Tinta Si Isteri Mekanik: CUTI KRABI : Perjalanan ke KLIA2 - Kami Terlepas Bas!

30 October 2015

CUTI KRABI : Perjalanan ke KLIA2 - Kami Terlepas Bas!

Sebenarnya, saya dah beli tiket SkyBus ni awal-awal dah. Skybus ni sebahagian dari kumpulan Air Asia. Dan pick-up point di One Utama dan juga dari KL Sentral.

Kali ni, trip kami ni kami nak santai-santai je. Relaks. Yang penting nak massage setiap hari hehe. Jadi sebab flight awal pada jam 7.00am, tak mahu rushing-rushing kan. So beli tiket dari One Utama untuk bas pertama pukul 3.00am.

Sabtu malam tu, memang tidur rumah mak ayah di PJ. Nanti adik akan hantar ke One Utama. Suami mengantuk, jadi suruh dia tidur dulu. Saya takut tak terjaga, jadi decide tak mahu tidur. Plan jam 1.00am mandi dan solat dan terus gerak ke One Utama jam 2.15am.

Kejut suami jam 1.30am. Dia mandi dan bersiap. Kejut adik pulak. Alhamdulillah dia boleh bangun. So, semua dah siap, jom gerak ke One Utama.

Pagi-pagi macam ni,memang takde kereta sangatlah kan. Tak sampai 10 minit dah tiba. Dok tunggu kat New Wing.

Tapi tak nampak pun basnya. Masih relaks lagi, konon banyak masa kan. Dah sampai 2.50am, basnya takde lagi. So, suami turun kereta, pergi tanya kat pengawal keselamatan.

Rupanya kami dah SALAH TEMPAT! Bukan kat bus stop yang betul-betul sebelah New Wing tu. Kena masuk kat Open Carpark One Utama tu.

Dah menggelabah dah ni. So, adik terus drive ke kawasan open carpark tu. Eh, gelap je. Mana basnya?

Masuk dalam lagi sebab nampak ada kereta lain kat depan. Cuba ikut, tapi tiba-tiba hilang terus. Memang gelap kat situ. Ternampak ada guard kat Tower. So tanya dia. Dia tunjuklah, tapi kan gelap. Redah aje.

Klunya, ikut signboard KELUAR. Sebab Skybus ni kat Ground Floor New Wing. Tricky sikit, so kalau nak naik bas tu, datang setengah jam awal.

Yang bestnya, dah nampak dah bus, tapi jalan keluar tak jumpa. Haha bila ingatkan kembali, bolehlah gelak. Tapi masa tu, cuaknya la hai. Adik pusing-pusing dapat jumpa jalan keluar.

TAPI, bas jam 3.00am dah BERTOLAK. Eiii bencinya. Lewat 3 minit je. Patutlah, masa tersekat tu, nampak dah basnya, by the time adik pusing, bas tu pun jalan.

Bila tanya di kaunter, bas jam 4.00am nanti. Dia kata "Sempat kak. Bas pukul 4.00am tiba KLIA2 jam 5.00am. Flight jam 7.00am sempat."

Aduh, geram dengar. Kami ni dahlah dah bawak turun bag. Adik pun dah bergerak. Nasib baik dia perasan kami lambai-lambai. Saya buat keputusan untuk ke Paradigm Mall. Naik bas Aerobus. Bas gerak pukul 3.30am.

Apalagi, adik pun pecutlah. 5 minit je dah sampai. So terus beli tiket Aerobus. Burn tiket SkyBus tu.

Dapat naik bas 3.30am. Dab tiba di KLIA2 jam 4.10am. Tak tahulah laju atau tidak, tapi rasanya biasa aje. Kami berdua bantai tidur dalam bas. Bas gerak je terus lelap. Kerusi selesa. Air-cond okay. Penumpang pun tak ramai, so berbaloilah naik bas ke KLIA2.

Tapi memang kalut gila pagi-pagi tu. Tapi dapatlah sampai awal di KLIA2. 

Kenapa nak sampai awal di KLIA2?

Sebab ini pertama kali ke sana. Tak familiar. So tak mahu menggelabah tak nak panik nanti rosak plan nanti stress. But, berbaloilah tiba awal. Memang enjoy KLIA2 ni, macam-macam kedai ada.

Tiket bas SkyBus MAHAL okay. RM14.50 seorang sehala. Burn RM29.00 tu.

Tiket Aerobus cuma RM10.00 seorang sehala. Ini harga di kaunter. Kalau online cuma RM9.00 seorang sehala sahaja.

Jadual perjalanan SKYBUS One Utama - KLIA2, boleh klik sini.

Jadual perjalanan AEROBUS Paradigm Mall - KLIA2, boleh klik sini.

PERBELANJAAN:

Tiket Bas (One Utama - KLIA2) - RM29.00/2 pax
Tiket Bas (Paradigm - KLIA2) - RM20.00/pax

TOTAL - RM49.00

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign