tapi BAJET kami lari...

10 October 2015

CUTI KRABI : Impian Kami Ke KRABI Telah Tercapai! Tapi BAJET kami lari...



Impian Kami Ke KRABI Telah Tercapai! Tarikh 4 - 6 Oktober 2015.

Alhamdulillah. Impian kami berdua telah tercapai.

Dan kami uruskan semuanya sendiri. Hahaha itu pun nak kecoh kan? Sebenarnya saya tak pernah travel sendiri. Biasanya semua diuruskan oleh travel agent. So kita dah tak payah nak fikir apa sangat. Sediakan duit. Siapkan bag pakaian dan tukar duit je.

Tapi kali ni memang teruja, sebab first time bergerak sendiri. Kalau dengan travel agent kan kena ikut masa dan jadual mereka. Okay je cuma kadang pergi tempat yang tak kena dengan kitalah, makanan/kedai yang dipilih tak kena selera lah.

Kali ni, memang totally my plan. Tambahan pulak ini penerbangan antarabangsa, lagilah perancangan teliti perlu dibuat.

Best jugak susun sendiri jadual. Pening nak pilih tarikh dan harga pulak mestilah yang terendah. Lepas dah dapat tarikh, kena carik hotel pulak. Then, rancang aktiviti yang best.

Paling penting adalah bajet semasa penyediaan perancangan ini.

Kali ini, Ringgit Malaysia kan lebih rendah dari Thai Baht, so memang terasa la perbezaan harga dan belanja kita pulak makin bertambah.

Masa saya tukar di Midvalley, tarikh 27 September 2015, 100 THB bersamaan dengan RM12.20. Nampak tak beza sampai dua ringgit lebih untuk seratus baht. Sebelum ni senang aje. Lebih kurang 100THB, macam RM10.00 aje.


100THB = RM12.20 @ 27.09.2015



Saya tukar hanya 5,000THB je. Jadi jumlah duit Malaysia adalah RM610.00.

Saya ingat cukuplah kan. Tiket kapalterbang dah bayar, hotel pun dah bayar. Cuma untuk pengangkutan dan makan minum serta aktiviti dan cenderahati.

Balik dari Midvalley, saya pun buat kira-kira. Itinerary kata orangputih. Jadi senang nak masukkan bajet.

Sekali tengok, TAK CUKUP. Satu hari, belanja dalam 5,000 THB. Maknanya duit yang saya tukar tu, cukup untuk hari Ahad 4 Oktober tu je. Hahaha.

Dan lagi satu, saya ingat saya dah bayar duit hotel, rupanya BELUM. Book sahaja rupanya. Dahlah harganya 1,440THB. Kena pulak ringgit jatuh, naiklah sikit harga hotel tu.

Jumlah bajet untuk 3 hari 2 malam di Krabi dalam 15,000 THB. Tapi sebab ada aktiviti yang saya buang, sebab ramalan cuaca, jadi ada pengurangan belanja dalam 3,000 THB. So final total adalah 12,000 THB. Saya kekurangan 7,000 THB lagi.

Kemudian, saya tukar lagi tapi kali ini adik tolong tukarkan sebab saya tak sempat. Tukar  di Ampang Park pada 2 Oktober 2015. Lagi parah sebab ringgit jatuh lagi.


100THB = RM12.25 @ 02.10.2015


Memang bengang la. Kena tambah RM3.50 lagi berbanding harga tukaran minggu lepas. Hai...nasiblah. 

Jadi jumlah bajet saya adalah


12,000THB = RM 1,467.50


Duit Malaysia pun saya bawak, dalam RM200.00. Sebab nanti kat airport nak makanlah, nak beli baranglah, so siap-siapkan aje.

Lari bajet jugaklah dalam 300 ringgit tapi takpelah. Just enjoy je. Nak stress pun tak bagus.

Nanti saya sambung lagi.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign